PAS AKAN BERTAPAK DI KUNAK SEDIKIT MASA LAGI
InsyaAllah,Parti Islam Semalaysia ( PAS ) akan menubuhkan cawangannya di Daerah Kunak sedikit masa lagi.Buat permulaannya sebuah Badan Penaja akan ditubuhkan di sana. Gerak kerja ke arah itu sudah dimulakan.Cuma setakat ini mereka yang menguruskan Penaja tersebut masih belum boleh didedahkan untuk mengelakkan mereka diganggu oleh pihak yang tidak bertanggung jawab..Mereka adalah anak tempatan Kunak yang terdiri daripada generasi muda yang punyai potensi untuk menjadi pemimpin...
Harapan kami ialah agar ramai lagi penduduk Kunak terutamanya anak-anak muda akan tampil dan menyertai PAS..Kita perlukan satu pasukan yang betul-betul mantap untuk menyaingi UMNO/BN di Kunak. Mari kita wujudkan satu suasana baru dalam membentuk landskap politik terutamanya di Daerah Kunak yang majoriti pengundinya adalah dari kelompok Melayu Islam. InsyaAllah kami di pihak Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau akan mengadakan kempen pendaftaran ahli baru PAS dan pendaftaran Pemilih baru untuk PRU yang ke-13 di daerah Kunak dalam masa terdekat ini.Kerjasama dari parti gabungan dalam Pakatan Rakyat, PKR dan DAP Kunak amatlah diharapkan..
Kepada anak muda kelahiran Kunak yang berada di perantauan,baliklah...kami memerlukan pertolongan anda bagi memantapkan lagi perjuangan PAS di Kunak.Kepada mereka yang masih berada di Kunak samada anda bekerja sendiri,memegang jawatan atau tidak dalam kerajaan,sudah pencen atau sebagainya, sambutlah tangan yang kami hulurkan..PAS tidak akan berkembang di Kunak tanpa pertolongan anda..Kami amat mengharapkan sokongan anda semua.
2 Comentários:
Saya tertarik dengan tajuk ini.
Bagaimanapun, kenapa perlu anda nyatakan bahawa 'penaja tersebut masih belum boleh didedahkan untuk mengelakkan mereka diganggu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab'.. Mengapa perlu takut untuk tampil? maksud saya, kan PAS adalah parti yang sah lagipun tidak ada sesiapa boleh menghalang pihak penaja atau ahli PAS untuk tampil dengan gentleman sebagai parti yang sudah bertapak di Kunak, kecualilah jika parti tertentu bukan parti sah atau parti hantu... Saya Irman sudah nampak banner dipasang oleh penaja PAS cawangan Kunak maknanya PAS sudah ada di Kunak. Mana kan mungkin anda boleh pasang banner sesuak hati tanpa adanya penaja tersebut? bukan begitu?
Saya juga mungkin akan sertai PAS jika pihak penaja atau pengerusi lebih berani tampil ke depan bersama PKR di Kunak sebagai rakan pakatannya.
Wassalam.
terima kasih atas sokongan sdr Imran. InsyaAllah kami akan bertandang ke Kunak untuk membuka keahlian PAS secara terbuka.sokongan sdr amat kami harapkan...tidak tampilkan diri buat masa ni bukan bermaksud kami takut utk berhadapan sbg gentleman..tapi inilah yg dinamakan strategi..harap sdr faham.. walau macam manapun terima kasih atas pandangan sdr..semoga PAS akan terus berkembang di kunak dgn adanya ahli spt sdr,insyaAllah
Catat Ulasan