Pemuda PAS 'berlembut' pada malam Valentine, Pendekatan yang sama yang dilakukan oleh Pemuda PAS Tawau.
Walaupun terdapat kebimbangan berlaku 'tindakan keras' Pemuda PAS pada malam hari kekasih, perkara itu akhirnya tidak terjadi apabila anggota dewan itu hanya mengedarkan risalah dan memberi nasihat kepada pasangan yang ditemui.
Di Kuantan, sebanyak 3,000 risalah larangan berdua-dua tanpa mahram diedarkan di tiga lokasi berasingan di Kuantan sempena ekspedisi dakwah Pemuda PAS menjelang sambutan Hari Kekasih malam semalam.
Ekspedisi anggota Pemuda PAS - dalam sepuluh kumpulan - diketuai oleh ketuanya Nasrudin Hassan (kanan) mula bergerak ke pantai Teluk Chempedak dan kawasan rekreasi di Taman Esplanade dan Taman Gelora di kawasan parlimen itu kira-kira jam 9.30 malam semalam.
Ekspedisi yang mengambil masa selama empat jam disertai kira-kira 60 anggota dewan itu dari Kuantan, Paya Besar, Indera Mahkota dan Pekan.
"Kita selalu ceramah dan beri kuliah, tetapi mereka bukan sasarannya kerana mereka tidak hadir. Kita turun dan menyampaikan risalah. Walaupun mengambil masa selama tiga minit, kita yakin ia berkesan sehingga ada (pasangan) yang mengucapkan terima kasih kepada kita," katanya Nasrudin ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Nasrudin berkata, risalah tersebut menasihatkan pasangan agar tidak terpengaruh dengan budaya asing seperti zina, sebaliknya memaparkan budaya Islam seperti menggalakkan perkahwinan dan keluar bertemu pasangan dengan ditemani mahram.
"Lebih kurang 60 peratus pasangan yang ditemui menerima risalah dan mendengar nasihat kita dan mengangguk.
"Ada sebahagiannya pula bersikap acuh tidak acuh sehingga mereka beredar sewaktu kita mendekati dan memperkenalkan diri. Apabila kita sampai untuk memberi risalah mereka terus beredar dan tidak berdua-duaan," katanya.
Kedah tidak anjur
Menurut Nasrudin, sebahagian besar pasangan bercinta kelihatan hadir ke tempat berkenaan selepas jam 12 tengah malam sehingga 1.30 pagi.
Tiada sebarang kekerasan dan insiden tidak diingini memandangkan peserta diingatkan sejak awal supaya tidak berkasar, tidak mencetuskan provokasi dan tidak terpengaruh dengan provokasi yang mungkin berlaku.
Pada 9 Februari, memetik Nasrudin, agensi berita antarabangsa AFP melaporkan bahawa negeri Pakatan Rakyat akan mengambil tindakan keras atau crackdown di negeri yang diperintahnya.
Sejak kenyataan itu disiarkan, Nasrudin menerima kritikan dan bidasan hebat dari pelbagai pihak termasuk rakan komponen parti Pakatan, termasuk DAP. Beliau bagaimanapun menafikannya.
Sementara itu, di Negeri Sembilan, Pemuda PAS negeri mengedarkan kira-kira 2,000 risalah kepada pasangan muda-muda di Dataran Senawang dan sekitarnya bermula pada jam 8 malam hingga 1 pagi diketuai setiausahanya Khairil Faizi Ahmad Kamil.
"Kita ambil konsep edar risalah dan memberi nasihat yang baik kepada pasangan yang ditemui. Saya percaya jika ambil pendekatan lembut, tidak (akan) ada tindakan kekasaran. Kita tegur dengan cara baik," kata.nya
Risalah edaran menyarankan agar semua pemuda-pemudi tidak terpengaruh dengan budaya asing, budaya barat yang lebih kepada zina, dan menerangkan budaya tersebut bukan asal budaya ISLAM, dan bukan budaya orang melayu, dan ISLAM lebih menggalakkan untuk berkahwin bagi mengelakkan zina berlaku. Apabila zina berlaku, sudah tentunya ia banyak menyumbang kepada anak luar nikah, anak buangan yang sudah mula menular dikalanganr remaja-remaja melayu khususnya yang kononnya ingin memuaskan nafsu semata-mata dan akhirnya anak yang dilahirkan dibuang begitu saja.
Alhamdulillah, semasa edaran risalah dilakukan, penerimaan dari remaja terhadap Dewan Pemuda PAS amat baik dan tiada tindak balas yang tidak diingini berlaku. Ada juga yang lari lintang pukang bila kehadiran kami diketahui.
Briged Amal yang begitu semangat melangkah ke medan jihad yang belum pasti apa yang akan berlaku selepas ini. tapi inilah semangat yang ditunjukkan. Tahniah!! anda dipilih Allah dalam medan juang ini..
Terima kasih telah membaca' sila tinggalkan komen.
Catat Ulasan