Isnin, Julai 06, 2009

TERKINI DI MANEK URAI


|Manek Urai : 6 Julai (Harakah) - Seawal jam 7 pagi lebih 10,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat berkumpul di pekarangan Masjid Jauhar untuk memberikan sokongan kepada calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah dalam proses pencalonan yang sedang bermula ketika ini.
7.00 pagi: Penyokong PAS dan Pakatan Rakyat memenuhi pekarangan Masjid Jauhar.
7.35 pagi: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengimami solat Hajat. Turut kelihatan pimpinan PAS yang diketuai Presidennya, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayob dan Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali.
8.05 pagi: Perarakan calon PAS ke Pusat Penamaan Calon, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1 sejauh 1.5 km bermula. Lebih 10,000 iringi calon PAS. Kelihatan pimpinan PAkatan Rakyat, Azmin Ali, Tan Sri Khalid Ibrahim, Zuraidah Kamaruddin, Tan Siew Giaw dan Tian Chua.
8.45 pagi: Rombongan perarakan calon tiba di pusat penamaan Dewan Petra, Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1.
8.50 pagi: Calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah masuk ke dalam dewan diiringi pencadangnya,bekas Imam Kg Temalir, Idrus Jalal, 69 dan penyokongnya, seorang Guru, Abdul Halim Hamzah,43, dari Kampung Latereh.
8.55 pagi: Calon Umno-BN, Tuan Abdul Aziz Tuan Mat masuk ke dalam dewan. Rombongan penyokong Umno-BN dianggarkan seramai 2,000. Turut kelihatan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tengku Adnan Mansor, Dato' Seri Shafei Apdal, Dato' Mustafa Mohamad dan Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein.
9.45 pagi: Masa pencalonan masih dibuka jika masih ada pencalonan lain.
10.00 pagi: Tempoh mengemukakan borang pencalonan berakhir.Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin hanya menerima borang daripada Tuan Aziz Tuan Mat, 39, (BN) dan Mohd. Fauzi Abdullah, 50, (PAS).
10.05 pagi: Proses bantahan sedang berlangsung.

Teruskan Baca “TERKINI DI MANEK URAI”  »»

Khamis, Julai 02, 2009

PEMUDA Umno USAH CABAR TOK GURU



1. Ekoran dakwaan al Mursyidul Am PAS bahawa UMNO adalah sebuah parti yang sesat seperti Ayah Pin dan komunis , maka Pemuda UMNO Kelantan telah membuat report polis ke atas Tuan Guru Al Mursyidul Am .

2. Kemudiannya Tuan Guru mencabar Najib berdebat mengenai isu ini . Najib nyata tidak berani menyahut cabaran debat tersebut dan
saya kira debat itu mungkin tidak jadi .

3. Pemuda UMNO Kelantan sekali lagi tampil mencabar Tuan Guru berdebat dengan mereka kononnya memadailah mereka untuk berdebat dengan Tuan Guru sebagai saringan sebelum mengadakan debat dengan perdana menteri .

4. Saya kira pemuda UMNO Kelantan tidak memahami adab . Jika mereka mahu berdebat sila hantar surat cabar debat kepada Pemuda PAS bukan Tuan Guru al Mursyidul Am . Kerana sememangnya level debat Tuan Guru Mursyidul Am ialah Perdana Menteri . Insyaallah Pemuda PAS bersedia pada bila - bila masa untuk menyahut cabaran debat pemuda UMNO Kelantan .

5. Terdahulu Dewan Pemuda PAS Pusat telah meminta satu Wacana Ilmiah atau Intellectual Discourse diadakan antara Pemuda PAS dengan pergerakan Pemuda UMNO . Kerana saya percaya terlalu banyak perkara yang mesti dibincang secara ilmiah mengikut disiplin ilmu yang benar sebagaimana yang diajar oleh Islam .

6. Pemuda PAS sedang menunggu keputusan dari Pergerakan Pemuda UMNO dan saya mencabar Pergerakan Pemuda UMNO supaya menerima Wacana Ilmiah ini tanpa sebarang sikap yang memutar belit kenyataan dan menimbulkan kekeliruan .

7. Wacana Ilmiah ini akan menjadi medan untuk berhujjah sama seperti di medan debat yang juga menggunakan hujjah dan tentunya hujjah yang benar mesti dipatuhi oleh semua kecualilah ada pihak yang degil dan enggan tunduk kepada kebenaran .

8. Oleh kerana tajuk yang dikemukakan bagi mengadakan wacana ini ialah " Benarkah Perjuangan UMNO bertentangan dengan syariat Islam " maka UMNO mesti menerimanya jika mereka mendakwa perjuangan mereka adalah benar . Benar atau tidak perjuangan mereka mestilah dinilai di atas hujjah ! Ayuh turun berhujjah dengan Pemuda PAS !

9. Saya harap Pemuda UMNO tidak menolak tajuk yang pemuda PAS kemukakan kerana Pemuda UMNO Kelantan terlebih dahulu lantang mencabar Tuan Guru berdebat kononnya bagi membuktikan bahawa perjuangan mereka tidak bercanggah dengan syariat Islam . Sekali lagi saya harap , terimalah tajuk yang pemuda PAS beri dan buktikan perjuangan UMNO tidak salah melalui hujjah dalam wacana yang pemuda PAS cadangkan secara ilmiah .

10. Isu berkait dasar perjuangan perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum kita pergi lebih jauh dalam membincangkan perkara - perkara lain . Andai perkara yang mendasari perjuangan sesebuah parti sudah terhindar dan menyeleweng dari petunjuk Allah swt , maka apalah yang boleh kita harapkan untuk menyelesaikan isu - isu nasional yang lain .

11. Tidak ada sebarang pertemuan atau wacana secara tertutup . Syarat Dewan Pemuda PAS Pusat adalah jelas iaitu Wacana Ilmiah Secara Terbuka .

Teruskan Baca “PEMUDA Umno USAH CABAR TOK GURU”  »»

PENGALAMAN DEWAN PEMUDA PAS PUSAT DALAM DEBAT


1. Debat , bahas , wacana dan diskusi adalah asas pendekatan Pemuda PAS untuk menyelesaikan apa jua masaalah dan isu yang berbangkit .


2. Dewan pemuda PAS bersedia untuk bertemu atau berhadapan dengan siapa sahaja dalam usaha mencari dan menegakkan kebenaran termasuk berhadapan dengan Pergerakan pemuda UMNO .

3. Sebelum ini Dewan Pemuda PAS sewaktu dibawah kepimpinan kekanda saya Yb. Salahudin Ayub pernah merintis jalan bertemu dan mengajak Pergerakan Pemuda UMNO untuk berbincang , berbahas dan berdebat mengenai isu seperti ISA dan PPMSI . Rujuk dan klik di sini : [ video klip cabaran debat salahudin vs Khairy dalam satu kenyataan media bersama ]

4. Isunya ialah medan untuk berhujjah justeru Islam sangat menggalakkan kita berhujjah dalam mencari kebenaran demikian juga berhujjah dalam menumpaskan kebathilan . Medan untuk berhujjah terlalu luas . Letaklah apa nama sekalipun cuma Pemuda PAS kali ini memilih Wacana Ilmiah sebagai mewujudkan medan untuk berhujjah .

6. Sebelum ini saya sendiri telah berkali - kali mencabar Khairy Jamaludin berdebat tetapi malang beliau tidak pernah menyahutnya .

Pertama : Apakah Malaysia Sebuah Negara Islam ? [ klik ]
Kedua : Benarkah UMNO yang Memperjuangkan Kemerdekaan negara ?
Ketiga : Siapakah penderhaka Sultan ? [ klik ]

7. Kali ini saya tukar . Saya guna Wacana Ilmiah kelihatan lunak pada bahasa atau kalimah tetapi membawa maksud yang sama iaitu membuka medan berhujjah dan saya harap Khairy Jamaludin menerima pelawaan ini setelah ia berkali - kali menolak cabaran debat daripada saya .

5. Apa yang pasti ialah kita diajar menggunakan Quwwatul Mantiq [ kekuatan hujjah ] bukan Mantiqul Quwwah [ Hujjah kekuatan ] . Justeru itu saya sangat komited dengan usaha bertemu dan berhujjah walau atas nama apa sekalipun demi saya menegakkan kebenaran dan menumpaskan kebathilan . Ya Allah berikanlah daku kekuatan .

ها توا برهانكم إن كنتم صادقين

Sila kemukakan hujjah kamu jika sekiranya kamu benar !

Teruskan Baca “PENGALAMAN DEWAN PEMUDA PAS PUSAT DALAM DEBAT”  »»

Rabu, Julai 01, 2009

CALON PAS DI MANEK URAI



MANEK URAI: 27 Jun – PAS meletakkan seorang peniaga berjaya sebagai calon yang akan mempertahankan kemenangan Dun Manek Urai. Fauzi Haji Abdullah, 50 sudah lama menetap di Kuala Krai, iaitu semenjak berhijrah bersama-sama keluarganya semasa masih kecil.

Anak keenam daripada lapan beradik ini telah mendirikan rumah tangga dengan Aminah bt Mahmood dan dikurnia 5 orang anak. Anak sulung beliau kini sedang melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti manakala yang lain-lain masih di bangku sekolah.

Aktif terlibat dengan PAS semenjak masih muda dan kini merupakan Ketua Cawangan PAS di Bandar Kuala Krai. Pengalamannya yang luas di dalam parti menyebabkan beliau turut dilantik sebagai Pengarah MTD Guchil dan pernah menjadi Penyelia Dun Guchil.

Sifatnya yang mesra dan mudah didampingi sangat disenangi oleh masyarakat terutama di Manek Urai. Beliau juga seorang yang wara’ dan tawadu’ serta mudah ditemui di kedai-kedai kopi.

PAS melalui Mursyidul Amnya malam tadi sewaktu mengisytiharkan calon PAS berharap semoga pemilihan Haji Fauzi sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil N.41 ini akan membawa kejayaan kepada PAS dan sekaligus meneruskan agenda wakil rakyat sebelum ini demi kepentingan rakyat di Manek Urai.

Teruskan Baca “CALON PAS DI MANEK URAI”  »»

Selasa, Jun 30, 2009

Sekitar Sukaneka PASTI 2009

Alhamdulillah... Ahad lepas , PASTI (Pusat Asuhan Tunas Islam) Tawau berjaya menganjurkan Sukaneka PASTI untuk tahun 2009 dengan jayanya.



Ianya telah dirasmikan oleh Saudara Lahirul Latigu , Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah. Upacara dimulakan seawal 7.30am danberakhir pada sekitar pukul 12pm.



Pelbagai acara telah diadakan pada Sukaneka PASTI kali ini. antaranya :

>Perbarisan dari sekolah sekolah PASTI seluruh Tawau.
> Sukaneka PASTI - Lumba lari 50 meter,lari ikat kaki, Pecah belon, susun huruf, lari berhalangan, isi air dalam botol, & tarik tali.
>Pertandingan mewarna terbuka PASTI,Prasekolah & Tadika Perpaduan
>Pertandingan melukis terbuka Sekolah Rendah Tahap 2
>Acara Awam Muslimin & Muslimat dan banyak lagi.






Dengan tema kali ini, "25 TAHUN PASTI MEMINPIN PERUBAHAN". PASTI membuktikan mereka masih unggul dalam mengasuh dan mendidik kanak kanak supaya cintakan Islam dalam erti kata yang sebenar.





Dijangkakan,seramai 3 ribu orang yang turut hadir termasuk ibu bapa pelajar dalam temasya sukaneka PASTI pada kali ini.



InsyaAllah bertemu lagi pada tahun hadapan.

Teruskan Baca “Sekitar Sukaneka PASTI 2009”  »»

Dewan Pemuda PAS Tawau © DPPKT Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,TB 322, Tingkat 3, Blok 38 Jln. St.Patrick, Kompleks Fajar,PS.62040 91030, Tawau Sabah Tel: 089-760214.

KEMBALI KEATAS