Sampai Seru Sudah Bah!
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani…SYUKUR ALHAMDULILLAH…lapang rasa dada…itu antara perasaan yang menguasai pemikiran ketika tulisan ini dibuat.siapa sangka harapan yang selama ini hanya di bibir kini dapat disaksikan oleh MATA iaitu antara organ manusia yang paling menakjubkan menurut “jumhur” saintis di seluruh dunia..masakan tidak sehingga ke hari ini, mata adalah antara organ yang masih GAGAL untuk “dicipta” oleh manusia dek kekompleksan sistem dan fungsinya walaupun memiliki segalanya yang dipanggil high-tech machine, namun segalanya ternyata terlalu kuno di sisi Khaliq..
Terimalah hadiah ndak seberapa dari kami, pengendali blog rasmi Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau.Inilah yang kami maksudkan “sampai seru sudah bah!!!”Apa yang kami sebenarnya cuba realisasikan ialah saranan yang telah sekian lama dicanangkan oleh Ketua Pemuda yang menyedari tuntutan untuk mengupayakan lagi perjuangan pemuda di bumi Tawau melalui pendekatan yang baru selari dengan kemajuan zaman.
Walaupun agak sedikit lewat berbanding dengan beberapa kawasan lain khususnya di semenanjung, kami berharap permulaan ini dapat mencetuskan ikhtiar yang seterusnya dalam menambah baik kualiti blog ini di masa akan datang..semoga dengan wujudnya blog DPPKT ini dapat menyemarakkan lagi perjuangan dakwah selari dengan tuntutan situasi mutakhir yang menuntut seruan amar makruf nahi mungkar untuk dilakukan dengan lebih proaktif iaitu melaui saluran terkini seperti laman blog..atas kesedaran perlunya jaringan yang lebih luas untuk menyebarkan maklumat yang tepat dan ilmu yang bermanfaat usaha mengwujudkan blog DPPKT ini telah diadakan..Dengan itu diharapkan blog ini dapat menjadi sumber maklumat alternative bagi menepis dakyah songsang musuh-musuh Allah yang sentiasa dengan usahanya untuk menutup pintu-pintu kebenaran Islam. semoga usaha kecil ini dapat dimanfaatkan oleh semua dan insyaAllah akan beroleh rahmat yang besar dari Allah SWT.
Firman Allah “Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengadakan kebohongan terhadap Allah padahal dia diajak kepada (agama) Islam? Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orng-orang yang zalim. Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut(ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah telah menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir membencinya” Surah As-Saf:7-8
Wallahu’alam..
Selamat membaca dan memberi komen!!!
PASS FOR ALL
4 Comentários:
Tahniah diucapkan kpd Pemuda Tawau! Bukti yg menunjukkan pamuda smakin mengorak langkah ke hadapan. diharap dengn blog yg bru ni dapt digukna spenuhny utk medan berdkwah dan mentarbya jundi2 yg mahu beramal. bgitu juga bgi pihak yg mlontrkan tohmahan sewenang2nya ble di tepis smula melalui medan ini... Updat jgn ndak updat hm,hm....
Terima kasih.. insyaAllah... pemuda sedang mengumpul kekuatan untuk bersuara lantang melalui media ini insyaAllah... doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar...
tahniah atas kelahiran blog pemuda pas kawasan tawau. moga terus memperkasakan pendekatan kepada masyarakat demi memenuhi tuntutan pas for all
Terima kasih... jikalau anda berminat menyumbang buah fikiran atau mana mana artikel ... sila hantar artikel anda ke pemudatawau@yahoo.com .... :)
Catat Ulasan