[harga+minyak.jpg]

Selasa, Julai 13, 2010

UST NAHAR : PEMERGIANNYA, SATU KEHILANGAN BESAR

Oleh: AZIM FITRI

BEKAS Imam Besar Masjid Negeri Sabah, Ustaz Nahar Matamin telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 10 pagi kelmarin di Hospital Queen Elizabeth 2 (atau lebih dkenali sebagai SMC).Allahyarham yang baru pulang dari kursus kejurulatihan pilihanraya Pas di Kundasang mengadu sakit gastrik dan telah ditahan di Hospital Likas. Beliau keluar Hospital pagi ini kira-kira jam 9 pagi dan sempat berbual dan makan bersama ahli keluarga termasuklah ibunya. Namun kira-kira jam 9.45 pagi, beliau rebah dan tidak sedarkan diri dan terus dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 2 dan kemudian disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung.

Pemergian Allahyarham amat terasa sekali kerana ketokohan dan keilmuan beliau di samping sangat dihormati oleh umat Islam di negeri ini. Semasa beliau menjadi Imam Masjid Negeri, beliau telah melakukan beberapa perubahan untuk menghidupkan lagi masjid negeri sebagai pusat kecemerlangan ummah.Semasa hayatnya, Ustaz Nahar sering diundang oleh Radio TV Malaysia (RTM) bagi mengisi slot agama.

Allahyarham yang mempunyai seorang isteri dan 3 orang anak pernah memikul amanah sebagai Pengerusi Gabungan Pelajar Islam Sabah (GAPIS); Penasihat Persatuan Anak Sabah Jordan; Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah; Naib Pengerusi Yayasan Amal Cawangan Negeri Sabah; AJK Persatuan Ulama Urusetia Sabah dan yang terakhir sebagai Yang Di Pertua Penaja PAS Kawasan Sepanggar.

Jawatan terakhir beliau ialah Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Unit Pengurusan Masjid.Di antara tokoh yang hadir di kediaman beliau ialah Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Datuk Ismail Awang Besar; bekas Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah Datuk Matusin Awang Damit; bekas Imam Besar Masjid Negeri Datuk Mokhtar Rapok; ADUN Pantai Manis Datuk Abdul Rahim Ismail; Pengerusi Persatuan Ulamak Uruseria Sabah Ustaz Muchklis Ali Kassim dan ratusan sahabat handai dan rakan taulan.

Jenazah Allahyarham Nahar akan disembahyangkan pada pagi ini di Masjid Kampong Likas dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampong Likas.

Al-Fatihah!

Teruskan Baca “UST NAHAR : PEMERGIANNYA, SATU KEHILANGAN BESAR”  »»

Isnin, Julai 12, 2010

LAWATAN KETUA PENERANGAN DEWAN ULAMAK PAS NEGERI KEDAH,UST FAUZI HUSSIN KE TAWAU

Alhamdulillah program yang telah diaturkan sekian lama sempena lawatan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS negeri Kedah.al-Fadhil ust Mohammad Fauzi Hussin ke Tawau telah berjalan dengan lancar.Antara program yang dilaksanakan ialah kuliah maghrib,program motivasi bersama pelajar,ceramah Israk Mikraj dan juga Majlis Taffaquh fiddin di Madrasah Darul Hidayah.






Bagi pihak Dewan Pemuda PAS kawasan Tawau kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan program ini samada secara langsung ataupun tidak,sekian.

Teruskan Baca “LAWATAN KETUA PENERANGAN DEWAN ULAMAK PAS NEGERI KEDAH,UST FAUZI HUSSIN KE TAWAU”  »»

Dewan Pemuda PAS Tawau © DPPKT Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,TB 322, Tingkat 3, Blok 38 Jln. St.Patrick, Kompleks Fajar,PS.62040 91030, Tawau Sabah Tel: 089-760214.

KEMBALI KEATAS