[harga+minyak.jpg]

Isnin, Oktober 26, 2009

KENYATAAN MEDIA PESURUHJAYA PAS SABAH




Tarikh : 25 Oktober 2009


1. PAS Sabah ingin membuat penjelasan terhadap beberapa perkara yang ditimbulkan dalam laman web / blog tertentu bagi mengelak kekeliruan berkaitan kenyataan / tulisan yang YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS dalam perkara mengadakan Mesyuarat Agung Khas PAS.

2. Kami ingin menyatakan bahawa PAS Sabah tidak pernah terlibat dalam apa cara sekalipun dengan teguran rombongan daripada Sabah (kalau ada) mempersoalkan beberapa kerat pemimpin PAS yang (kononnya) condong kepada UMNO berikutan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang di dakwa.


3. PAS Sabah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Jawatankuasa Agung PAS Pusat, sama ada akan mengadakan Mesyuarat Agung Khas atau tidak. Kami hormati keputusan Muktamar Agung yang lalu dalam pemilihan pimpinannya dan semua resolusi –resolusi yang di ambil.

4. PAS Sabah ingin memberi amaran supaya pihak lain (orang luar) jangan cuba menangguk di air keruh dalam isu rumah tangga PAS. Kami percaya PAS akan tetap kukuh dan akan terus ada di persada politik tanah air dan memperjuangkan yang hak.


“ISLAM MENERAJU PERUBAHAN”

HAJI MUHAMMAD ABDULLAH
Pesuruhjaya,
PAS Sabah.

2 Comentários:

TUKANGSERU berkata...

Pendirian sewajibnya ada pada setiap ahli PAS peringkat akar umbi. Letakktan sepenuh keyakinan kepada pimpinan yang teguh di jalan yang benar...

Faarock berkata...

Assalamualaikum...

sy bkan la ahli mana2 politik

sajer nak tnya pasal FLAG merah putih pada letter head tu logo baru ka??



FArock.. was here
http://ilmu-hitam.blogspot.com/

Dewan Pemuda PAS Tawau © DPPKT Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,TB 322, Tingkat 3, Blok 38 Jln. St.Patrick, Kompleks Fajar,PS.62040 91030, Tawau Sabah Tel: 089-760214.

KEMBALI KEATAS