[harga+minyak.jpg]

Isnin, Mac 05, 2012

WARTA TAWAU
Jabatan Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau

SABAH NEGERI TERMISKIN

Baru-baru ini Perdana Menteri sewaktu melawat ke negeri Sabah telah mengumumkan bahawa Sabah sudah tidak menjadi negeri termiskin di Malaysia. Pengumuman ini telah mendapat reaksi pelbagai pihak. Kalau sebelum ini berdasarkan laporan Bank Dunia meletakkan negeri Sabah sebagai negeri Termiskin di Malaysia mengikut Laporan Monitor Malaysia. Bekas pengasas Umno Sabah, Datuk Karim Ghani mengakui kesahihan laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia (MEM) oleh Bank Dunia, bahawa Sabah dikategori sebagai negeri paling miskin di Malaysia, sekali gus menafikan dakwaan Najib bahawa Sabah tidak lagi menjadi negeri termiskin di Malaysia yang jelas Najib berbohong dengan orang Sabah.

Laporan berkenaan menyebut Sabah yang mewakili 10 peratus penduduk Malaysia mempunyai 40 peratus daripada rakyatnya dikategorikan sebagai miskin. Sehubungan itu, Karim juga yang menyanggah kenyataan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Negeri Sabah yang menafikan laporan MEM berkenaan.

Pimpinan PAS Tawau juga mengakui Sabah merupakan negeri termiskin di Malaysia. Yang jelas kepada kita hari ini, Sabah negeri kaya, yang miskin rakyatnya dan yang kaya juga pemimpinnya. Laporan Bank Dunia itu yang betul, yang tidak betulnya dan pincang adalah Umno-BN Sabah.

Umno-BN juga sengaja tidak mahu mengakui rakyat Sabah miskin. "Kenyataan yang asyik diulang-ulang oleh pemimpin Sabah, hujung tahun ini semua rakyat sudah keluar daripada kemiskinan. "Sabah kaya...kita ada minyak, ada kayu balak, ada kelapa sawit tapi rakyatnya miskin disebabkan pentadbiran yang tidak betul. "Yang dimajukan cuma bandar dengan bangunan yang mencakar langit tetapi di luar bandar, orang masih lagi merempat.

"Seperti di Kalabakan, kalau kita tengok tempat orang Islam di sana, hidup mereka merempat sedangkan Kalabakan dan Tawau  adalah berwakil rakyat Islam, banyak dengan kayu balak dan kelapa sawit," katanya. Umno-BN sengaja membiarkan rakyat Sabah di dalam keadaan daif supaya undi mereka senang dibeli setiap kali pilihan raya diadakan.

"Ini adalah soal kepimpinan, kalau pemimpin mentadbir dengan baik, apa parti pun baik tetapi sejak tahun 1985 keadaan rakyat Sabah bertambah buruk. Rata-rata pekerja di Sabah, berpendapatan kurang daripada RM 500 kecuali pegawai kerajaan dan para pimpinan atasan," katanya.

Banyak  projek mega seperti membina terminal lapangan terbang yang berharga RM 1.2 bilion yang  tidak memberikan manfaat kepada rakyat Sabah terutamanya yang tinggal di kampung-kampung yang langsung tidak pernah menjejak kaki ke terminal tersebut. "Projek mega memang nampak indah tapi projek di kampung, apa yang ada. "Buat jalan raya tapi tidak mendatangkan hasil kepada rakyat jadi macam mana hendak menambah pendapatan rakyat supaya dapat keluar daripada kemiskinan.

Daripada apa yang dikatakan oleh PM, statistik itu adalah untuk tahun 2012. Kepada Datuk Najib, boleh kami melihat data tahun 2012 yang terkini itu? Ini kerana kami cuba membuat semakan di Unit Perancang Ekonomi (EPU). Malangnya data dan statistik yang disediakan hanyalah berakhir pada tahun 2009 sahaja. Mengapa masih tidak mengemaskinikan data tersebut?

Di sini, Nampak sangat Perdana Menteri ingin bermain teka-teki bersama rakyat. Beliau tidak memahami sensitiviti rakyat Sabah dan tidak menyelami kepayahan hidup rakyat Sabah.

Terima kasih telah membaca' sila tinggalkan komen.

Dewan Pemuda PAS Tawau © DPPKT Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,TB 322, Tingkat 3, Blok 38 Jln. St.Patrick, Kompleks Fajar,PS.62040 91030, Tawau Sabah Tel: 089-760214.

KEMBALI KEATAS