[harga+minyak.jpg]

Khamis, Mac 08, 2012

LAJNAH ALAM SEKITAR DPPKT :

Masalah sampah sudah sinonim dengan masyarakat di Tawau sehinggakan kita tidak terkejut lagi jika masalah ini masih tidak selesai lagi. Walaupun pelbagai program telah dirancang. Apa tidaknya, apabila kita melangkah keluar rumah, sudah pasti sampah-sampah ini yang akan menuggu di luar rumah.


Sampah dikawasan Perumahan Taman Semarak

Kawasan tempat pembuangan sampah dipenuhi dengan sisa buangan domestik. Bukan kita sahaja yang dibelenggu masalah ini, begitu juga jiran dan masyarakat yang lain. Ada kawasan taman perumahan  dan kampung yang sampahnya tidak dipungut berminggu-minggu oleh syarikat yang telah dilantik oleh pihak majlis perbandaran. Apabila ada aduan dan komplain tentang masalah ini baru mereka mahu bertindak memungut sampah.


Di kawasan bandar pula, masalah ini turut membimbangkan kita. Di belakang premis bangunan seperti di Fajar dan Sabindo contohnya, jika kita melalui jalan-jalan ini kita akan merasa kurang senang dengan bau busuk sampah-sampah ini yang tidak diselenggara dengan baik oleh pihak berwajib.

Sistem perparitan juga turut terjejas kerana masalah ini. Apabila hujan, ada kawasan di bandar seperti dekat Pasar Tanjung akan di naiki air kerana kawasan parit yang tersumbat dan tidak dapat mengalirkan air. Masalah ini turut berlaku di kawasan perumahan yang ada di Tawau. Di Tawau Lama contohnya, Ada orang mengadu bahawa sistem perparitan depan dan belakang perumahan teres sudah lama tersumbat. Bayangkan apa yang berlaku pada musim hujan. Menurut orang kampung, rumah mereka akan dimasuki air hujan yang bercampur dengan air parit yang amat kotor. Sudah pasti ini tidak memberi keselesaan kepada mereka. Selain itu, ia boleh menyebabkan pembiakkan nyamuk aedes yang membawa kepada penyakit Denggi.

Kita tidak mahu Tawau di label sebagai daerah yang banyak sampah dan busuk. Pelancong tidak mahu lagi datang ke tawau kerana masalah ini dan pembangunan Tawau terjejas kerana masalah ini. Kepada pihak berwajib, perlulah berusaha menangani masalah dengan baik. 

Terima kasih telah membaca' sila tinggalkan komen.

Dewan Pemuda PAS Tawau © DPPKT Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,TB 322, Tingkat 3, Blok 38 Jln. St.Patrick, Kompleks Fajar,PS.62040 91030, Tawau Sabah Tel: 089-760214.

KEMBALI KEATAS