Khamis, September 29, 2011

TIMBALAN PRESIDEN PAS PUSAT TURUN TAWAU & KALABAKAN

TIMBALAN PRESIDEN PAS PUSAT TURUN TAWAU & KALABAKAN

27-9-2011 : Selasa- TAWAU : Penduduk Tawau dikejutkan dengan kehadiran Timbalan Presiden PAS Pusat, Tuan Haji Mohamad Sabu ke Tawau & ke Kalabakan. Lawatan 2 hari beliau ke Sabah khususnya Tawau
& Kalabakan diisi dengan aktiviti yang amat padat seperti lawatan beliau ke lokasi dimana tempat berlakunya konfrentasi Askar Indonesia menyerang pada 29 Disember 1963 di Kalabakan.

Lawatan Pertama mengunjungi Bekas Tentera yang mendapat latihan di Port Dickson Pulau Pinang En. Ku Onn Tong yang sehingga kini Malaysia yang dikatakan telah merdeka puluhan tahun tidak lagi mendapat pembelaan dan masih memegang kad penduduk tetap ( IC Merah )

(GAMBAR) Merupakan anak dan isteri Ku Onn Tong (bekas tentera) sedang mencuci ka

in. Masih ada lagi r
akyat yang hidup seperti belum merdeka.


(GAMBAR BAWAH ). Bukti beliau merupakan bekas tentera yang dihantar ke Pusat Latihan Pasukan Setia Negara di Port Dickson Pulau Pinang.














































































JAM8.35 malam bertempat di Hotel Emas, lebih 700 orang memenuhi ruang dewan bagi mendengar Ucapan beliau. Turut hadir Sdr. Gan Chee Chan pimpinan PKR Tawau, Sdr. Chan dari DAP turut hadir utk memberikan ucapan.





















28-9-2011/KALABAKAN : Dialog bersama penduduk Kampung Ulu Kalabakan disambut mesra dan melihat dan mendengar keluhan penduduk disitu ada yang menyatakan bahawa sehingga kini mereka belum merasai kemudahan-kemudahan yang dimiliki seperti penduduk bandar dan ada separuh dari penduduk belum mempunyai status kewarganegaraan sedangkan sudah lama menetap dan berkerja di kampung tersebut.

Tuan Haji Mohamad Sabu bergmbar dihadapan Tugu Peringatan Peristawa Kalabakan

Teruskan Baca “TIMBALAN PRESIDEN PAS PUSAT TURUN TAWAU & KALABAKAN”  »»

Jumaat, September 23, 2011

KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH TERHADAP PENJUALAN PULAU KEPADA PIHAK ASING


Pemuda PAS hari ini membidas kerajaan negeri Sabah kerana berdiam diri membiarkan tiga pulau di pesisiran pantai negeri berkenaan dijual di pasaran antarabangsa.

Menurut ketua pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu adalah tidak bertanggungjawab bagi kerajaan negeri memberi kelonggaran kepada pemilik swasta untuk menjual pulau-pulau itu dan pada masa yang sama, tanpa ragu-ragu mengusir penduduk tempatan dari hak tanah adat (NT) di kawasan pedalaman.

Lahirul mempersalahkan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah kerana gagal melindungi kepentingan rakyat Sabah dalam penjualan kontroversi tiga pulau - Mengalum, Pandanan dan Montukod - dan melahirkan rasa terkejutnya bagaimana pulau-pulau itu boleh dijadikan milik persendirian.

"Pemuda PAS terkejut bagaimana Jabatan Tanah dan Ukur hanya boleh memberi kelonggaran kepada beberapa individu tertentu untuk memiliki pulau-pulau itu tetapi pada masa yang sama jabatan itu merampas hak tanah adat," katanya dalam satu kenyataan.

“Bagaimana pulau-pulau sedemikian begitu mudah dimiliki oleh segelintir individu tertentu sedangkan ia merupakan khazanah berharga Sabah yang seharusnya dipulihara, yang boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan?” soalnya.

Semalam, pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah Osman Jamal mengesahkan bahawa ketiga-tiga pulau itu adalah untuk jualan, seperti yang diiklankan diwww.privateisland.com dan bahawa pemiliknya mempunyai hak untuk melupuskan harta yang dimiliki mereka.

Akhbar tempatan The Borneo Post memetik Osman sebagai berkata tiada lagi urusniaga membabitkan pulau-pulau berkenaan - yang tegasnya perlu terlebih dahulu melalui pejabatnya untuk pengesahan status hartanah itu.

“Dewan Pemuda Pas Sabah mendesak supaya kerajaan Sabah menghalang urusniaga penjualan tersebut memandangkan ia akan memberi kerugian kepada khazanah berharga yang menjadi hak kepada seluruh rakyat Sabah.

“Dedahkan siapa pemilik pulau-pulau tersebut yang begitu tamak sanggup menjual sebahagian dari tanahair sendiri dan siasat juga bagaimana mudahnya mereka ini memperolehi tanah seluas pulau!” katanya.

Menurut Lahirul lagi, jika Jabatan Tanah dan Ukur boleh menguatkuasakan Seksyen 42, Ordinan Tanah Sabah Bab 68 bagi merampas hak tanah adat terhadap penduduk-penduduk kampung di pedalaman, maka ia juga sepatutnya boleh menguatkuasakan undang-undang yang sama bagi menjaga kepentingan rakyat sabah.

“Begitulah juga apabila kerajaan bersungguh-sungguh mempertahankan Pulau Sipadan dan Ligitan daripada tuntutan negara jiran sedangkan bersikap dingin dan berlepas tangan terhadap penjualan tiga buah pulau ini dari terlepas kepada pihak asing.

“Seluruh dunia kini menyaksikan perebutan pulau-pulau bagi memastikan sesebuah negara dapat meluaskan kawasan pesisir dan sempadannya. Tidak mustahil pembelian pulau ini akan membolehkan negara asing dengan mudah memperluaskan kedudukan strategik mereka,” katanya.

Teruskan Baca “KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH TERHADAP PENJUALAN PULAU KEPADA PIHAK ASING”  »»

Selasa, September 20, 2011

PEMUDA PAS TAWAU BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP PROF. ZAINAL KELING



SEPTEMBER 2011- Jam 2.00 petang, IbuPejabat Polis Daerah Tawau- Diketuai oleh Sdr Kasman Karate yang juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Tawau telah membuat laporan polis terhadap Prof Datuk Dr Zainal Keling yang juga merupakan Ketua Kluster Sejarah (MPN ) hari ini bersama dengan Ahli Exko Dewan Pemuda PAS Tawau.


Menurut beliau dalam sidang akhbar Prof Zainal Keling(Gambar) pada 9 September lalu telah mengatakan bahawa bahawa tanah melayu tidak pernah dijajah sebaliknya hanya dilindungi dan dinaungi oleh British. Beliau mengatakan lagi bahawa"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun itu adalah kesilapan yang amat besar"

Kenyataan yang tidak bertanggungjawab ini telah mengganggu gugat kestabilan dan mengelirukan segenap lapisan masyarakat dan sekaligus menafikan pengorbanan para pejuang-pejuang kemerdekaan seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Rosli Dhobi, Dol Said, Dato Bahaman dan lain-lain..Beliau Juga dalam kenyataannya menyeru dan mendesak pihak polis agar laporan ini disiasat dan tindakan segera dapat diambil.

Teruskan Baca “PEMUDA PAS TAWAU BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP PROF. ZAINAL KELING”  »»

PAS DAKWA FILEM "HANTU BONCENG" HINA ISLAM

Pemuda PAS menyatakan kekesalannya terhadap kelemahan agensi kerajaan membenarkan filem "berbaur penghinaan kepada Islam" diterbitkan untuk tontonan umum, seperti filem Hantu Boncengarahan sutradara terkenal Ahmad Idham.

NONEKetuanya Nasrudin Hassan (kiri) berkata, filem komedi baru yang dibintangi pelawak terkenal Zizan Razak mengandungi babak yang jelas menghina Rasulullah.

Nasrudin berkata, terdapat dialog dalam satu babak yang berbunyi "asyhadu anna Muhammadar syaitan" (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan).

"Kalimah syahadah bukan perkataan yang boleh dijenakakan atau dipersenda sedemikian rupa, justeru ia membawa kesan yang boleh menggugurkan syahadah walaupun ia sekadar lakonan," katanya.

Filem dengan durasi 90 minit itu ditayangkan di panggung wayang di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu dan dikatakan mencipta sejarah dengan kutipan terbesar dalam musim perayaan dengan jumlah RM 5 juta untuk lima hari tayangan.

Selain Zizan yang sinonim dengan rancangan Raja Lawak, ia turut membariskan aktres terkenal Juliana Evans dan Jue Aziz.

Penapis teh atau cendol?
Ia mengisahkan Amran yang sering diganggu dengan hantu Maya yang mati ketika diboncengnya sebelum itu. Berbagai cara dilakukan Amran untuk menepis gangguan itu sehinggalan tanpa disedari Amran mula berubah menjadi lebih baik.

hantu bonceng the movieDalam kenyataannya hari ini, Nasrudin berkata, filem untuk tontonan umum itu akan mencetus kekeliruan, memberi gambaran salah terhadap Islam, dan turut merosakkan akidah masyarakat awam.

Justeru, dewan itu mempersoalkan, sekiranya benar wujud panel penapisan di Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), mengapa masih wujud babak kontroversi itu.

"Apa yang ditapis selama ini? Penapis apa yang mereka pakai? Penapis tea(teh)? Atau penapis cendol yang berlubang besar? 

"Sehingga masih banyak adegan yang 'menyenakkan mata' dan mengganggu sensitiviti masyarakat, lolos menjadi paparan umum melalui filem yang telah diluluskan," kata graduan Universiti Al-Azhar itu.

Lebih malang, Nasrudin menambah, pihak berkuasa agama didakwa seperti kaku dan kelu tidak tahu berbuat apa-apa meskipun berdepan dengan isu penghinaan terhadap Islam, seperti dalam kes blog Mak Cik Hajjah Sitt Al Wuzara sebelum ini.

Cadang lembaga penapisan tertinggi
Nasrudin juga menyatakan kekesalannya terhadap lambakan filem tahyul dan karut untuk tontonan umum di kaca televisyen bermaharajalela di pelbagai saluran.

"Jika orang awam pun menyedari berlakunya perkara ini, bagaimana pihak berkuasa agama masih tidak menyedarinya?" soalnya lagi.

hantu bonceng the movieSehubungan itu, Nasrudin berkata, pihaknya menggesa Finas dan LPF mewujudkan panel syariah berautoriti sebagai lembaga penapisan yang tertinggi, terutama dalam menangani karya berkaitan Islam. 

"Selain itu, Dewan Pemuda PAS juga menyeru kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam industri ini seperti penerbit, pelakon dan penyiar untuk merujuk kepada alim ulama seperti mufti atau pihak berkuasa agama, seperti Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) terlebih dahulu sebelum menerbitkan sesebuah filem. 

"Jangan apabila sudah wujudnya kontroversi baru mencari ulama untuk melepaskan diri," katanya lagi.

Katanya, industri filem harus maju dan berkembang ke seluruh dunia dengan membawa imej baik tanpa perlu mencetus elemen lucah, persendaan terhadap agama, tahyul dan perlecehan akhlak, semata-mata untuk dijadikan "tangkal pelaris".

Teruskan Baca “PAS DAKWA FILEM "HANTU BONCENG" HINA ISLAM”  »»

Dewan Pemuda PAS Tawau © DPPKT Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,TB 322, Tingkat 3, Blok 38 Jln. St.Patrick, Kompleks Fajar,PS.62040 91030, Tawau Sabah Tel: 089-760214.

KEMBALI KEATAS