Isnin, Januari 31, 2011

SKUAD PENGURUSAN JENAZAH DEWAN PEMUDA PAS TAWAU.

ALHAMDULILLAH....satu lagi alternatif Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau melalui aktiviti Kebajikan yang telah berjaya di tubuhkan iaitu "SKUAD PENGURUSAN JENAZAH" DEWAN PEMUDA PAS TAWAU, yang diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Tawau, Ustaz Nazri Mokhtar. 
Dengan tubuhnya Skuad in secara rasminya, diharap dapat membantu serta meringankan beban masyarakat khususnya daerah tawau tanpa mengharapkan sebarang balasan dari mana-mana pihak. Skuad ini juga ditubuhkan  bagi membetulkan persepsi masyarakat bahawa PAS bukan semata-mata parti politik, malah PAS juga adalah salah satu parti kebajikan yang menyeluruh dari semua aspek.
“Khidmat ini sudah diwujudkan sekian lama , namun ini merupakan langkah baru dalam memperkemaskan usaha mereka yang menjadi ahli dalam mewakili PAS Tawau untuk membantu masyarakat di sini. Kumpulan-kumpulan dibahagikan supaya khidmat ini dapat diberikan dalam kadar yang segera 24 jam kerana kita tidak dapat jangka bila kematian itu  berlaku.” kata Ustaz Nazrey Mukhtar , Ketua Dewan Pemuda PAS Tawau ketika mengadakan kursus pengurusan jenazah khusus untuk ahli ahli dewan pemuda yang dilantik di dalam skuad tersebut.
Pelbagai cara dan teknik diperkenalkan kepada ahli kursus supaya semuanya jelas akan tertib dan cara menguruskan jenazah yang betul tanpa ada kecelaruan.
Adalah diharapkan dengan usaha  mewujudkan skuad ini dapat memberi khidmat sebaiknya kepada masyarakat Tawau khususnya dalam menguruskan jenazah tanpa mempraktikkan amalan amalan salah yang wujud dalam masyarakat kini.
Skuad (A)- sesi pagi : Sdr. Daramansah (Ketua), Ustaz Nazri,Darwisy Dahlan, Rusli Basri, Dr. Umar, Rusli Hasani, Herman, Arifin, Satuwo, Rusliyansyah, Ilham samsu, Suriansyah Idris.
Skuad (B)- sesi petang : Sdr. Jupri (Ketua), Ustaz Nazri, Ust Noryusry, Hardy Hamid, Arifin Hamide.

Sebarang masalah berkaitan pengurusan jenazah, boleh terus berhubung di talian :
1). Ustaz Nazri Mokhtar        (Ketua Pemuda)     : 0198137412
2). Sdr. Daramansah Lamasa (Timb. Ketua)         : 0198732884
3). Sdr Darwisy Dahlan          (Setiausaha)           : 0198611254
4). Sdr. Rusli Hasani            (K. Penerangan)       : 0135497309
5). Sdr. Arizam                    (Kebajikan)              : 0138818348
6). Sdr Rusli                       (Setiausaha Kerja)      : 0145554340

Moga Dewan Pemuda PAS Tawau terus maju lagi kehadapan...

Terima kasih telah membaca' sila tinggalkan komen.

Dewan Pemuda PAS Tawau © DPPKT Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,TB 322, Tingkat 3, Blok 38 Jln. St.Patrick, Kompleks Fajar,PS.62040 91030, Tawau Sabah Tel: 089-760214.

KEMBALI KEATAS