[harga+minyak.jpg]

Selasa, November 25, 2008

PAS Tawau Sokong Kempen Tandatangan DAP






Dewan Pemuda Pas Tawau menyokong tindakan DAP Tawau yang melakukan kempen tandatangan membatalkan pembinaan bangunan komersial di Lot D dan E di kawasan Sabindo. Dicadangkan agar bangunan tersebut dimusnahkan seperti keadaan asal.Menurut Ketua Pemuda PAS Tawau saudara Muhammad Nasir ,’’ pembinaan bangunan berkenaan tidak sesuai dan menjadikan kawasan Sabindo menjadi sempit dan sesak” .Menurutnya lagi “ Dewan Pemuda Pas Kawasan Tawau menyokong supaya Badan Pencegah Rasuah (BPR) Tawau melaksanakan penyiasatan skandal tanah Ruang Bandar Sabindo dan mendakwa sesiapa yang didapati bersalah meluluskan bangunan komersial tersebut”.









Realitinya, bangunan itu sekarang ini menjadi ‘misteri’ dan tidak mustahil menjadi tempat atau tapak kegiatan-kegiatan sosial yang merosakkan nilai budi orang Tawau.Inilah jadinya bila merancang tidak secara bijaksana tetapi merancang untuk ‘poket sendiri’



Fikir-fikirkanlah orang Tawau.

4 Comentários:

taipingmali berkata...

bagus dan tahniah.
Pas dan Dap sudah sehati sejiwa.
semoga dap akan dapat masuk syurga.bersama org pas

Pemuda Tawau berkata...

Usahasama dalam Pakatan Rakyat di Tawau.. soal masuk syurga tak terlibat. Itu soal pegangan agama masing masing.

gopenghagen berkata...

ya..kita doakan semua org termsuk dari DAP. apakah salah mengharapkan ahli DAP masuk syurga sekiranya mereka memilih Islam sbagai agama mereka suatu hari kelak.

Pemuda Tawau berkata...

kalau mereka dah pilih Islam sebagai agama tak salah... kami kena menjawab dengan lebih berhati hati dalam soal ini... harap maklum... takut komen diputar belit...

Dewan Pemuda PAS Tawau © DPPKT Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,TB 322, Tingkat 3, Blok 38 Jln. St.Patrick, Kompleks Fajar,PS.62040 91030, Tawau Sabah Tel: 089-760214.

KEMBALI KEATAS