Selasa, November 30, 2010

MEMORANDUM DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TAWAU UNTUK TINDAKAN PIHAK YANG BERKENAAN.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau (DPPKT) merasa kesal dengan tindakan salah seorang pelajar berbangsa Cina yang menjawab kertas soalan sejarahnya pada 28 Oct 2010 , dimana pelajar tersebut Menghina Nabi Muhammad SAW sepertimana bukti kukuh yang kami terima dari sumber - sumber yang dipercayai.

Dewan Pemuda PAS Tawau merasa sangat bertanggungjawab ke atas isu ini dengan menghantar beberapa MEMORANDUM BANTAHAN kepada pihak yang bertanggungjawab khususnya Pegawai Agama, Pegawai Pendidikan Daerah, serta pihak-pihak yang prihatin terhadap isu ini agar dapat ditangani dengan segera sebelum isu mencetus kemarahan Umat Islam khususnya. Kami sedar, jawapan yang diberikan oleh pelajar tersebut pasti akan menimbulkan kontroversi kepada umat islam sekiranya pelajar Cina tersebut tidak meminta maaf secara terbuka.

Kami Dewan Pemuda PAS Tawau, Mewakili seluruh UMAT ISLAM SEDUNIA MENUNTUT !! agar pihak tertentu khususnya dari PENDIDIKAN Daerah agar isu ini di ambil perhatian dengan berikut segera :

1) Meminta permohonan maaf secara terbuka kepada ummat Islam yang tergores maruah dan perasaan mereka kerana penghinaan terhadap Nabi Junjungan Besar Muhammad ibn Abdullah (saw).
2) Memberi penjelasan bagaimana ia boleh berlaku
3) Mengambil tindakan yang berkesan agar perkara sebegini tidak akan berlaku pada masa-masa akan datang
4) Memberi kaunseling / penerangan berkenaan Rasulullah SAW agar kekeliruan yang bersarang dalam pemikiran pelajartersebut dapat dijelaskan
5)Mengambil langkah-langkah yang perlu agar Polemik ini tidak berpanjangan.





DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TAWAU

Teruskan Baca “ ”  »»

Jumaat, September 24, 2010

CERAMAH UMUM diadakan kelmarin (Rabu, 22 September 2010) cukup dinanti nantikan oleh seluruh warga Tawau yang dahagakan maklumat dan penjelasan mengenai isu isu hangat semasa yang diputarbelitkan dan dimainkan oleh media yang dikuasai kerajaan UMNO - BARISAN NASIONAL.

Kehadiran Tuan Haji Muhd Sabu ajk PAS PUSAT cukup dinantikan dan terbukti tidak mengecewakan dengan pelbagai maklumat terkini mengenai keadaan senario politik semasa negara kita.

Alhamdulillah, walaupun ianya diadakan pada hari Rabu malam Khamis, ditengah tengah minggu hari bekerja. Kehadiran rakyat amat memberangsangkan.

Isu isu perkauman yang dimainkan media UMNO dan BN , Kes-kes Rasuah, Fitnah terhadap negeri negeri yang diterajui Pakatan Rakyat, Isu Doa Lim Guan Eng ganti Agong, dan pelbagai lagi isu yang dijadikan senjata untuk menyerang pakatan rakyat namun dapat diperjelaskan satu persatu sekaligus memuaskan semua mereka yang hadir.


Kemenangan UMNO-BARISAN NASIONAL pada pilihanraya baru-baru ini bukan bermakna menang selama-lamanya, mungkin rakyat masih ingin melihat perubahan yang perlu dilakukan oleh kerajaan UMNO - BN.

Kami yakin anda bukanlah orang atau rakyat yang mudah dipergunakan oleh UMNO - BN hanya dengan rasuah RM50.00 bila datangnya musim pilihanraya. Tapi sedarlah, anda kini sedang diperbodohkan oleh UMNO-BN.dalam diam banyak hak-hak rakyat dan hasil kekayaan bumi Malaysia telah diambil oleh kroni-kroni UMNO-BN..adakah ini pemimpin yang ada pilih untuk memimpin negara kita?????


Negeri mana yang termiskin di Malaysia???
kami yakin..anda pun tahu bahawa Negeri SABAH adalah negeri yang paling termiskin di Malaysia. Walhal kita pun tahu bahawa SABAH ini kaya dengan hasil-hasil perhutanan dan lain-lain lagi..tapi kenapa ramai lagi rakyat di SABAH yang miskin,?? merempat ditepi jalan?? dan ramai lagi rakyat sabah bermastautin ke semenanjung Malaysia untuk mencari pekerjaan.

kemanakah hasil-hasil kekayaan SABAH???

Justeru itu..Kuasa memilih semua di tangan anda. anda bijak untuk memilih pemimpin yang layak untuk memimpin negara Malaysia. Janganlah hanya kerana RM50.00 rasuah UMNO-BN anda pangkah mereka..

Adakah wajar dengan RM50.00 habis perbelanjaan sehari jika dibandingkan penderitaan,rampasan hak-hak yang sepatutnya anda dapat .??

Berilah peluang kepada PAKATAN RAKYAT untuk memerintah. Anda nilai lah sejauh perubahan dan perbezaan pemerintahan kerajaan PAKATAN berbanding UMNO-BN.

Anda mengubahnya.


Teruskan Baca “ ”  »»

Isnin, September 20, 2010

LAGI KEBAKARAN DI KG TITINGAN ICE BOX, TAWAU.

20/09/2010-Isnin tepat jam 1.28 pagi, kami yang berada di pejabat DPPKT melihat asap tebal yang sedang marak dari arah Kampung Titingan Ice Box dekat sini, terus bergegas ke tempat kejadian kerana ingin mengetahui keadaan sebenar.

Angin yang begitu kuat dan tidak menentu
menyebabkan banyak rumah yang turut dijilat api
.
Ramai penduduk yang tidak puas hati dengan perkhidmatan Pegawai Bomba. Sempat kami dengar perbualan penduduk yang mengatakan "waktu kebakaran di Pasir Putih pun kata xda air..xcukup air..bila kebakaran di sini pun alasan sama tangki xcukup air..."kata sifulan kepada sifulan...Antara dalam rumah yang sempat digambar.


Salam takziah diucapkan buat mangsa kebakaran....Allah tidak akan uji umatnya dengan ujian yang tidak mampu untuk dibebani umatnya sendiri...

Teruskan Baca “LAGI KEBAKARAN DI KG TITINGAN ICE BOX, TAWAU.”  »»

Rabu, September 01, 2010

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TAWAU BERSAMA DEKATI PEMUDA- PEMUDI DI MALAM KEMERDEKAAN

SELASA- Malam 30 Ogos 2010 tepat jam 9.35 malam, Ajk dan Exco Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau turun temui pemuda pemudi pada malam merdeka. Lebih kurang 30 orang Ajk Pemuda termasuklah Skuad Tentera Merah Unit Amal turun bersama bagi menyampaikan dakwah yang dibawa oleh PARTI ISLAM.

Risalah Shoutul Syabab dan Warta Tawau Buah Tangan buat pemuda pemudi pada malam merdeka

Antara AJK Pemuda yang hadir

Bersama bertemu Pemuda Pemudi
Lokasi Operasi : Highway (Bandar Tawau)

Selepas sejam operasi di Highway kami bergerak ke Taman Muhibbah Tawau (Taman Baru)
meninjau keadaan tempat tersebut.

Taman Awam Muhibbah (Taman Baru) lokasi kedua kami meninjau keadaan tempat tersebut

Setengah jam meronda kawasan namun tiada apa-apa dijumpa mana-mana pasangan yang mencurigakan.Operasi Ops Maksiat di Taman Awam Muhibbah (Taman Baru) selesai tepat jam 12 malam.

Moga usaha dakwah pada hari kemerdekaan pada kali ini dapat memberi kesedaran kepada anak-anak muda khususnya pemuda yang punya pasangan masing-masing, seterusnya dapat mengurangkan gejala-gajala sosial dimana statistik anak luar nikah melayu yang didaftarkan seluruh negara sehingga tahun 2009 seramai 17,303. Dalam tempoh tahun lalu JPN mencatatkan 74, 723 anak luar nikah orang melayu/islam, ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dengan cara penyebaran risalah lah kita dapat menyampaikan nasihat atau dakwah kita kepada pemuda-pemudi sepertimana yang pernah diriwayatkan oleh Imam Hassan Al Banna, Bila mana kita tidak mampu nak sampaikan dakwah dalam cara lisan, gunakan penulisan, kalau tidak mampu menulis pun, cetak tulisan dengan cetakan terbaik buat edaran kepada sasaran yang sedang penasaran dengan kemelut maksiat dunia pada akhir zaman ini.

#Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau menyeru kepada semua para yang terlibat dalam membanteras gejala maksiat agar teruskan tanggungjawab anda, mainkan peranan anda sebagai penguatkuasa. Jika ingin lihat anak muda kita sehat dari gejala maksiat, janganlah leka, bangunlah dari tidur serta fikir-fikirlah apa sudaj jadi kepada anak muda sekarang...khususnya buat wanita yang sudah jatuh maruah kesuciannya..








Teruskan Baca “DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TAWAU BERSAMA DEKATI PEMUDA- PEMUDI DI MALAM KEMERDEKAAN”  »»

Jumaat, Ogos 20, 2010

BANNER PAS DI KUNAK HILANG!!

Selepas 2 minggu dinaikkan,akhirnya banner ucapan Selamat menyambut bulan Ramadan al-Mubarak yang digantung oleh Jawatankuasa Penaja PAS Kunak telah hilang samada ianya diturunkan ataupun dicuri oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS,sdr Daramansah Lamasa.Menurut sdr Daramansah,dia telah dimaklumkan tentang perkara itu oleh seorang sahabat yang juga mendapat maklumat tersebut melalui KUNAKPRESS.BLOGSPOT.COM.


Inilah banner yang digantung oleh petugas PAS tempoh hari...( gambar diambi dari kunakpress )


"Sebab itulah kami masih lagi tidak mahu mendedahkan siapa yang berada disebalik Penaja PAS di Kunak ini kerana bimbangkan provokasi yang akan dimainkan oleh pihak-pihak tertentu.Namun apa yang pasti insiden ini tidak akan mematahkan semangat ahli PAS terutamanya pihak Dewan Pemuda PAS Tawau ,malah ianya tambah membangkitkan lagi semangat mereka.Kejadian seperti ini adalah merupakan asam garam dalam perjuangan.Fitnah,mehnah dan tribulasi seolah sudah sebati dalam jiwa anak muda yang cintakan Islam dan bercita-cita untuk menegakkan syiar Islam dengan cara yang dibenarkan oleh syarak dan juga dengan semangat demokrasi yang sekian lama kita dokong bersama" tambah beliau lagi.


....namun banner tersebut telah hilang 2 minggu kemudian


Oleh bagi pihak Dewan Pemuda PAS dan Badan Penaja PAS Kunak kami sekali lagi ingin menyatakan bahawa walau sehebat manapun dugaan yang terpaksa kami tempuh namun insyaAllah PAS akan tetap bertapak di Kunak..Oleh itu kepada mereka-mereka yang berniat untuk menghalang penubuhan PAS di Kunak kami ingin menasihatkan supaya melupakan hasrat tersebut kerana kami yakin dengan apa yang kami perjuangkan.Ibarat berada dalam perlawanan bolasepak,marilah kita bermain di padang yang sama rata agar kita boleh menguji kemampuan sebenar kita untuk membangunkan negara yang kita cinta ini yang juga menjunjung amalan dan semangat demokrasi sejak sekian lama.

Teruskan Baca “BANNER PAS DI KUNAK HILANG!!”  »»

Rabu, Ogos 18, 2010

PAS AKAN BERTAPAK DI KUNAK SEDIKIT MASA LAGI

InsyaAllah,Parti Islam Semalaysia ( PAS ) akan menubuhkan cawangannya di Daerah Kunak sedikit masa lagi.Buat permulaannya sebuah Badan Penaja akan ditubuhkan di sana. Gerak kerja ke arah itu sudah dimulakan.Cuma setakat ini mereka yang menguruskan Penaja tersebut masih belum boleh didedahkan untuk mengelakkan mereka diganggu oleh pihak yang tidak bertanggung jawab..Mereka adalah anak tempatan Kunak yang terdiri daripada generasi muda yang punyai potensi untuk menjadi pemimpin...

Harapan kami ialah agar ramai lagi penduduk Kunak terutamanya anak-anak muda akan tampil dan menyertai PAS..Kita perlukan satu pasukan yang betul-betul mantap untuk menyaingi UMNO/BN di Kunak. Mari kita wujudkan satu suasana baru dalam membentuk landskap politik terutamanya di Daerah Kunak yang majoriti pengundinya adalah dari kelompok Melayu Islam. InsyaAllah kami di pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau akan mengadakan kempen pendaftaran ahli baru PAS dan pendaftaran Pemilih baru untuk PRU yang ke-13 di daerah Kunak dalam masa terdekat ini.Kerjasama dari parti gabungan dalam Pakatan Rakyat, PKR dan DAP Kunak amatlah diharapkan..



Kepada anak muda kelahiran Kunak yang berada di perantauan,baliklah...kami memerlukan pertolongan anda bagi memantapkan lagi perjuangan PAS di Kunak.Kepada mereka yang masih berada di Kunak samada anda bekerja sendiri,memegang jawatan atau tidak dalam kerajaan,sudah pencen atau sebagainya, sambutlah tangan yang kami hulurkan..PAS tidak akan berkembang di Kunak tanpa pertolongan anda..Kami amat mengharapkan sokongan anda semua.

Teruskan Baca “PAS AKAN BERTAPAK DI KUNAK SEDIKIT MASA LAGI”  »»

Jumaat, Ogos 13, 2010

PERUTUSAN RAMADAN (KETUA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TAWAU)

Alhamdulillah, ahlan wasahlan ya Ramadhan, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana memberikan kesempatan masa dan umur kepada kita untuk bersama-sama bertemu lagi dengan bulan yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan iaitu Ramadhan..

Muslimin muslimat yang dimuliakan Allah, saya mewakili Dewan Pemuda Pas Kawasan Tawau mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa tahun ini. Saya juga menyeru semua umat Islam agar meningkatkan tahap puasa masing-masing . Bagaimana kita mahu mencapai nilai taqwa yang menjadi matlamat utama daripada ibadat puasa tersebut? Bagaimana pula puasa yang kita telah laksanakan padab tahun-tahun sebelum ini, adakah ianya telah meningkatkan nilai taqwa dalam diri masing-masing? Soalan ini boleh dijawab oleh diri masing-masing. Sabda nabi s.a.w. yang bermaksud ;

Barang siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan kesungguhan, maka diampunkan oleh Allah akan dosa-dosanya yang telah lalu.

Allah s.w.t menjadi kita dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih, kemudian kita kotori jiwa dan fitrah kejadian yang suci itu dengan segala macam dosa dan maksiat, maka Ramadhan datang saban tahun berfungsi untuk mengembalikan kita semula kepada fitrah yang suci tersebut dengan syarat puasa yang kita laksanakan mengikut puasa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w., bukannya sekadar adat kebiasaan sahaja, iaitu memenuhi beberapa syarat:

1. Niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah

2. Meningggalkan makan dan minum dan perkara yang membatalkan puasa

3. Menjaga lidah (percakapan) daripada melakukan dosa seperti umpatan, cacian , perkataan yang sia-sia dan lain-lain.

4. Menjaga anggota (perbuatan) daripada perbuatan dosa seperti bergaduh, berjudi, memikat perempuan dan lain-lain

5. Penuhi masa kita di siang hari dengan banyak berzikir, membaca al-Quran, selawat, saling nasihat-menasihati ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.

6. Penuhi malam hari dengan menunaikan solat sunat Tarawih, tadarrus al-Quran dan qiamullail.

7. Perbanyakan amalan bersedekah seperti menjamu orang berbuka puasa dan menghulurkan sedekah kepada fakir miskin selain daripada membayar zakat fitrah yang diwajibkan.

Saya mengajak muslimin dan muslimat agar meningkatkan tahap puasa di tahap yang kedua iaitu puasa orang khusus agar puasa kita tidak menjadi sia-sia.

Bulan ramadhan juga mengajar kita tentang semangat ukhuwwah islamiah. Kita diajar berlapar dan dahaga seharian untuk merasakan apa yang dialami oleh saudara-saudara seislam kita sama ada dalam mahupun luar negara. Dalam negara kita masih ramai umat Islam yang miskin, kais pagi makan pagi , kais petang makan petang, yang terlibat dengan bencana alam seperti banjir di pasir putih, mangsa kebakaran dan lain-lain lagi. Begitu juga nasib umat Islam diseluruh dunia yang terlibat dengan peperangan seperti Afganistan, Iraq dan Palestin. Ada di antara mereka yang tidak makan beberapa hari. Puasa mengajar kita bersimpati dengan cara menolong mereka mengikut kadar kemampuan masing-masing. Jika kita orang yang kaya dan berada , maka kita boleh membantu mereka dengan menyalurkan derma seperti wang ringgit, bahan-bahan keperluan asas seperti beras dan lain-lain. Jika kita golongan yang tidak mampu, maka sebagai seorang muslim , jangan kita lupa untuk memanjatkan doa agar mereka diberikan pertolongan oleh Allah. Setiap sedekah dan bantuan yang kita berikan akan diganjari oleh Allah dengan berlipat kali ganda apatah lagi jika ianya dilakukan pada bulan Ramadhan .

Puasa juga merupakan bulan kita kembali kepada al-Quran. Mungkin kita sangat jarang bersama dengan al-Quran sebelum ini, mengambil sikap endah tak endah dengan al-Quran, bahkan mungkin ada di atara kita tidak membaca al-Quran pun seumur hidupnya sebelum ini atau jarang-jarang mentadabbur (membaca dan mengambil pengajaran) al-Quran. Oleh kita , marilah kita kembali kepada kitab petunjuk sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

Bulan Ramadhan yang pada diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk kepada umat manusia, yang menerangkan tentang petunjuk dan pembeza antara hak (kebenaran) dan kebatilan

Bagaimana kita mampu memperolehi petunjuk Al-Quran , jika kita sendiri tidak pernah membacanya.

Manusia semakin jauh dari al-Quran. Masalah akidah dengan pelbagai ajaran songsang fahaman sukularisme , ajaran dan kepercayaan sesat, pemikiran Islam liberal dan gejala murtad . Masalah sosial dengan gejala zina dalam kalangan remaja, berita pembuangan anak yang berlaku saban hari, sumbang mahram dan lain-lain lagi. Masyarakat juga hidup dalam ketakutan kerana keadaan jenayah yang tidak terkawal, kejadian rompakan yang mengerunkan , kes-kes kecurian yang tidak ada penghujungnya ditambah lagi dengan kes-kes pembunuhan yang semakin berani. Anak-anak gadis juga semakin terdedah diculik dan menjadi mangsa rogol. Pelbagai masalah yang berlaku dalam negara kita adalah berpunca daripada kegagalan kita memahami dan melaksanakan al-Quran dalam kehidupan. Pelbagai peraturan dan hukum yang terkandung di dalam al-Quran adalah merupakan penyelesaian muktamad segala masalah yang berlaku pada hari ini. Kenapa? Kerana Allah yang mencipta manusia dan seluruh ala mini , maka Allah jugalah yang tahu kelemahan dan jalan penyelesaian segala masalah yang berlaku dalam kehidupan manusia. Kenapa kita masih gagal memahami mesej penting ini?

Sempena ramadhan ni, marilah kita kembali mendaulatkan Islam dan al-Quran dalam kehidupan. Di samping kita menganjurkan majlis tadarrus , maka kita tambahkan dengan sesi tafsir dan membaca pengertian ayat-ayat yang dibaca. Jemputlah para alim ulama dan ustaz/ustazah yang berada disekeliling kita untuk memberi kefahaman berkaitan dengan al-Quran. Suburkan budaya nasihat-menasihati dengan mengadakan sesi-sesi tazkirah sebelum atau selepas solat tarawih, mudah-mudahan dengan itu, kita memperolehi ilmu yang memberi kesedaran tentang tanggungjawab kita sebagai mukmin dan muslim yang sejati, dan dapat pula mengamalkan dalam sisa hidup kita yang masih berbaki.

Wassalam. Selamat berpuasa

Teruskan Baca “PERUTUSAN RAMADAN (KETUA DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TAWAU)”  »»

Selasa, Julai 13, 2010

UST NAHAR : PEMERGIANNYA, SATU KEHILANGAN BESAR

Oleh: AZIM FITRI

BEKAS Imam Besar Masjid Negeri Sabah, Ustaz Nahar Matamin telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 10 pagi kelmarin di Hospital Queen Elizabeth 2 (atau lebih dkenali sebagai SMC).Allahyarham yang baru pulang dari kursus kejurulatihan pilihanraya Pas di Kundasang mengadu sakit gastrik dan telah ditahan di Hospital Likas. Beliau keluar Hospital pagi ini kira-kira jam 9 pagi dan sempat berbual dan makan bersama ahli keluarga termasuklah ibunya. Namun kira-kira jam 9.45 pagi, beliau rebah dan tidak sedarkan diri dan terus dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 2 dan kemudian disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung.

Pemergian Allahyarham amat terasa sekali kerana ketokohan dan keilmuan beliau di samping sangat dihormati oleh umat Islam di negeri ini. Semasa beliau menjadi Imam Masjid Negeri, beliau telah melakukan beberapa perubahan untuk menghidupkan lagi masjid negeri sebagai pusat kecemerlangan ummah.Semasa hayatnya, Ustaz Nahar sering diundang oleh Radio TV Malaysia (RTM) bagi mengisi slot agama.

Allahyarham yang mempunyai seorang isteri dan 3 orang anak pernah memikul amanah sebagai Pengerusi Gabungan Pelajar Islam Sabah (GAPIS); Penasihat Persatuan Anak Sabah Jordan; Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah; Naib Pengerusi Yayasan Amal Cawangan Negeri Sabah; AJK Persatuan Ulama Urusetia Sabah dan yang terakhir sebagai Yang Di Pertua Penaja PAS Kawasan Sepanggar.

Jawatan terakhir beliau ialah Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Unit Pengurusan Masjid.Di antara tokoh yang hadir di kediaman beliau ialah Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Datuk Ismail Awang Besar; bekas Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah Datuk Matusin Awang Damit; bekas Imam Besar Masjid Negeri Datuk Mokhtar Rapok; ADUN Pantai Manis Datuk Abdul Rahim Ismail; Pengerusi Persatuan Ulamak Uruseria Sabah Ustaz Muchklis Ali Kassim dan ratusan sahabat handai dan rakan taulan.

Jenazah Allahyarham Nahar akan disembahyangkan pada pagi ini di Masjid Kampong Likas dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampong Likas.

Al-Fatihah!

Teruskan Baca “UST NAHAR : PEMERGIANNYA, SATU KEHILANGAN BESAR”  »»

Isnin, Julai 12, 2010

LAWATAN KETUA PENERANGAN DEWAN ULAMAK PAS NEGERI KEDAH,UST FAUZI HUSSIN KE TAWAU

Alhamdulillah program yang telah diaturkan sekian lama sempena lawatan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS negeri Kedah.al-Fadhil ust Mohammad Fauzi Hussin ke Tawau telah berjalan dengan lancar.Antara program yang dilaksanakan ialah kuliah maghrib,program motivasi bersama pelajar,ceramah Israk Mikraj dan juga Majlis Taffaquh fiddin di Madrasah Darul Hidayah.






Bagi pihak Dewan Pemuda PAS kawasan Tawau kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan program ini samada secara langsung ataupun tidak,sekian.

Teruskan Baca “LAWATAN KETUA PENERANGAN DEWAN ULAMAK PAS NEGERI KEDAH,UST FAUZI HUSSIN KE TAWAU”  »»

Khamis, Jun 24, 2010

MENGAPA KERAJAAN BN BERBOHONG?

(Kenyataan Bersama Sahibus Samahah Dr Juanda Jaya dan Dr Mohd Asri Zainul Abidin)


1. Apa yang didakwa oleh banyak pihak, terutama parti pembangkang bahawa isu keselamatan negara yang membabit ancaman pengganas yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan adalah permainan politik, nampaknya mempunyai asas yang kukuh. Kerajaan Pusat kelihatan memperjudikan isu keselamatan negara yang diada-adakan untuk kepentingan tertentu.



2. Buktinya, laporan Malaysiakini pada 22hb Jun 2010, yang menyatakan bahawa dalam satu taklimat keselamatan negara berhubung JI (Jamaah Islamiah) di Bukit Aman pada 21 Jun, yang dihadiri oleh Menteri, Timbalan Menteri dan TNC-TNC seluruh negara, penceramah yang diundang oleh pihak polis Zamihan Mat Zain dari ILIM telah mendakwa dengan satu dakwaan yang sangat jahat iaitu YB Presidan PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, YB Dato Seri Shahidan Kassim, kami berdua dan ramai lagi tokoh masyarakat dikaitkan dengan wahabi dan pengganas JI. Demikian dikaitkan pertubuhan JIM dengan rangkaian pemikiran radikal di Timur Tengah.



3. Dakwaan ini sangat jahat. Jelas sengaja diada-adakan. Rakyat Malaysia mengenali pemikiran kami yang sentiasa menyeru kepada Islam yang progresif, keharmonian kaum dan agama, menentang sikap fanatik dan apa sahaja bentuk kekerasan pandangan. Isu-isu kami bawa selama ini sentiasa mendapat perhatian semua agama dan kaum kerana mempamerkan Islam yang “tolerance” dan berpaksikan kesesuaian hidup masyarakat yang serba rencam. Hal ini boleh dirujuk dalam berbagai tulisan dan kenyataan kami. Justeru, Zamihan dan polis wajib bertanggungjawab atas fitnah ini.



4. Bagi kami YB Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sama sekali tidak wajar dikaitkan dengan keganasan. Beliau ialah bekas MB Terengganu. Mengetuai sebuah parti politik tanahair sejak sekian lama. Ini melambangkan penghormatan beliau dan partinya terhadap amalan demokrasi dan hak kebebasan rakyat. Tuduhan terhadap beliau telah menghina sebuah parti politik yang selama ini melalui lunas-lunas sistem demokrasi negara ini. Sekali lagi, Zamihan dan polis perlu bertanggungjawab terhadap fitnah ini.



5. Demikian Dato Seri Shahidan Kassim. Bekas MB Perlis dan kini Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Naib Presiden PERKIM, Malaysia dan akvitis berbagai kebajikan rakyat. Layakkah orang seperti ini dituduh mempunyai kaitan dengan pengganas. Nampaknya UMNO dan BN sanggup membunuh rakan sendiri dalam memperjudikan kepentingan politik tertentu.



6. Adapun JIM kami tidak mempunyai maklumat yang banyak mengenai mereka. Namun, kami percaya mereka bukan pengganas dan tidak layak dikaitkan dengan tuduhan jijik itu. Sebagai NGO, mereka mempunyai sumbangan kepada negara yang patut dihargai.



7. Pihak polis perlu memberikan penjelasan kepada rakyat terhadap fitnah rambang ini. Siapakah Zamihan sehingga dia digunakan oleh pihak polis untuk membuat agenda jahat ini? Polis sepatutnya menyiasat beliau ini dan hubungannya dengan mentor yang selalu dirujuk kepadanya iaitu Hasan al-Saqqaf. Hasan al-Saqqaf yang terkenal suka menyesat dan mengkafirkan sesiapa yang berbeza pandangan dengannya itu, kini terbabit dengan isu keselamatan negara Jordan.



8. Jika pihak polis tidak menafikan dakwaan Zamihan ini, bererti pihak polis yang dikuasai oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri seakan sengaja menabur fitnah yang tidak berasas.



9. Dengan ini, apa yang disebut oleh beberapa tokoh masyarakat seperti SM Idris dan pihak Pakatan Rakyat bahawa isu ini tiada asasnya kelihatan benar. Bahkan ia berkemungkinan besar mainan politik kotor kerajaan yang memerintah untuk mengalihkan isu-isu tertentu.



10. Dengan ini, kami menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan mengingatkan rakyat bahawa mana-mana pemerintahan atau parti politik yang sanggup memperjudikan isu keselamatan negara untuk kepentingan tertentu adalah sebuah pemerintahan yang tidak bertanggungjawab. Pemerintahan yang menggunapakai kaedah tipu muslihat, berbohong, menggadaikan maruah orang lain untuk kepentingan sempit, mencemarkan hak rakyat dan memanipulasikan isu keselamatan negara adalah amat merbahaya bagi sesebuah negara yang harmoni.



11. Di samping itu, kami menyeru setiap lapisan rakyat agar menolak segala bentuk keganasan sama ada berupa tindakan ataupun pemikiran. Dan juga sekali lagi menyeru agar tidak mendokong pihak yang memperjudikan keselamatan negara demi kepentingan sempit.



Sahibus Samahah Dr Juanda Jaya
(Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Ahli Fatwa Kebangsaan, kini Visiting Fellow Oxford University, UK)


Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(Bekas Mufti Perlis, Ahli Majlis Agama Islam Perlis, Pensyarah Pengajian Islam USM)

Teruskan Baca “MENGAPA KERAJAAN BN BERBOHONG?”  »»

Khamis, Mei 20, 2010

DEMONSTRASI DAN PENYERAHAN MEMORANDUM BANTAH KONSERT INUL

Tawau : Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau bersama-sama dengan beberapa badan NGO akan mengadakan Demonstrasi dan Penyerahan Memorandum sebagai membantah Konsert 1 Inul Daratista pada ketetapan yang berikut :

Demonstrasi Aman
Tarikh : 21 Mei 2010
Tempat : Masjid Al Khausar,Tawau.
Masa : selepas solat Jumaat.

Penyerahan Memorandum Bantahan
Tarikh : 21 Mei 2010
Tempat : Majlis Perbandaran Tawau.
Masa : 2.00 petang

ANDA DIJEMPUT HADIR SEBAGAI TANDA SOKONGAN TERHADAP ISLAM

Teruskan Baca “DEMONSTRASI DAN PENYERAHAN MEMORANDUM BANTAH KONSERT INUL”  »»

Selasa, Mei 18, 2010

PAS SABAH GEMPUR KUBU KUAT SHAFIE AFDAL!

Semporna,17 Mei 2010 : PAS negeri Sabah telah menggempur kubu kuat UMNO di Sabah yang juga merupakan benteng pertahanan bagi Naib Presidennya Shafie Afdal iaitu Daerah Semporna dengan mengadakan dialog dan ceramah umum di Kg Bubul Lama malam semalam dengan menjemput Tuan Guru Presiden PAS,YAB Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang,Dato Tuan Ibrahim Tuan Man,Naib Presiden PAS dan Tuan Hj Muhammad Abdullah Pesuruhjaya PAS Sabah sebagai penceramah.

Hampir 500 orang hadir pada program tersebut.Walaupun angka itu dianggap kecil oleh pemimpin-pemimpin UMNO tapi ianya merupakan satu permulaan yang baik dan dianggap berjaya bagi PAS negeri Sabah kerana majoriti yang hadir adalah penduduk tempatan yang juga merupakan pengundi dalam pilihanraya sedangkan sebelum ini mereka tidak berani hadir dalam program-program yang dianjurkan oleh PAS Sabah.



sesi dialog bersama pimpinan Presiden PAS

Orang ramai memenuhi ruang yang disediakan untuk mendengar Ceramah dari pimpinan PAS

Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man...Penampilannya amat dinantikan oleh masyarakat Semporna.

Kaunter pendaftaran ahli PAS dan daftar pemilih menjadi tumpuan orang ramai

Tuan Guru Dato Seri Presiden bersama pimpinan PKR Cabang Tawau

Kempen untuk menubuhkan Kawasan dan Cawangan PAS di Semporna mendapat sambutan yang menggalakkan apabila ramai yang hadir pada malam tersebut mendaftar sebagai ahli PAS dan bertekad untuk memastikan agar keadilan Islam yang dibawa oleh PAS akan bersinar di sana,insyaAllah.

Teruskan Baca “PAS SABAH GEMPUR KUBU KUAT SHAFIE AFDAL!”  »»

Jumaat, Mei 14, 2010

POLIS RAMPAS RISALAH BANTAH KONSERT INUL

Tawau : Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor telah merampas Risalah Bantahan Konsert Inul yang diedar oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau di Masjid Al-Khauthar selepas solat Jumaat kelmarin atas alasan tidak boleh menggunakan masjid sebagai tempat untuk berpolitik dan riasalah yang diedar tidak mempunyai permit..Namun agak menghairankan apabila pegawai tersebut tidak pula merampas sebuah lagi risalah terbitan Sebuah Pertubuhan yang diedar pada masa yang sama dan hanya mengambil tindakan terhadap risalah yang disebarkan oleh Pemuda PAS sahaja.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Tawau,sdr Darmansyah yang turut berada ketika insiden itu berlaku melahirkan rasa kekesalannya atas tindakan pegawai tersebut.

"Kita telah cuba berunding dengan pegawai Inspektor itu tadi,namun beliau tetap berkeras dan tidak membenarkan risalah bantahan itu diedarkan kerana tidak mempunyai permit dan tidak boleh menggunakan masjid sebagai tempat untuk berpolitik" jelas Darmansyah lagi.

Namun insiden itu tidak akan mematahkan semangat Pemuda PAS untuk terus membantah konsert Inul ini.Perjuangan akan diteruskan..bantahan tetap diadakan dengan pelbagai cara yang difikirkan perlu..Ayuh masyarakat Tawau,kita bergandingan bahu bagi memastikan konsert maksiat yang merosakkan aqidah dan moral anak-anak kita ini dibatalkan!!


Teruskan Baca “POLIS RAMPAS RISALAH BANTAH KONSERT INUL”  »»

Dewan Pemuda PAS Tawau © DPPKT Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,TB 322, Tingkat 3, Blok 38 Jln. St.Patrick, Kompleks Fajar,PS.62040 91030, Tawau Sabah Tel: 089-760214.

KEMBALI KEATAS