Kempen Anti Kutu Sampah - Sekadar lepaskan batuk di tangga???
Pada 1 Januari 2009, Majlis Perbandaran Tawau telah melancarkan Kempen Anti Kutu Sampah dengan mensasarkanBandar Tawau akan menjadi "Bandar Bersih" dalam temph 6 bulan yang akan datang. Dan ianya telah dirasmikan oleh Presiden MPT pada ketika itu Haji Salsidu Haji Ibrahim.
Pemuda Tawau sebagai rakyat tempatan Tawau menyokong 100% usaha ini sebab Islam memang cintakan kebersihan. Namun begitu, selepas hampir 3 bulan dilancarkan, apakah perubahan yang dapat dilihat??? Adakah sekadar pemasangan tong tong sampah gantung sebanyak 83 buah, pemasangan banting, pemasangan papan tanda, pembersihan dan keindahan boleh dijadikan bahan ukuran???!!!
Sepatutnya MPT menitik beratkan aspek Penguatkuasaan Undang-undang(By Law 8(1) 9 (1) Tawau Municipal Council (Anti Litter) By Law ,1984).
Sepanjang pemantauan Pemuda Tawau, sampah sampah sangat mudah kelihatan di mana mana sahaja dan kempen ini umpama sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja tanpa ada penguatkuasa MPT yang benar benar berusaha menguatkuasakan undang undang tersebut.
Sudahkah ada sesiapa yang diambil tindakan undang undang atas kesalahan membuang sampah ini??? Adakah sesiapa mengadu tentang kesalahan yang dibuat oleh orang lain??? semua ini hanya boleh dijawab oleh pihak berkuasa MPT.
Pemuda Tawau juga telah cuba membuat aduan melalui laman web MPT seperti mana disebut dalam poster berkenaan di atas, namun GAGAL sebab tiada langsung pautan (link) atau borang aduan terdapat di dalam laman web tersebut. (setakat 24 Mac 2009, pukul 8pm)
Jadi adakah kempen ini kempen "Gajah Putih"???!!! Berapakah agaknya kos yang telah digunakan untuk kempen ini???
fikir-fikirkanlah.
Sumber Maklumat: Tawau Bloggers , eTawau
Terima kasih telah membaca' sila tinggalkan komen.
Catat Ulasan