[harga+minyak.jpg]

Ahad, Oktober 11, 2009

Solat Hajat Untuk PRK Bagan Pinang

Tatkala orang ramai berpusu-pusu memenuhi ruangan stadium kompleks sukan Tawau, para pendokong dan ahli jemaah PAS Tawau meluruskan dan memenuhkan saf barisan untuk menunaikan solat. Apabila sorakan memecahkan suasana stadium, ahli jemaah tenang bermunajat dan berdoa memohon petunjuk dan keampunan dari Allah di Pusat Tarbiyah PAS Jalan Kuhara.

Begitulah sedikit sebanyak senario yang berlaku malam semalam pada waktu yang sama di dua tempat yang berbeza.



"Inilah budaya kita!" Ujar Ustaz Nazry Mokhtar, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau.

Katanya lagi, "Kita telah diajar untuk sentiasa memohon petunjuk dan berdoa kepada Allah. Soal menang atau kalah itu tidak menjadi isu. Yang penting ingat Allah, insyaAllah kita yakin kemenangan pasti akan tiba satu masa nanti.Kalau tak ditakdirkan esok, mungkin satu masa nanti."



Program dimulakan dengan solat isyak berjemaah diikuti dengan munajat kepada Allah dan Solat Hajat yang dipimpin oleh Ketua Dewan Ulama PAS Tawau, Ustaz Alias Sulong.



Selepas solat hajat selsesai, sedikit penerangan mengenai keadaan terkini di bagan pinang negeri sembilan disampaikan oleh En Mat Dullah AJK PAS Pusat, merangkap Timbalan Pesuruhjaya II PAS Sabah dan Timbalan YDP PAS Kawasan Tawau.

Di akhir program, seluruh jemaah diingatkan untuk membaca qunut nazilah dalam solat fardhu keesokannya memohon kepada Allah agar diberikan kemenangan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang Negeri Sembilan.

Terima kasih telah membaca' sila tinggalkan komen.

Dewan Pemuda PAS Tawau © DPPKT Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,TB 322, Tingkat 3, Blok 38 Jln. St.Patrick, Kompleks Fajar,PS.62040 91030, Tawau Sabah Tel: 089-760214.

KEMBALI KEATAS