MUKTAMAR DEWAN PEMUDA PAS SABAH
30/5/2011-Sabtu, Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah Kali ke-24 kali ini berlangsung di daerah Sandakan. Muktamar yang berlangsung selama sehari berjalan dengan baik dan sudah semestinya menampilkan muka-muka baru bagi menerajui tampuk kepimpinan Dewan Pemuda PAS Sabah sesuai dengan tema pada kali ini iaitu "Melangkah Memimpin Perubahan"
Perasmian Muktamar kali ini telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Hamzah Abdullah yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, manakala ucapan taujihad telah disampaikan oleh Ustaz Kamal Ashaari yang juga Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat. Kehadiran ahli jawatankuasa kerja, perwakilan-perwakilan serta pemerhati - pemerhati dari setiap pelusuk daerah sabah pada kali ini memenuhi ruang dewan muktamar, dan banyak usul-usul serta idea-idea yang amat bernas untuk diterima mahupun dibahas oleh sidang perwakilan yang hadir.
Konvensyen dimeriahkan lagi dengan adanya gerai jualan diluar dewan, Buku-buku ilmiah, baju t-shirt antara jualan yang memenuhi tapak gerai jualan doluar dewan.
Muktamar pada tahun ini telah diadakan pemilihan pimpinan baru bagi menerajui tampuk kepimpinan Dewan Pemuda PAS Sabah. Ketua Pemuda PAS Sabah yang baru telah disandang oleh Sdr. Lahirul Latigu dimana beliau menang tanpa bertanding.
Melalui Lujnah Kebajikan DPPNS juga telah digerakkan pungutan derma jihad bagi membantu ahli yang juga merupakan petugas sepenuh masa jamaah dimana beliau telah ditimpa musibah dengan kehilangan sebuah motor yang baru 2hari dibelinya. Moga dengan sedikit bantuan ini dapat meringankan beban saudara kita. Keprihatinan DPPNS melalui Lujnah Kebajikan menunjukkan DPPNS tidak pernah mengabaikan kebajikan ahli.
Ahad- Konvensyen PAS Sabah juga telah diadakan disalah sebuah hotel disandakan. Konvensyen yang gilang gemilang telah dirasmikan oleh YB. Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS Malaysia yang juga merangkap Ahli Parlimen Bachok Kelantan.
Konvensyen dimeriahkan lagi dengan adanya gerai jualan diluar dewan, Buku-buku ilmiah, baju t-shirt antara jualan yang memenuhi tapak gerai jualan doluar dewan.
Gerai jualan t-shirt merupakan gerai Lujnah Ekonomi DPPNS antara yang ada..
DIMANA BUMI DIPIJAK, DISITU ISLAM KITA JULANG,
BIAR MATI BERGALANG TANAH, DARI HIDUP BERCERMIN BANGKAI,
BIAR PUTIH TULANG, JANGAN PUTIH MATA,
KITA LAWAN...TETAP LAWAN!!!,
(petikan dari ucapan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah)
Terima kasih telah membaca' sila tinggalkan komen.
Catat Ulasan