[harga+minyak.jpg]

Isnin, Oktober 26, 2009

KENYATAAN MEDIA PESURUHJAYA PAS SABAH




Tarikh : 25 Oktober 2009


1. PAS Sabah ingin membuat penjelasan terhadap beberapa perkara yang ditimbulkan dalam laman web / blog tertentu bagi mengelak kekeliruan berkaitan kenyataan / tulisan yang YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS dalam perkara mengadakan Mesyuarat Agung Khas PAS.

2. Kami ingin menyatakan bahawa PAS Sabah tidak pernah terlibat dalam apa cara sekalipun dengan teguran rombongan daripada Sabah (kalau ada) mempersoalkan beberapa kerat pemimpin PAS yang (kononnya) condong kepada UMNO berikutan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang di dakwa.


3. PAS Sabah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Jawatankuasa Agung PAS Pusat, sama ada akan mengadakan Mesyuarat Agung Khas atau tidak. Kami hormati keputusan Muktamar Agung yang lalu dalam pemilihan pimpinannya dan semua resolusi –resolusi yang di ambil.

4. PAS Sabah ingin memberi amaran supaya pihak lain (orang luar) jangan cuba menangguk di air keruh dalam isu rumah tangga PAS. Kami percaya PAS akan tetap kukuh dan akan terus ada di persada politik tanah air dan memperjuangkan yang hak.


“ISLAM MENERAJU PERUBAHAN”

HAJI MUHAMMAD ABDULLAH
Pesuruhjaya,
PAS Sabah.

Teruskan Baca “KENYATAAN MEDIA PESURUHJAYA PAS SABAH”  »»

Khamis, Oktober 22, 2009

Konsert Kesenian Islam Medan Untuk Berhibur Cara Islam



Dengan tema "Berhibur Cara Islam", Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau melalui jabatan PASTI telah berjaya menganjurkan Konsert Kesenian Islam di Dewan Masyarakat Tawau semalam.

"Ini merupakan satu bukti kepada masyarakat Tawau khususnya bahawa PAS tidak pernah menolak hiburan, asalkan dalam hiburan itu kenalah mengikut cara yang dibenarkan dalam Islam. Ada pengajaran yang boleh di ambil" ujar Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau, Tuan Haji Muhammad Husin.

Persembahan pertama yang sangat comel dari PASTI Farah Ain Merotai (Juara Nasyid, Ihtifal Alam Ria PASTI 2009) cukup menghiburkan hadirin, diikuti persembahan yang sangat mantap dan penuh dengan mesej dari Unit Amal Kawasan Tawau.

Menurut ketua kumpulan nasyid Unit Amal, saudara Adry Sabry, walaupun masa yang sangat terhad diperuntukan untuk latihan namun begitu hasilnya sangat memuaskan.

"Mesej yang kami cuba sampaikan adalah mengenai penderitaan saudara kita di Palestin supaya dapat dijadikan iktibar dan renungan kita bersama yang hadir pada malam ini." kata beliau.

Kumpulan Nasyid The Minds yang tidak asing lagi dari SMK Balung juga telah membuat persembahan diikuti artis jemputan pada malam tersebut, Ustaz Nazrey Johani, bekas vokalis utama kumpulan nasyid popular Raihan.

"Inilah hiburan cara Islam" Kata Ustaz Nazrey disamping memuji kejayaan penganjur menganjurkan konsert sedemikian.

Walaupun julung kali diadakan, konsert ini dianggap berjaya dengan kehadiran mencecah 2 ribu orang menunjukan orang ramai begitu dahagakan hiburan yang boleh mendidik jiwa dan memperingatkan untuk mentaati Allah.

Teruskan Baca “Konsert Kesenian Islam Medan Untuk Berhibur Cara Islam”  »»

Selasa, Oktober 20, 2009

Debaran Semakin Kencang!!!


Tinggal lagi 2 hari menjelang Konsert Kesenian Islam yang dianjurkan buat julung kalinya oleh Dewan Pemuda PAS Tawau bermula.Debaran semakin kencang kerana masing-masing bimbang tentang sambutan yang bakal diterima daripada masyarakat Tawau.Ialah..sekarang ni kan 'time exam' bagi para pelajar,dah la gitu konsert tu pula dibuat pada hari bekerja,mujurlah ianya dibuat sebelah malam..harap-harap ianya mendapat sambutan.Ramai yang bertanya,ngapa tidak dibuat pada hari cuti,so jawapannya ialah tarikh tersebut Nazri Johani yang tentukan bukan pihak penganjur, so kita teruskan je gerak kerja untuk menjayakan konsert ni,yang lain tu kita serah je pada ALLAH SWTkan..


Kita terima tawaran untuk menganjurkan Konsert Kesenian Islam ni kerana nak memberikan alternatif kepada masyarakat terutama sekali golongan remaja yang gemar kepada hiburan. Ianya juga sebagai menjawab persoalan yang selalu ditimbulkan iaitu apakah PAS akan mengharamkan program-program hiburan apabila mengambil alih teraju kepimpinan negara satu hari nanti atau apakah yang PAS boleh buat untuk memastikan golongan remaja tidak terus hanyut dengan hiburan yang melalaikan dan menyebabkan mereka terjebak dengan gejala-gejala yang tidak sihat.Maka ini adalah salah satu caranya.Kita tidak anti pada hiburan kerana kita tahu Islam juga tidak melarang kita berhibur.Cuma cara berhibur itu mesti betul dan tidak melanggar syarat-syarat yang telah di tetapkan supaya apa juga yang kita lakukan ianya tidak mendapat murka ALLAH SWT.

Selain daripada Nazrey Johani(bekas vokalis Kumpulan Nasyid RAIHAN ) konsert itu juga nanti akan diserikan lagi dengan persembahan daripada kumpulan nasyid tempatan yang dijemput khas iaitu Kumpulan Nasyid PASTI Nurul Farah Ain Merotai(juara Pertandingan Nasyid Ihtifal Alam Ria Tawau dan juga pernah mewakili PASTI negeri Sabah untuk bertanding diperingkat kebangsaan),Kumpulan Nasyid Syotul Syabab daripada Unit Amal,yang dibarisi oleh anak-anak muda yang berbakat dan sering mengadakan persembahan di majlis-majlis perkahwinan dan juga Kumpulan Nasyid SMK Balung Tawau yang sudah memang tidak asing lagi di daerah ini kerana mereka sering menjuarai pertandingan nasyid peringkat sekolah samada di Tawau atau pun negeri.

Tiket-tiket masuk boleh dibeli dengan ejen-ejen yang telah dilantik atau terus je beli di dewan masa hari konsert nanti.Semoga konsert ini mendapat sambutan daripada masyarakat Tawau. Teman-teman yang berada di kejauhan tu tolong doakan ye semoga konsert ni berjaya...

Sumber : Matbulan.blogspot.com (Timbalan Ketua Pemuda PAS Tawau)

Teruskan Baca “Debaran Semakin Kencang!!!”  »»

Isnin, Oktober 12, 2009

UMNO tidak perlu berubah.

Selepas kemenangan besar di Bagan Pinang, Umno nampaknya tidak perlu berubah kerana sudah di terima rakyat.

Di pihak Pakatan Rakyat dan PAS pula, mereka perlu kembali ke bilik mesyuarat untuk mengenalpasti apa berlaku dalam pilihan raya kecil itu.

Ini kerana, harapan untuk menang atau sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti di kubu Umno ini gagal dilaksanakan.

Sehingga analisa ini ditulis, calon BN, Tan Sri Isa Samad telah
mendahului calon PAS dengan lebih 5,000 undi. Ini belum termasuk undi pos lagi.

Sebelum keputusan diperolehi lagi, ada yang sudah menyalahkan sikap para pemimpin PAS dalam jentera kempen di Bagan Pinang. Antaranya mengenepikan rakan-rakan mereka dalam PKR dan DAP.

Namun, keputusan di Bagan Pinang ini sudah tentu ada kebaikannya.

Sebagaimana yang dikempenkan, dengan kemenangan ini, Umno sudah pasti akan kekal dengan apa yang ada padanya dan tidak akan berubah.


Image(Gambar: Isa no 1, PAS nombor 2)

Ini kerana, keputusan ini bermakna, Umno diterima rakyat, pemimpin rasuah tidak menjadi masalah, kesalahan politik wang bukan bermakna rasuah dan sebagainya.

Untuk itu, rakyat seluruh negara perlu terima apa yang telah diputuskan oleh penduduk Bagan Pinang bahawa pemimpin rasuah tidak jadi masalah kerana yang diperlukan rakyat adalah perkhidmatan mereka.

"Kalau pemimpin ini memberikan khidmat yang baik, apa salahnya mereka rasuah," mungkin ini mesej yang hendak dihantarkan oleh pengundi Bagan Pinang.

Dengan kemenangan ini, para media BN esok akan melaporkan, PAS kalah teruk, kemaraan Pakatan Rakyat telah berjaya disekat setakat Selangor sahaja dan sebagainya.

Menjelang keputusan ini diperolehi, seorang rakan Cina dari Port Dickson memaklumkan, orang Cina tidak mahu undi PAS kali ini kerana marah dengan apa yang berlaku di Selangor.

Mereka tidak puashati dengan beberapa kenyataan pemimpin PAS di Selangor. Sejauh manakah benarnya maklumat akan diketahui apabila analisa keputusan penuh pilihan raya ini diperolehi nanti.

Pendek kata, jentera PAS perlu mengkaji sepenuhnya senario yang berlaku di seluruh negara sematang-matangnya bagi menghadapi pilihan raya ke 13 nanti.

Sumber : Harakahdaily.net


Teruskan Baca “UMNO tidak perlu berubah.”  »»

Ahad, Oktober 11, 2009

Solat Hajat Untuk PRK Bagan Pinang

Tatkala orang ramai berpusu-pusu memenuhi ruangan stadium kompleks sukan Tawau, para pendokong dan ahli jemaah PAS Tawau meluruskan dan memenuhkan saf barisan untuk menunaikan solat. Apabila sorakan memecahkan suasana stadium, ahli jemaah tenang bermunajat dan berdoa memohon petunjuk dan keampunan dari Allah di Pusat Tarbiyah PAS Jalan Kuhara.

Begitulah sedikit sebanyak senario yang berlaku malam semalam pada waktu yang sama di dua tempat yang berbeza.



"Inilah budaya kita!" Ujar Ustaz Nazry Mokhtar, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau.

Katanya lagi, "Kita telah diajar untuk sentiasa memohon petunjuk dan berdoa kepada Allah. Soal menang atau kalah itu tidak menjadi isu. Yang penting ingat Allah, insyaAllah kita yakin kemenangan pasti akan tiba satu masa nanti.Kalau tak ditakdirkan esok, mungkin satu masa nanti."



Program dimulakan dengan solat isyak berjemaah diikuti dengan munajat kepada Allah dan Solat Hajat yang dipimpin oleh Ketua Dewan Ulama PAS Tawau, Ustaz Alias Sulong.



Selepas solat hajat selsesai, sedikit penerangan mengenai keadaan terkini di bagan pinang negeri sembilan disampaikan oleh En Mat Dullah AJK PAS Pusat, merangkap Timbalan Pesuruhjaya II PAS Sabah dan Timbalan YDP PAS Kawasan Tawau.

Di akhir program, seluruh jemaah diingatkan untuk membaca qunut nazilah dalam solat fardhu keesokannya memohon kepada Allah agar diberikan kemenangan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang Negeri Sembilan.

Teruskan Baca “Solat Hajat Untuk PRK Bagan Pinang”  »»

Jumaat, Oktober 09, 2009

Pemuda PAS sanggah Ketua Putera Umno kena tumbuk

Dakwaan oleh Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang menyatakan telah ditumbuk oleh lebih dari 9 orang penyokong Parti Islam Se Malaysia (PAS) semasa hari penamaan calon amatlah tidak berasas.

Beliau mendakwa bahawa Penyokong PAS menyerang beliau ketika beliau bersama Datuk Ismail Sabri berjalan berhampiran dengan kawasan penyokong PAS yang sebenarnya menjadi kawasan larangan bagi penyokong Umno-BN semasa hari penamaan calon sabtu lalu.

Beliau telah
membuat laporan Polis pada hari yang sama dan mendakwa mengalami lebam di tengkuknya. Beliau juga dilaporkan mengalami muntah-muntah dan telah dimasukan ke Hospital sehari selepas kejadian.

Setelah selesai waktu penamaan calon tempuh hari, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ada menemui YB salahuddin Ayub dan saya, beliau ada menyatakan yang beliau telah dikasari oleh pemyokong PAS pada pagi penamaan calon.

Sewaktu itu, pada pemerhatian saya tiada langsung tanda - tanda yang beliau di tumbuk atau dikasari. Kami berbual panjang dan mesra tanpa beliau menunjukkan sifat atau tanda yang beliau telah dikasari.

Bagaimanapun 3 keping gambar yang menunjukan kejadian sebenar telah diterima dan mengesahkan bahawa Azeez telah berbohong. Beliau melalui kawasan penyokong PAS walaupun sudah ditegur oleh pihak Polis.

Ketika melalui kawasan berkenaan, seorang penyokong PAS menepuk bahu beliau, bukannya menumbuk seperti yang didakwa. Rakaman gambar yang dibuat menunjukan beliau hanya tersenyum dan berlalu pergi tanpa adanya sebarang aksi tumbuk menumbuk.

Pemuda PAS mahu Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim meminta maaf kepada seluruh rakyat Bagan Pinang khasnya dan seluruh negara amnya atas pembohongan yang beliau telah lakukan. Dewan Pemuda PAS Pusat yakin bahawa rakyat sedar lakonan beliau kali ini hanyalah semata-mata untuk meraih undi serta simpati setelah Umno/BN telah ditolak total oleh rakyat keseluruhanya.

" BERSAMA KEHENDAK RAKYAT : UNDILAH PAS "

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat

Petikan : Harakahdaily.net

Teruskan Baca “Pemuda PAS sanggah Ketua Putera Umno kena tumbuk”  »»

Selasa, Oktober 06, 2009

KENYATAAN MEDIA (06 OKTOBER 2009)

LAJNAH ANTARABANGSA DEWAN PEMUA PAS PUSAT
"PARTI ISLAM SE-MALAYSIA (PAS)


KEJADIAN GEMPA DAN TSUNAMI
DI SUMATERA

Lajnah Antarabangsa,Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP)melahirkan rasa simpati ke atas bencana yang berlaku di Sumatera,Indonesia.

DPPP turut merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga kepada mangsa kejadian gempa bumi dan tsunami tersebut.Mengikut laporan media hari ini,jumlah mangsa yang disahkan terkorban dalam kejadian itu telah mencecah 400 orang.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh oleh DPPP daripada Kedutaan Indonesia semalam,jumlah korban dijangka hampir 1000 orang keseluruhannya.Gegaran yang berlaku di Sumatera itu turut dirasai di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia.

Atas dasar keprihatinan ini,DPPP komited untuk menghulurkan bantuan sewajarnya kepada mangsa kejadian gempa dan tsunami tersebut.

Berdasarkan serumpun semangat Malaysia-Indonesia,DPPP turut menyeru kepada rakyat Malaysia untuk meringankan bebanan rakyat sumatera yang terlibat di dalam kejadian
yang tidak diingini itu.

Maka,dengan ini DPPP melancarkan "Tabung Bencana Alam Keprihatinan Sumatera"bagi membantu mendapatkan sumbangan daripada rakyat Malaysiauntuk disalurkan ke sana.

Justeru,sebarang sumbangan daripada rakyat Malaysia yang prihatin,bolehlah disalurkan ke akaun MICFF DPP PUSAT,AKAUN DEWAN PEMUDA PAS PUSAT,Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)bernombor 14014010026332.

DR RAJA AHMAD AL-HISS

Pengerusi

Lajnah Antarabangsa

Dewan Pemuda PAS Pusat

Teruskan Baca “KENYATAAN MEDIA (06 OKTOBER 2009)”  »»

Isnin, Oktober 05, 2009

Lensa Alam Ria PASTI Tawau 2009

Sekitar suasana meriah Alam Ria PASTI Tawau
kali ke-9:



Barisan Pimpinan PAS dan Pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir



Ucapan aluan oleh Pengerusi PASTI Tawau



Ucapan Perasmian oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Sabah merangkap AJK Pas Pusat



Anak-anak didik PASTI sedang tekun mewarna



Salah seorang peserta dalam pertandingan azan



Hiburan mendidik jiwa..nasyid antara yang dipertandingkan dalam ihtifal ini.



Ibu-ibu yang setia melihat anak-anak mempersembahkan bakat mereka



Pesuruhjaya PAS Sabah menyampaikan hadiah kepada pemenang



YB Jimmy Wong, Adun Sri Tanjung mencabut nombor bertuah




Teruskan Baca “Lensa Alam Ria PASTI Tawau 2009”  »»

Jumaat, Oktober 02, 2009

Saksikan Aksi Memikat Anak-anak PASTI dalam Ihtifal Alam Ria 2009



~ Pentas Menyaksikan Aksi-aksi Mencuit Hati Anak-anak PASTI Tawau Kini Kembali ~






PASTI Kawasan Tawau dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau menjemput Dato' / Datin/ Tuan/Puan/Saudara/ Saudari untuk bersama-sama menyaksikan telatah anak-anak PASTI dalam Majlis Ihtifal Alam Ria PASTI Kawasan Tawau tahun 2009.

Majlis : Ihtifal Alam Ria PASTI Kawasan Tawau
Tempat : Dewan Kompleks Sukan Tawau
Tarikh : 04 Oktober 2009
Masa : 7.30 pagi


Teruskan Baca “Saksikan Aksi Memikat Anak-anak PASTI dalam Ihtifal Alam Ria 2009”  »»

Dewan Pemuda PAS Tawau © DPPKT Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,TB 322, Tingkat 3, Blok 38 Jln. St.Patrick, Kompleks Fajar,PS.62040 91030, Tawau Sabah Tel: 089-760214.

KEMBALI KEATAS