Selasa, Jun 30, 2009

Sekitar Sukaneka PASTI 2009

Alhamdulillah... Ahad lepas , PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) Tawau berjaya menganjurkan Sukaneka PASTI untuk tahun 2009 dengan jayanya.



Ianya telah dirasmikan oleh Saudara Lahirul Latigu , Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah. Upacara dimulakan seawal 7.30am danberakhir pada sekitar pukul 12pm.



Pelbagai acara telah diadakan pada Sukaneka PASTI kali ini. antaranya :

>Perbarisan dari sekolah sekolah PASTI seluruh Tawau.
> Sukaneka PASTI - Lumba lari 50 meter,lari ikat kaki, Pecah belon, susun huruf, lari berhalangan, isi air dalam botol, & tarik tali.
>Pertandingan mewarna terbuka PASTI,Prasekolah & Tadika Perpaduan
>Pertandingan melukis terbuka Sekolah Rendah Tahap 2
>Acara Awam Muslimin & Muslimat dan banyak lagi.






Dengan tema kali ini, "25 TAHUN PASTI MEMINPIN PERUBAHAN". PASTI membuktikan mereka masih unggul dalam mengasuh dan mendidik kanak kanak supaya cintakan Islam dalam erti kata yang sebenar.





Dijangkakan,seramai 3 ribu orang yang turut hadir termasuk ibu bapa pelajar dalam temasya sukaneka PASTI pada kali ini.



InsyaAllah bertemu lagi pada tahun hadapan.

Teruskan Baca “Sekitar Sukaneka PASTI 2009”  »»

Ahad, Jun 28, 2009

SUKANEKA PASTI 2009 KALI KE-22



Sambutan Sukaneka PASTI Kawasan Tawau 2009 kali ke-22.

Tarikh : 28 Jun 2009/ 5 Rejab 1430 H( Ahad)
Masa : 7.00pg - 1.00tgh S
Tempat : Padang Bandaran Tawau
Tema : "25 TAHUN PASTI MEMINPIN PERUBAHAN"


Sebagai alternatif riadah keluarga anda.Antara aktiviti yang menarik:

>> Sukaneka PASTI
>> Pertandingan mewarna terbuka PASTI,Prasekolah & Tadika Perpaduan.
>> Pertandingan melukis terbuka Sekolah Rendah Tahap 2
>> Acara Awam Muslimin & Muslimat
>> dan banyakl lagi


10:47pg- Acara sukaneka sedang bermula.Antara acara sukaneka yang disertai oleh pelajar PASTI ialah lari 50 meter,lari ikat kaki, Pecah belon, susun huruf, lari berhalangan, isi air dalam botol, & tarik tali.Seramai 3 ribu orang yang turut hadir termasuk ibu bapa pelajar dalam temasya sukaneka PASTI pada kali ini.





Teruskan Baca “SUKANEKA PASTI 2009 KALI KE-22”  »»

Jumaat, Jun 26, 2009

ISU KERAJAAN PERPADUAN SELESAI




Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat petang ini mengumumkan menarik balik kenyataannya menggesa Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan
menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, mulai 5 petang tadi di pejabat agung PAS di ibunegara.

Berikut adalah kenyataan penuh Nik Aziz:

"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.

"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.

"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.

"Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."

Perjumpaan khas itu turut dihadiri oleh Nasharuddin, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din; Naib Presiden - Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, bekas naib presiden, Ahmad Awang, Ketua Dewan Pemuda, Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Nurida Salleh.



Teruskan Baca “ISU KERAJAAN PERPADUAN SELESAI”  »»

SELAMAT HARI BAPA


Apabila menatap akhbar, sedarlah penulis, Ahad, 21 Jun baru-baru ini adalah Hari Bapa. Penulis pun membaca beberapa kisah anak dan bapa. Ada sebuah rencana, disertakan gambar seorang bapa dipeluk dua anak gadisnya sekali gus. Kedua-duanya tidak bertudung, berpakaian santai.

Ada rencana pula memberitahu apa hadiah yang boleh diberi kepada si bapa,
umpamanya meraikannya dengan majlis makan tengah hari dan menghadiahkannya gajet seperti telefon bimbit, komputer riba dan kamera. Malah ada pihak kreatif mengkomersialkan Hari Bapa menawarkan sandwic dan pelbagai juadah lain di restoran mereka.

Sebuah rencana bermula dengan ayat, 'Kasih ibu bawa ke syurga, kasih bapa tiada penghujungnya'. Membaca ungkapan ini, melayanglah ingatan penulis akan tazkirah sebelum Jumaat dan khutbah di masjid ketika solat Jumaat hari ini (19 Jun). Kedua-dua majlis ini memperkatakan perkara yang sama - Hari Bapa - dengan penceramah menekankan akan tanggungjawab bapa kepada anak manakala khatib membawa persoalan solat.

Kata penceramah, anak adalah harta (aset) paling bernilai bagi seorang bapa. Ada sebuah hadis menyebut apabila mati seseorang anak Adam (manusia) maka ada tiga perkara yang masih boleh memberi manfaat kepadanya.

Pertama adalah sedekah jariah; kedua ilmu yang bermanfaat dan ketiga anak soleh yang mendoakan orang tuanya. Penceramah berhujah, adakah anak yang kita kasihi sekarang ini, akan mendatangkan manfaat kepada kita apabila kita berada di alam kubur (barzakh) dan alam seterusnya?

Muhasabah (koreksi)lah diri, apakah benar kita sudah menyediakan anak-anak untuk memikul amanah yang berat itu? Sebagai permulaan, eloklah ditanya soalan ini.

Apakah nanti apabila aku mati, anak-anak itu dapat menguruskan jenazahku iaitu memandi, mengkafan, menyembahyang dan menguburkan diriku? Atau adakah mereka akan duduk jauh-jauh, bersembang-sembang di bawah rimbunan pokok di halaman rumah dan menyerahkan semua urusan menyempurnakan aku kepada tok bilal, pak imam dan sebagainya?

Anak yang dapat menolong kita adalah anak-anak yang soleh. Namun semasa hidup ini adakah kita sudah menyediakan anak-anak kita untuk menjadi orang soleh dan solehah?

Tataplah muka surat akhbar yang mengkisahkan si anak dan bapa; jarang benar ditemui si bapa yang meluahkan kebimbangannya akan perangai si anak; hampir semuanya nampak ceria saja, antara lain menunjukkan si bapa bangga bergambar di sisi si anak yang tidak menutup aurat dengan sempurna, atau si anak menjadi seorang artis berjaya.

Adalah biasa untuk kita temui sebuah keluarga, si bapa berkopiah haji, si ibu bertudung litup tetapi si anak daranya selama saja berjeans ketat dan berbaju pendek. Terlalu biasa melihat remaja bertudung, tetapi mendedahkan lengan dan bentuk badannya dengan pakaian terlalu ketat. Adakah pak haji dan mak aji ini fikir dia saja nak masuk syurga; anak-anak lantak kau oranglah.

Ini antara penampilan luaran, yang dapat disaksikan umum, tetapi bagaimana bab lain seperti penyempurnaan Rukun Islam seperti bab sembahyang? Perkara inilah ditekankan oleh khatib dalam khutbah Jumaatnya.

Sebagai bapa yang diraikan sempena Hari Bapa, apakah sudah dibereskan tugas bapa yang wajib memastikan seluruh ahli keluarganya menunaikan solat? Usahlah ketawa tersengih-sengih bergambar dengan si anak, berbangga sudah membesarkan mereka menjadi penyanyi, pelakon, pramugari, guru, jurutera dan profesion hebat-hebat lain, tetapi persoalan menyempurnakan Rukun Islam seperti solat tidak beres?

Perlu disedari betapa banyak orang sekarang sudah meninggalkan solat lima waktu. Secara automatik anak yang tidak solat terkeluar daripada senarai anak soleh. Jadi apakah yang kita boleh harapkan daripada mereka? Adakah kita bangga jika mereka menitipkan wang RM100 atau RM200 sebulan kepada kita sebagai mengenang jasa kita sebagai seorang ayah sedangkan mereka tidak sembahyang?

Inilah kerunsingan yang perlu kita fikirkan sempena Hari Bapa ini. Runsing akan masa depan anak-anak aku ini, bolehkah mereka menjadi anak soleh yang akan mendoakan aku apabila aku masuk dalam kubur nanti. Bukanlah pada Hari Bapa ini kita kita disibukkan oleh runsing aku nak dapat hadiah apa, aku nak dibawa ke restoran mana atau aku akan dikelilingi anak-anak dara aku sedangkan mereka gemar mendedahkan aurat mereka dan tak sembahyang pun!

Bertanyalah secara jujur, berjayakah atau sudah berusaha keraskah kita mendidik anak-anak kita menjadi insan soleh? Tentunya, kita akan berasa malu, kita gagal menjadi seorang bapa yang baik, yang mengikuti perintah Allah SWT sepenuhnya. Kepada-Nya kita mohon keampunan, bertaubat bersungguh-sungguh kerana gagal menjadi bapa yang baik sebagai dikehendaki-Nya.

Selain seorang bapa, kita sebenarnya adalah juga seorang anak. Adakah kita seorang anak yang termasuk dalam golongan soleh yang dapat menolong orang tua kita di alam ini atau di alam sana?

Akuilah kita gagal menjadi seorang anak yang baik dan juga seorang bapa yang baik. Kepada-Nya kita mengadu, Ya Allah, Kau ampunilah dosa-dosaku, kedua ibu bapaku, datuk moyang dan zuriat-zuriat kami dan sekalian Muslimin dan Musliman kerana kegagalan kami menjadi anak dan bapa yang baik sebagaimana kehendak-Mu.

Kerana gagal menjadi bapa dan anak yang baik, apakah kita rela tersengih-sengih menyambut Hari Bapa ciptaan Barat itu, apatah lagi dengan menghadiri majlis yang menambahkan koleksi maksiat dan dosa kita kepada-Nya?

sumber: Harakah Daily

Teruskan Baca “SELAMAT HARI BAPA”  »»

Khamis, Jun 25, 2009

TAWAU : MUSLIMAT MEMACU PERJUANGAN




Muslimat memacu perjuangan. Bunyi tema yang digarap dalam muktamar muslimat kawasan Tawau baru-baru ini. Intipatinya sudah dijelaskan dengan panjang lebar oleh ketua DMPKT semasa ucaptama dan telahpun dibukukan setebal 23 muka surat [boleh dirujuk di pejabat DMPKT]. Terlalu besar harapan dan inspirasi yang ingin dicapai oleh DMPKT melalui tema yang diharapkan dapat dimaksimakan usaha mencapainya sepanjang sesi 2009/2011.

Perlu diketahui oleh semua amilat yang meneruskan gerak kerja perjuangan dibawah label DMPKT dengan posisi lujnah masing-masing, tugas merealisasi tema ini bukan sekadar komitmen dan kesungguhan daripada saf pimpinan yang dilantik semata-mata. Bahkan memerlukan kerjasama padu ahli-ahli yang sedar tugas dan gerak kerja dakwah adalah satu tuntutan yang perlu diberi keutamaan.

Amat menyedihkan, baru beberapa bulan muktamar DMPKT berlalu bahkan baru beberapa minggu muktamar PAS pusat berlalu, para amilat di bumi peladang seakan tidak terasa langsung bahang dan tidak terlonjak semangatnya untuk bangkit gagah memacu perjuangan. Program-program yang diatur kurang mendapat sambutan. Mesyuarat yang direncana tidak mendapat perhatian individu-individu yang sepatutnya hadir.

Penyakit lebih suka menjadi pemerhati sudah menular kini. Kalau dahulu, penyakitnya, sekadar menjadi audien, malas hendak memikir dan merencana. Kini penyakit sudah semakin parah dan bagai mahu dijadikan barah. Hadir pun tidak mahu!

Dalam situasi PAS sedang mengorak langkah mahu menendang keluar Barisan Nasional dari terus menjadi nahkoda negara tanpa mendaulat Islam, para pejuang di bumi peladang ini masih terus layu dan lembik. Menjadi penonton diluar gelanggang. Walhal, usaha menjatuhkan Barisan Nasional yang kita tentang kerana penolakan mereka terhadap hukum-hukum Allah boleh dipercepatkan dengan kerja keras para pejuang agama di bumi bawah bayu ini. Bukankah "kegagalan" Pakatan Rakyat meneraju Malaysia kerana gagalnya kita menawan Sabah dan Sarawak?

Seharusnya, para amilat sudah terbuka matanya, celik mindanya dan tajam hatinya. Keluar dari kepompong lembik dan layu yang membelenggu diri. Zaman sudah berubah. Muslimat bukan lagi sekadar duduk dirumah melayan karenah suami dan anak-anak. Bukan bermaksud mengabaikan hak dan tanggungjawab itu. Tetapi sebagai bukti, kita sayangkan merekalah kita kena keluar dan berjuang. Lebih memedihkan apabila generasi muda yang belum ada rantaian tanggungjawab mengurus suami dan anak-anak yang diam seribu bahasa. Lantas mendorong prasangka dan sangka-sangka!

Masa belum terlewat. Ruang dan peluang menebus kesilapan diri masih terbuka luas. Tinggalkan kesilapan semalam. Mulakan langkah yang lebih cemerlang. Julai ini kita akan bermunaqasyah, membahas ucaptama Ketua Muslimat DMPP dan berusaha menggarap idea dan pandangan buat bekal kita menerus perjuangan di bumi Tawau. Semua amilat, letakkan diri dalam posisi masing-masing bersedia kita mara dan tempur bersama!!!



Teruskan Baca “TAWAU : MUSLIMAT MEMACU PERJUANGAN”  »»




KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - Pakatan Rakyat akan menganjurkan Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat pada 30 Jun nanti.

Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, program tersebut diadakan bagi menjelaskan kekeliruan terhadap segala fitnah dan konspirasi yang ditimbulkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan tujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.

Beliau yang mewakili Sekretariat Pakatan Rakyat menyeru orang ramai hadir ke program tersebut yang akan diadakan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya bermula pukul 9.00 malam.

"Program ini diadakan bagi menerangkan kepada orang ramai terhadap fitnah dan konspirasi yang dimainkan oleh Umno-BN yang bertujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat," jelas beliau kepada Harakah.

Satu ceramah perdana akan diadakan pada malam tersebut dimana kesemua pemimpin utama Pakatan Rakyat dijangka hadir.

Antara yang telah menyatakan persetujuan untuk hadir pada malam tersebut; Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Tokoh DAP Lim Kit Siang dan pemimpin-pemimpin utama ketiga-tiga parti. -azm_




Teruskan Baca “ ”  »»

Rabu, Jun 24, 2009

PAS simpati dengan nasib rakyat Sabah



KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof melahirkan rasa simpati kepada rakyat Sabah yang terus menerus dilingkari masalah kemiskinan.
Mencelah semasa perbahasan Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman ( PAS Pengkalan Chepa ) di Dewan Rakyat 17 Jun lalu, Siti Zailah menyatakan beliau cukup sedih denagn apa yang berlaku di Sabah.
Beliau terkejut bagaimana peruntukan Hospital Queen Elizabeth untuk pembangunan kesihatan rakyat Sabah yang telah ditambah sampai RM 370 juta, hingga sekarang pun tidak ada apa pergerakan berlaku.
“ Ini adalah satu perkara yang sangat menyinggung perasaan hati rakyat. Tambahan pula Sabah adalah penyumbang khazanah yang sangat besar kepada Negara,” katanya.

sumber : Akhbar Harakah, bil :1449 , m/s N26






Teruskan Baca “PAS simpati dengan nasib rakyat Sabah”  »»

AJK PAS PUSAT SESI 2009/2011


PENGERUSI TETAP (MTB)
Abu Kasim Bin Abdullah, Ustaz Haji

TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Hussin Bin Haji Ismail, Haji

PRESIDEN (MTB)
Abdul Hadi Hj Awang , YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN
Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz Haji

NAIB PRESIDEN
Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ Ustaz(877)
Salahuddin Ayub, YB (824)
Mahfuz Omar, YB Dato' Haji (663)


AHLI JAWATANKUASA KERJA

Mohamad Nizar Jamaluddin, YAB Dato' Seri Ir (854)
Idris Haji Ahmad, Ustaz Haji (799)
Kamarudin Jaffar , YB Dato’ (769)
Azizan Abd Razak, YAB Dato’ Seri Ustaz (653)
Hasan Mohd Ali , YB Dato' Dr Hj (642)
Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. Haji (638)
Abdul Ghani Samsudin, Ustaz Haji(637)
Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz Haji (622)
Mohamed Hanipa Maidin, Sdr (619)
Amiruddin Hamzah, YB Dato' Ir. (606)
Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali, YB Dr. (589)
Ab Ghani Abdul Rahman, Ustaz Haji (584)
Dzulkefly Ahmad, YB Dr. (576)
Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr. (530)
Hashim Jasin, YB Ustaz Haji (522)
Mazlan Aliman, Sdr (513)
Taib Azamudden Md Taib, YB Ustaz Haji (508)
Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. (488)


PEMERIKSA KIRA-KIRA

Mohd Rashidi Bin Hassan
Musaniff Abd Rahman

Teruskan Baca “AJK PAS PUSAT SESI 2009/2011”  »»

Rabu, Jun 03, 2009

PEGAWAI PENCEGAH MAKSIAT : MAKAN GAJI BUTA?

Salah satu tempat yang menjadi tumpuan masyarakat Tawau untuk berekreasi ataupun menenangkan fikiran ialah di'Highway' yang terletak di kawasan Sabindo.


Subhanallah!

Desiran ombak yang menghempas bebatuan di tepian dan tiupan angin yang lembut boleh menghilangkan segala kerungsingan serta keserabutan fikiran akibat keletihan kerana seharian bekerja untuk meneruskan kelangsungan hidup!


Mereka terlupa bahawa perlakuan mereka telah direkod oleh para petugas ALLAH!



Tapi amat malang,suasana damai dan tenteram yang dikecapi oleh pengunjung 'Highway' seringkali terganggu oleh gelagat-gelagat beberapa pasangan kekasih yang yang sering mengambil kesempatan untuk memadu asmara tanpa mempedulikan soal dosa dan pahala,soal maruah dan harga diri.Anak-anak melayu kita sudah hilang jati diri!!



Tidak takutkah pasangan ini dengan kemurkaan ALLAH?

Mereka bebas melakukan pelbagai aksi tanpa sebarang halangan

Sebagai warga yang prihatin,kita menyeru supaya mereka-mereka yang telah diberikan amanah untuk menangani masalah ini agar cepat bertindak. Gambar yang dipaparkan ini hanyalah sebahagian kecil daripada puluhan keping yang masih disimpan.Hasil daripada kajian yang dibuat oleh Lajnah Penerangan dan Dakwah,Dewan Pemuda PAS kawasan Tawau melalui temubual dengan beberapa pasangan kekasih di tempat kejadian mendapati bahawa tidak pernah ada sebarang tindakan yang dilakukan oleh pihak Jabatan Agama untuk menangani masalah ini. Justeru itu kepada pegawai-pegawai yang berkenaan,sila jalankan tugas dan amanah yang telah diberikan kepada anda. Tidak takutkah kamu apabila nanti kamu di hadapkan kepada ALLAH dan ditanya tentang amanah yang telah diberikan kepada kamu? Tidak terbitkah walau sedikitpun rasa bersalah di hati kamu kerana gaji yang telah diberikan kepada kamu untuk menjalankan amanah ini akan dipersoalkan di akhirat kelak jika kamu tidak menjalankan tugas dengan sebaiknya?

Tepuk dada, tanyalah iman masing-masing!

Kredit : Mat Bulan

Teruskan Baca “PEGAWAI PENCEGAH MAKSIAT : MAKAN GAJI BUTA?”  »»

Selasa, Jun 02, 2009

Tawau : Bandar Anjing Liar?!

Amat memalukan! Itulah bahasa yang boleh digambarkan apabila melihat suasana di beberapa tempat di perbandaran Tawau. Kalau dulu Tawau dikenali kotornya kerana banyaknya tikus berkeliaran di sekitar Bandar sehingga wujudnya kawasan tempat menjamu selera yang dikenali sebagai Taman Tikus sekarang lain pula ceritanya. Tikus bertukar dengan anjing liar!


kelihatan sekumpulan anjing liar sedang berehat di hadapan pejabat MAS di Fajar Complex



kelihatan sekumpulan anjing liar 'lepak' bersebelahan dengan Restoran Selera Tanjung.



Amaran! anjing liar yang 'lepak'di bawah kenderaan ini boleh membahayakan pemiliknya!


Artikel ini diterbitkan bukan bertujuan untuk menuding jari kepada mana-mana pihak yang bersangkutan,tetapi sekadar untuk memberikan peringatan kepada mereka kerana mereka-mereka ini mempunyai kuasa untuk menyelesaikan masalah ini.Janganlah menganbil sikap 'sudah terantuk baru tengadah' yakni dah ada orang awam yang diserang anjing liar barulah pihak berkuasa tempatan nak ambil tindakan.

Kredit : Mat Bulan




Teruskan Baca “Tawau : Bandar Anjing Liar?!”  »»

Dewan Pemuda PAS Tawau © DPPKT Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,TB 322, Tingkat 3, Blok 38 Jln. St.Patrick, Kompleks Fajar,PS.62040 91030, Tawau Sabah Tel: 089-760214.

KEMBALI KEATAS