[harga+minyak.jpg]

Ahad, Mei 22, 2011

PERLAWANAN PERSAHABATAN DPPKT VS TEAM UMAS-UMAS

21-22 / 05 / 2011. Sabtu. Lajnah Sukan & Kebudayaan DPP Kawasan Tawau telah mengadakan perlawanan persahabatan Bola Sepak, Futsal, dan Badminton dengan pasukan Guru-Guru SMK Umas serta Team Kelab K-T Felda Umas.


Kuliah maghrib telah disampaikan oleh Ustaz Rusli pada sebelah malam sebagai pengisian rohani bersama jamaah masjid Al- Muhajirin sebelum perlawanan bermula pada sebela malam.


Antara jamaah Masjid Al-muhajirin yang hadir mendengar kuliah.

Perlawanan kali ini merupakan perlawanan kali ke-3 antara DPPKT dan Team Umas-Umas. Pada sebelah malam perlawanan Badminton dan Futsal diadakan. 4 team Badminton daripada team Dppkt dan 1 Team Futsal dihantar bagi perlawanan antara Futsal dan Badminton.



Ucapan perasmian daripada Ketua Pemuda serta penyampaian cenderahati kepada pasukan lawan.


Team Kelab K-T Felda Umas

 Penyampaian cenderahati kepada team bola sepak Belia Umas-umas.




Alhamdulillah perlawanan selesai jam10.00 pagi.

Program 2 hari itu berjalan dengan baik walaupun hujan renyai-renyai pada sebelah malam. InsyaALLAH jika berkesempatan kita akan perbanyakkan program sebegini bagi mendekati belia-belia serta anak-anak muda.

Orang Mude Geng Kite....

Teruskan Baca “PERLAWANAN PERSAHABATAN DPPKT VS TEAM UMAS-UMAS”  »»

Selasa, Mei 03, 2011

MUKTAMAR DEWAN PEMUDA PAS SABAH


30/5/2011-Sabtu, Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah Kali ke-24 kali ini berlangsung di daerah Sandakan. Muktamar yang berlangsung selama sehari berjalan dengan baik dan sudah semestinya menampilkan muka-muka baru bagi menerajui tampuk kepimpinan Dewan Pemuda PAS Sabah sesuai dengan tema pada kali ini iaitu "Melangkah Memimpin Perubahan"


Perasmian Muktamar kali ini telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Hamzah Abdullah yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, manakala ucapan taujihad telah disampaikan oleh Ustaz Kamal Ashaari yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat. Kehadiran ahli jawatankuasa kerja, perwakilan-perwakilan serta pemerhati - pemerhati dari setiap pelusuk daerah sabah pada kali ini memenuhi ruang dewan muktamar, dan banyak usul-usul serta idea-idea yang amat bernas untuk diterima mahupun dibahas oleh sidang perwakilan yang hadir.

Muktamar pada tahun ini telah diadakan pemilihan pimpinan baru bagi menerajui tampuk kepimpinan Dewan Pemuda PAS Sabah. Ketua Pemuda PAS Sabah yang baru telah disandang oleh Sdr. Lahirul Latigu dimana beliau menang tanpa bertanding.

Melalui Lujnah Kebajikan DPPNS juga telah digerakkan pungutan derma jihad bagi membantu ahli yang juga merupakan petugas sepenuh masa jamaah dimana beliau telah ditimpa musibah dengan kehilangan sebuah motor yang baru 2hari dibelinya. Moga dengan sedikit bantuan ini dapat meringankan beban saudara kita. Keprihatinan DPPNS melalui Lujnah Kebajikan menunjukkan DPPNS tidak pernah mengabaikan kebajikan ahli.



Ahad- Konvensyen PAS Sabah juga telah diadakan disalah sebuah hotel disandakan. Konvensyen yang gilang gemilang telah dirasmikan oleh YB. Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS Malaysia yang juga merangkap Ahli Parlimen Bachok Kelantan.


 Konvensyen dimeriahkan lagi dengan adanya gerai jualan diluar dewan, Buku-buku ilmiah, baju t-shirt antara jualan yang memenuhi tapak gerai jualan doluar dewan.



 Gerai jualan t-shirt merupakan gerai Lujnah Ekonomi DPPNS antara yang ada..

DIMANA BUMI DIPIJAK, DISITU ISLAM KITA JULANG,
BIAR MATI BERGALANG TANAH, DARI HIDUP BERCERMIN BANGKAI,
BIAR PUTIH TULANG, JANGAN PUTIH MATA,
KITA LAWAN...TETAP LAWAN!!!,
(petikan dari ucapan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah)

Teruskan Baca “MUKTAMAR DEWAN PEMUDA PAS SABAH”  »»

Dewan Pemuda PAS Tawau © DPPKT Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,TB 322, Tingkat 3, Blok 38 Jln. St.Patrick, Kompleks Fajar,PS.62040 91030, Tawau Sabah Tel: 089-760214.

KEMBALI KEATAS