[harga+minyak.jpg]

Khamis, November 17, 2011

TAHANAN ISA


                                                           KENYATAAN AKHBAR

TANGKAPAN AKTIVIS ISLAM DI BAWAH ISA (AKDN)

  1. Masyarakat seluruh Tawau digemparkan dengan berita penangkapan 10 pendakwah dan aktivis Islam di Tawau pada hari Isnin 14. November 2011. PAS Sabah mohon supaya pihak polis mengeluarkan kenyataan  bagi menjelaskan kedudukan sebenar supaya berita ini tidak disalah tafsir dan akan menimbulkan pelbagai sangkaan buruk terhadap setiap orang yang ditangkap.

  1. Tangkapan pendakwah dan aktivis Islam dengan perbagai profesion tersebut dilakukan oleh pegawai-pegawai polis dari Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter Terorism) Bukit Aman diketuai oleh DSP Azman bin Omar. Keluarga / Waris orang yang ditangkap dimaklumkan sehari kemudian yang mereka ditangkap di bawah Seksyen 73 (1) AKDN 1960 (ISA).

  1. Penangkapan tanpa waran, tanpa notis atau dimaklumkan dilakukan di hadapan  isteri dan anak-anak terlalu tragis. Situasi ini dilakukan oleh pihak polis yang lengkap bersenjata dengan cara yang kasar bagai satu rompakan dan dirampas beberapa komputer riba (laptop) dan sejumlah wang tunai.

  1. Baru sahaja Perdana Menteri menghebahkan dengan gahnya bahawa ISA akan dimansuhkan kini kelegaan rakyat dikejutkan dengan tangkapan ISA. Di manakah kesungguhan Perdana Menteri,? Jujurkah beliau semasa membuat kenyataan pamansuhan ISA? Kini AKTA ISA yang “draconian” (mengerikan) itu menjelma kembali.

  1. Antara yang ditangkap adalah pendakwah yang disegani di seluruh Tawau. Apakah tangkapan ini menunjukkan sikap “bengis “kerajaan (UMNO-BN) terhadap kerja-kerja Islam? Masyarakat yang sakit moral kini sangat perlukan pendakwah kenapa mereka ditangkap. Anehnya pembawa punca keruntuhan akhlak dan moral dibiar berleluasa. tanpa tindakan yang proaktif.

  1. PAS Sabah sangat dukacita dan kesal terhadap tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan yang akan menyebabkan porak-poranda kepada seluruh keluarga orang-orang yang ditahan dan sekali gus memberi kesan atau impak yang negatif terhadap masa hadapan  anak-anak mereka.

  1. PAS Sabah menuntut,  supaya semua tahanan tersebut dibebaskan serta merta tanpa syarat.



…………………………...
(Mohd. Aminuddin Aling)
            Pesuruhjaya PAS Sabah

            14hb November 2011


Berikut merupakan senarai nama yang ditangkap (Butiran tidak rasmi)

BIL
SENARAI NAMA
PEKERJAAN
1
MOHD NAZRI BIN DOLLAH
GURU AGAMA SMK KINABUTAN
2
YUSOF BIN SARIPUDDIN
PENIAGA AYAM
3
MUHD ADNAN BIN UMAR
GURU PUSAT TUISYEN MJU
4
MUHD ABDUH BIN UMAR
PEMANDU LORI
5
ADWAN

6
FAIZAL BIN HAMMA
PENGEDAR AKHBAR HARIAN
7
JONI @ MUADZ
PENGEDAR AKHBAR HARIAN
8
AZMI

9
SURIADI

10
DARTO BIN BANDU
GURU PUSAT TUISYEN MJU
11
BAKAR BIN BABA
GURU SMK UMAS-UMAS


Teruskan Baca “TAHANAN ISA”  »»

Ahad, November 13, 2011

Dewan Pemuda PAS Tawau ringankan beban Penduduk Kg. Kijang

12-11-2011. Sabtu : Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau diketuai oleh Ketua Pemuda Kawasan Muhd Nazri Mukhtar dan beberapa Exko Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau dekati masyarakat Kampung Kijang, Merotai Besar dengan memberikan sumbangan beberapa buah kampit beras kepada penduduk sekitar kampung yang mana memerlukan.

Kampung Kijang yang majoriti penduduknya adalah kaum Bugis dan kaum Tidung menyambut baik kedatangan PAS di Kampung itu. En Sarhan (Gambar) mewakili penduduk kampung serta tuan rumah membuka ucapan dengan mengucapkan jutaan berbanyak terima kasih kepada PAS kerana hadir ke kampung bagi membantu masyarakat kampung Kijang dimana penduduknya perlukan bantuan dan beliau juga merasa terkejut dengan kehadiran PAS yang sanggup datang ke rumah beliau.

Disusuli dengan ucapan Ketua Pemuda PAS Kawasan Tawau, Muhd Nazri Mukhtar yang juga dalam ucapan beliau mewakili PAS Tawau mengucapkan terima kasih kerana sudi menerima kehadiran PAS di Kampung tersebut. Beliau (Gambar) menerangkan hasil sumbangan diberikan adalah daripada Tabung Kebajikan Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau yang di Pengerusikan oleh Sdr. Arizam. 

Tabung Kebajikan yang mengutip sumbangan tahun ini mencecah sebanyak RM9545.00 dan hasil sumbangan telah diagih-agihkan mengikut kampung-kampung yang terdapat di daerah tawau.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau sebelum ini telah memasuki 4 buah kampung iaitu, Kampung Tg Batu Laut, Kampung Sungai Apas, Kampung Ranggu, Kampung Padang Terbang dan termasuklah Kampung Kunak Jaya, Kunak. (memetik Ucapan Ketua Pemuda)

              Seramai dua puluh ahli keluarga menerima sumbangan daripada PAS Kawasan Tawau.


                                                 Bergambar bersama masyarakat kampung

Teruskan Baca “Dewan Pemuda PAS Tawau ringankan beban Penduduk Kg. Kijang”  »»

Dewan Pemuda PAS Tawau © DPPKT Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,TB 322, Tingkat 3, Blok 38 Jln. St.Patrick, Kompleks Fajar,PS.62040 91030, Tawau Sabah Tel: 089-760214.

KEMBALI KEATAS