[harga+minyak.jpg]

Sabtu, Ogos 11, 2012

EDARAN JUADAH BERBUKA BUAT MASYARAKAT TAWAU

ALHAMDULILLAH  : 
Edaran sumbangan juadah berbuka puasa petang tadi ( 11 Ogos 2012 ) ..Lebih 200 Kurma dan air mineral yang kita agihkan petang tadi bersertakan Risalah Warta Tawau/Kalabkan yang menyentuh perkara-perkara dan amalan-amalan Hari Raya Aidilfitri utk bacaan masyarakat Tawau.




                                           Persiapan menyediakan barangan sumbangan







 Antara penerima sumbangan. 


Bagi pihak DPPKT mencapkan berbanyak terima kasih kepada seluruh ahli jawatankuasa kerja DPPKT khsusunya ahli Unit Amal yang banyak membantu gerak kerja Parti Islam.
Disini kami juga ingin mengambil kesempatan, ingin mengucapkan
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN.
DARIPADA KAMI AHLI JAWATANKUASA KERJA 
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TAWAU.




















Teruskan Baca “EDARAN JUADAH BERBUKA BUAT MASYARAKAT TAWAU”  »»

Khamis, Ogos 02, 2012

SERAH SUMBANGAN TABUNG BANTUAN HARAKAH BUAT KELUARGA MANGSA TAHANAN ISA

01 Ogos 2012 - Tawau : Tabung Bantuan Mangsa ISA melalui PAS Kawasan Tawau telah mengagihkan sumbangan sebanyak RM6000 untuk 11 keluarga mangsa tahanan ISA.

Majlis diepngerusikan oleh Setiausaha PAS Kawasan Tawau, Mohd Nasir Ali



 Keluarga mangsa tahanan ISA yang hadir 


 Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pemuda PAS Kalabakan, Sdr Usman Madeaming.


 Turut serta berucap Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau, sdr Mohamad Husain




 Antara Penerima Sumbangan daripada Tabung Harakah

Bergambar bersama ahli keluarga mangsa tahanan ISA

Teruskan Baca “SERAH SUMBANGAN TABUNG BANTUAN HARAKAH BUAT KELUARGA MANGSA TAHANAN ISA”  »»

Selasa, Julai 10, 2012

SANTAI ANAK MUDA

8-7-2012, Ahad
Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau, melalui Lajnah Sukan Dan Kebudayaan  telah berjaya melaksanakan Program " Santai Bersama Pemuda " di Dataran Highway baru-baru ini.

Banner " Santai Bersama Pemuda "

Program seawal jam2.00 petang itu dimulakan dengan aktiviti membakar ikan dan ayam serta penyediaan jamuan makanan bagi meraikan orang ramai yang hadir dalam program santai tersebut.

Solat Asar berjamaah
Kawasan Tapak Program
 
Turut diraikan Anak Muda yang datang dari latar belakang yang berlainan.


Kehadiran Nisa.

Program Santai Bersama Pemuda turut meriah lagi dengan kehadiran Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau, Tn Hj Mohamad Husain, Yang Dipertua  PAS Silam Sdr Kasman Karate, Naib Yang dipertua PAS Kawasan Tawau sdr Daud Jalaludin, dan Bendahari PAS Kawasan Kalabakan, Cik Fatmawati Yusof dan turut hadir dalam majlis tersebut Setiausaha Cabang PKR Tawau, sdr Gan Chee Chan

Program diakhiri dengan mengambil gambar beramai-ramai bersama pimpinan PAS Kawasan Tawau dan Kalabakan.
Ketua Lajnah Sukan dan Kebudayaan Sdr Satuwo berkata, hari ini anak-anak muda khususnya remaja tidak lagi segan silu untuk dekati PAS malah sudah ada yang cenderung kepada PAS. PAS juga akan sentiasa dekati anak-anak muda dengan mengadakan program-program santai bersama anak muda sesuai dengan temanya " Anak Muda Konconya PAS.






Teruskan Baca “SANTAI ANAK MUDA”  »»

Jumaat, Jun 08, 2012

SELAMAT MENYAKSIKAN PERLAWANAN EURO 2012 ... ;)


Teruskan Baca “ ”  »»

Selasa, Mei 15, 2012

PAS bina surau Al-Harakah di Pulau Shanghai

Zulkifli Sulong,14 Mei 2012

(Surau Al-Harakah di pulau Shanghai, Sandakan drasmikan walaupun belum siap sepenuhnya)

SANDAKAN: Cita-cita penduduk pulau Shanghai, yang terletak setengah jam perjalanan bot dari Sandakan, untuk memiliki sebuah surau dan tempat berkumpul menjadi kenyataan apabila sebuah surau didirikan dan dirasmikan hari ini.

Surau ini dinamakan Al-Harakah sempena penyumbang utama untuk pembinaannya adalah datangnya dari pembaca Harakahdaily.


(Tuan Ibrahim menandatangani plak surau Al-Harakah)

Ia selamat dilancarkan hari ini oleh Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang disertai sama oleh Haji Hamzah Abdullah, Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah.

Turut serta adalah anggota Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat yang menjadi penganjur kepada pembinaan surau ini.

Lebih 150 penduduk tempatan turut sama dalam majlis pelancaran surau ini hari ini.

Majlis pelancaran surau itu dibuat melalui tandatangan ke atas plak surau itu yang disempurnakan oleh Tuan Ibrahim dengan disaksikan penduduk tempatan.

(Doa dibacakan oleh Tuan Ibrahim dan diaminkan oleh yang hadir)

31 Disember tahun lalu Tuan Ibrahim yang memimpin ekspedisi ke pulau ini memacakkan tiang tanda janji untuk membina sebuah surau di pulau itu.

"Kita mahu surau ini menjadi pusat perpaduan penduduk di pulau ini. Pusat aktiviti, pusat kerjasama," kata Tuan Ibrahim dalam ucapannya hari ini.

Tuan Ibrahim ketika mengimbau kembali lawatan pertamanya ke sini Disember lalu berkata, apabila ditanya penduduk di sini, apa yang mereka perlukan di sini mereka  berkata banyak yang tak ada di sini.

(Kayu yang dipacakkan 31 Disember 2011 kini sudah menjadi surau untuk pulau ini)

"Dari banyak yang  takda, air bersih, letrik, dewan, surau,  kami pilih buat surau tempat berhimpun dan berjamaah," katanya.

Selepas itu, kempen dibuat untuk mengumpul dana untuk surau ini keseluruh dunia termasuk ke Arab Saudi.

Ekoran itu lebih  RM60,000 berjaya dikumpul khasnya dari pembaca Harakahdaily ekoran iklan yang disiarkan dalam laman web ini.

"Terima kasih kepada semua yang terlibat memberikan sumbangan khasnya pembaca Harakah kerana menjayakan projek ini.

(Bergambar kenangan bersama penduduk pulau Shanghai selepas merasmikan surau mereka)

"Atas dasar itu kita namakan surau ini Al-Harakah," kata Tuan Ibrahim.

Tuan Ibrahim yakin PAS dan Pakatan Rakyat akan berbuat lebih lagi untuk rakyat Sabah jika diberikan mandat untuk mentadbir negara.

(Rombongan Muslimat PAS yang tiba dengan bot ke pulau Shanghai)

"Ini tempat untuk semua orang untuk memenuhi keperluan didik agama kepada anak-anak, program motivasi, solat dan sebagainya.

"Kami serahlah kepada tuan-tuan semua untuk mengisi program di sini agar surau ini sentiasa hidup dengan program," katanya.

(Selamat jalan semoga kita jumpa lagi...lambaian dari penduduk pulau Shanghai dari tangga surau baru mereka selepas ditinggalkan rombongan)

Beliau juga berkata, selepas ini surau kedua pula akan dibantu oleh PAS untuk dibina iaitu di Keningau.

"Di sana ada satu kampung yang gereja ada dua buah tetapi tidak ada satu pun surau di situ sedangkan orang Islam ramai," katanya.

Teruskan Baca “PAS bina surau Al-Harakah di Pulau Shanghai”  »»

Selasa, April 10, 2012


PERUTUSAN KHAS

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

SEMPENA PERTABALAN DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI PERTUAN AGONG KE 14

18 Jamadi al-Awwal 1433 bersamaan 10 April 2012

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menjunjung kasih dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah di atas pertabalan baginda sebagai Yang Di Pertuan Agong Malaysia ke 14 pada hari Rabu, 11 April 2012.

DPPM mengucapkan syukur di atas pelantikan DYMM Tuanku sebagai Yang Di Pertuan Agong buat kali kedua setelah menaiki takhta YDP Agong dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975. Sesungguhnya prinsip keadilan, kesaksamaan dan perpaduan yang diterapkan oleh DYMM Paduka Tuanku akan lebih menyatukan rakyat di negara ini.

DPPM juga menyanjung tinggi konsep Raja Perlembagaan yang diamalkan di negara ini sejak merdeka. Sebagai payung negara dan umat Islam di negara ini, menjadi harapan seluruh umat Islam agar DYMM Tuanku terus memayungi umat Islam dan memartabatkan agama Islam di negara ini. DPPM berharap dengan pertabalan Tuanku ini juga akan merancakkan lagi terhadap pemerkasaan perlaksanaan dan penguatkuasaan syariat dan hukum-hukum Islam yang semakin subur dalam pemahaman rakyat jelata. DPPM yakin hanya Islam lah penyelamat dan faktor penyatuan ummat dan rakyat tanpa mengira kaum dan agama. Sejarah telah membuktikan sejak zaman kesultanan Melaka dahulu, Islam menjadi agama yang dihormati dan diterima apabila Sultan dan Rajanya menjadi penauang dan pelaksana baginya.

Akhirnya, DPPM mendoakan semoga DYMM Tuanku serta DYMM Raja Permaisuri Agong dipanjangkan usia, mendapat keberkatan hidup dan mentadbir negara dengan dilimpahi rahmat dan keberkatan.









DR RAJA AHMAD AL HISS
Naib Ketua


Dewan Pemuda PAS Malaysia


Teruskan Baca “ ”  »»

Ahad, April 08, 2012

MUKTAMAR AGUNG DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH


UCAPTAMA TAHUNAN
KETUA PEMUDA PAS NEGERI SABAH
SDR LAHIRUL LATIGU



UCAPTAMA PERASMIAN 
SDR. SANY HAMZAN
(PENGARAH PILIHAN RAYA PEMUDA PAS MALAYSIA)



SIDANG  PERWAKILAN MEMBAHAS LAPORAN TAHUNAN


PERWAKILAN DPPKT


ANTARA EXCO DPPNS.
SEDIA UNTUK MENERIMA PERBAHASAN DARIPADA PERWAKILAN


ANTARA PERWAKILAN YANG HADIR


LAUNGAN DOA WEHDAH PEMBAKAR SEMANGAT 

Teruskan Baca “MUKTAMAR AGUNG DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH”  »»

Sabtu, Mac 10, 2012


PAS Tawau kesal surat arahan PPD


 PAS kawasan Tawau melahirkan rasa hairan kenapa pejabat Pejabat Pelajaran Daerah itu boleh menjadi alat kepada Umno/BN sehingga terpaksa mengeluarkan surat secara rasmi kepada Pengetua dan Guru Besar bagi mengenalpasti pegangan politik para guru mereka.

Sedangkan hak untuk menyokong dan menjadi ahli mana-mana parti politik sekalipun dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

PAS Kawasan Tawau dalam kenyataan mereka berkata, sepatutnya pihak pengurusan PPD Tawau perlu bertindak lebih profesional bagi menangani permasalahan pendidikan di Tawau bukannya mencampuri urusan politik.

Mereka sepatutnya mengkaji dan meneliti prestasi dan mutu pendidikan di Tawau.

Sekolah yang bermasalah dari segi prestasinya dan komitmen para guru yang tidak berada pada tahap yang memuaskan dari segi pengajaran dan pembelajarannya perlulah dikaji dan diselidiki, katanya.

Menurut beliau, terlalu banyak persoalan pendidikan yang perlu diteroka dan diteliti oleh PPD Tawau.

Kesangsian masyarakat terhadap pengurusan PPD mutakhir ini akan tercalar jika sekiranya PPD Tawau terus menjadi alat Umno/BN.

"Perkara ini diharap akan mendapat penjelasan daripada Pengarah Pelajaran Negeri Sabah," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.
Semalam, laman web Merdeka Review melaporkan, menjelang pilihan raya umum yang akan datang, bukan sahaja kawasan parlimen yang bakal dikategorikan dengan warna "putih", "kelabu" dan "hitam", malah guru juga dikategorikan sebegitu mengikut kecenderungan politik masing-masing.

Dalam sepucuk surat rasmi dari Pejabat Pelajaran Daerah Tawau pada 1 Mac 2012 (gambar kanan), pengetua dan guru besar sekolah di daerah tersebut diarahkan untuk mengkategorikan kakitangan di bawah jagaannya mengikut kecenderungan politik dengan tafsiran warna seperti berikut.

Mereka yang jatuh ke kategori putih memiliki ciri-ciri seperti akur akan dasar-dasar kerajaan, kritis terhadap dasar kerajaan secara positif dan membina, bersyukur akan kelebihan yang diberikan kepada kakitangan kerajaan.

Sementara mereka yang disenaraikan di bawah warna kelabu, menunjukkan sifat "mula mengkritik secara negatif dan terbuka akan dasar-dasar kerajaan, mula berjinak-jinak dengan parti pembangkang".

Malah mereka yang jatuh dalam warna hitam pula, adalah "ahli berdaftar dan memegang jawatan dalam parti pembangkang, bergiat cergas dalam aktiviti berkempen menentang kerajaan, dan ada percubaan mempengaruhi rakan sejawat yang lain supaya turut serta dalam sebarang aktiviti untuk membenci kerajaan".

Malah, pegawai pelajaran daerah Tawau yang mengeluarkan surat rasmi ini, Darman Shah bin Haji Asakil menambah, "Oleh kerana maklumat sedemikian boleh menjejaskan mana-mana pihak yang terbabit, saya memohon agar borang ini diisi oleh tuan/puan/cik sendiri agar kerahsiaannya terkawal di bawah Akta Rahsia Rasmi Kerajaan".

Surat ini disebarkan di laman sosial Facebook baru-baru ini, dan MerdekaReview telah berjaya menghubungi Darman Shah untuk mendapatkan respon beliau.


Darman menafikan bahawa surat ini adalah arahan daripada kementerian pelajaran mahupun jabatan pelajaran, malah mengakui bahawa "Ini satu kesilapan.  Surat telah dibatalkan".

Dalam surat tersebut, Darman mendakwa dirinya diarah untuk mendapatkan maklumat berkenaan daripada semua ketua sekolah di daerah Tawau, merujuk kepada Mesyuarat Khas Jabatan Pelajaran Negeri Sabah bertarikh 29 Februari 2012.

Bagaimanapun, Darman berkata kepada wartawan bahawa mesyuarat tersebut tidak berlangsung, malah mengulangi bahawa surat ini adalah satu kesilapan, dan pihaknya bakal mengutus surat kepada jabatan, kementerian dan sekolah untuk memaklumkan bahawa surat ini telah dibatalkan.
--------------------------------------------------------------------
*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal.

Teruskan Baca “ ”  »»

Jumaat, Mac 09, 2012

SBPA: Transformasi 1Malaysia Najib gagal

Pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menonjolkan sekali lagi kegagalan transformasi yang diwar-warkan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan akhirnya terpaksa berbalik kepada sistem lama.
Isu SPBA diwujudkan secara gopoh-gapah sebagai reaksi segera PM kepada janji Pakatan Rakyat (PR) dalam Buku Jingga. Bahkan pemerhatian umum yang dilakukan terhadap banyak perkara yang dikatakan transformasi kerajaan hanyalah berkisar di sekitar Buku Jingga PR.
Lihat sahaja apa yang berlaku terhadap penyenaraian Felda Global Ventures Holdings, sebuah syarikat yang tiada aset selain hutang diberi amanah untuk mengambil aset Felda Plantation, Koperasi Permodalan Felda dan lain sebagai modal penyenaraian. Kini ia berhadapan dengan pelbagai bantahan peneroka Felda dan kakitangan Felda yang tidak bersetuju.
Demikian juga isu kegagalan kerajaan mengawal harga barangan pengguna, yang akhirnya kerajaan sekadar mampu mewujudkan kedai- kedai 1Malaysia yang disubsidikan duit berjuta ringgit untuk menjual barang pada harga yang diwar-warkan lebih rendah.
Sedangkan tugas kerajaan bukan mewujudkan kedai murah. Bayangkan pekedai lain terpaksa bersaing dengan kedai kerajaan, dan ini sangat tidak adil bagi peniaga dan rakyat yang jauh dari kedai 1 Malaysia, yang terpaksa membeli dengan harga yang lebih mahal. Ini juga membuktikan kegagalan Najib dan kerajaan sekali lagi menggunakan cara yang tidak munasabah untuk mengawal harga barangan kepada pengguna.
Isu SPBA berkait-rapat dengan janji PR kepada kakitangan awam dan skim gaji minimum yang dijanjikan dalam belanjawan alternatif 2012 PR. Isu penyenaraian Felda pula mengambilkira janji PR untuk memastikan hak peneroka terpelihara di semua ladang Felda.  Dan lainnya, hanyalah gambaran sebenar sikap menggelabah PM dalam menghadapi janji Buku Jingga.
Dalam flip-flop terbaru ini, jelas ia adalah akibat daripada sikap gopoh-gapah pentadbiran Najib tanpa perancangan teliti, kajian mendalam dan sikap mengenepikan pandangan kesatuan sekerja dan badan berkaitan. Akhirnya, kerajaan berhadapan bantahan umum kakitangan sehingga terpaksa menarik balik, dan kembali kepada sistem lama.
Oleh kerana sikap gopoh-gapah inilah rakyat dapati apa yang dicadang oleh PM berhadapan dengan pelbagai masalah sehingga terpaksa disemak, ditarik balik dan dibatalkan. Inilah transformasi 1Malaysia Najib – “Mulut didahulukan, Flip-Flop diutamakan.”
Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
9 Mac 2012

Teruskan Baca “ ”  »»

Khamis, Mac 08, 2012

LAJNAH ALAM SEKITAR DPPKT :

Masalah sampah sudah sinonim dengan masyarakat di Tawau sehinggakan kita tidak terkejut lagi jika masalah ini masih tidak selesai lagi. Walaupun pelbagai program telah dirancang. Apa tidaknya, apabila kita melangkah keluar rumah, sudah pasti sampah-sampah ini yang akan menuggu di luar rumah.


Sampah dikawasan Perumahan Taman Semarak

Kawasan tempat pembuangan sampah dipenuhi dengan sisa buangan domestik. Bukan kita sahaja yang dibelenggu masalah ini, begitu juga jiran dan masyarakat yang lain. Ada kawasan taman perumahan  dan kampung yang sampahnya tidak dipungut berminggu-minggu oleh syarikat yang telah dilantik oleh pihak majlis perbandaran. Apabila ada aduan dan komplain tentang masalah ini baru mereka mahu bertindak memungut sampah.


Di kawasan bandar pula, masalah ini turut membimbangkan kita. Di belakang premis bangunan seperti di Fajar dan Sabindo contohnya, jika kita melalui jalan-jalan ini kita akan merasa kurang senang dengan bau busuk sampah-sampah ini yang tidak diselenggara dengan baik oleh pihak berwajib.

Sistem perparitan juga turut terjejas kerana masalah ini. Apabila hujan, ada kawasan di bandar seperti dekat Pasar Tanjung akan di naiki air kerana kawasan parit yang tersumbat dan tidak dapat mengalirkan air. Masalah ini turut berlaku di kawasan perumahan yang ada di Tawau. Di Tawau Lama contohnya, Ada orang mengadu bahawa sistem perparitan depan dan belakang perumahan teres sudah lama tersumbat. Bayangkan apa yang berlaku pada musim hujan. Menurut orang kampung, rumah mereka akan dimasuki air hujan yang bercampur dengan air parit yang amat kotor. Sudah pasti ini tidak memberi keselesaan kepada mereka. Selain itu, ia boleh menyebabkan pembiakkan nyamuk aedes yang membawa kepada penyakit Denggi.

Kita tidak mahu Tawau di label sebagai daerah yang banyak sampah dan busuk. Pelancong tidak mahu lagi datang ke tawau kerana masalah ini dan pembangunan Tawau terjejas kerana masalah ini. Kepada pihak berwajib, perlulah berusaha menangani masalah dengan baik. 

Teruskan Baca “ ”  »»

Rabu, Mac 07, 2012

Keratan Akhbar Himpunan Bangkit 123

MUKA DEPAN 

MUKA DEPAN


Teruskan Baca “Keratan Akhbar Himpunan Bangkit 123”  »»

Dewan Pemuda PAS Tawau © DPPKT Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,TB 322, Tingkat 3, Blok 38 Jln. St.Patrick, Kompleks Fajar,PS.62040 91030, Tawau Sabah Tel: 089-760214.

KEMBALI KEATAS