MEMORANDUM DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TAWAU UNTUK TINDAKAN PIHAK YANG BERKENAAN.
Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau (DPPKT) merasa kesal dengan tindakan salah seorang pelajar berbangsa Cina yang menjawab kertas soalan sejarahnya pada 28 Oct 2010 , dimana pelajar tersebut Menghina Nabi Muhammad SAW sepertimana bukti kukuh yang kami terima dari sumber - sumber yang dipercayai.
Dewan Pemuda PAS Tawau merasa sangat bertanggungjawab ke atas isu ini dengan menghantar beberapa MEMORANDUM BANTAHAN kepada pihak yang bertanggungjawab khususnya Pegawai Agama, Pegawai Pendidikan Daerah, serta pihak-pihak yang prihatin terhadap isu ini agar dapat ditangani dengan segera sebelum isu mencetus kemarahan Umat Islam khususnya. Kami sedar, jawapan yang diberikan oleh pelajar tersebut pasti akan menimbulkan kontroversi kepada umat islam sekiranya pelajar Cina tersebut tidak meminta maaf secara terbuka.
Kami Dewan Pemuda PAS Tawau, Mewakili seluruh UMAT ISLAM SEDUNIA MENUNTUT !! agar pihak tertentu khususnya dari PENDIDIKAN Daerah agar isu ini di ambil perhatian dengan berikut segera :
1) Meminta permohonan maaf secara terbuka kepada ummat Islam yang tergores maruah dan perasaan mereka kerana penghinaan terhadap Nabi Junjungan Besar Muhammad ibn Abdullah (saw).
2) Memberi penjelasan bagaimana ia boleh berlaku
3) Mengambil tindakan yang berkesan agar perkara sebegini tidak akan berlaku pada masa-masa akan datang
4) Memberi kaunseling / penerangan berkenaan Rasulullah SAW agar kekeliruan yang bersarang dalam pemikiran pelajartersebut dapat dijelaskan
5)Mengambil langkah-langkah yang perlu agar Polemik ini tidak berpanjangan.
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TAWAU
Terima kasih telah membaca' sila tinggalkan komen.
Catat Ulasan