Demi Sekeping Kad Pengenalan Hijau
"Makcik sudah tunggu dari pukul 4 pagi lagi dik, akhirnya tak jadi malah dihalau lagi kita!" Inilah antara jeritan marah yang saya dengar ketika bersama ribuan yang berkumpul pagi ini di perkarangan bangunan persekutuan yang menempatkan Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Tawau. Saya menerima panggilan telefon dari seorang sahabat yang telah berada di tempat kejadian sekitar pukul 7.45 pagi. Ribuan manusia berkumpul di hadapan bangunan malah berbaris dari muka pintu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara sehingga pintu keluar masuk utama bangunan persekutuan sebelum dihalau keluar oleh polis yang menaiki sebuah kereta peronda.
Lautan manusia yang membanjiri perkarangan bangunan ini rata rata begitu bersemangat untuk merebut peluang yang ada untuk memiliki sekeping kad pengenalan hijau (atau lebih sinonim dengan gelaran "ic hijau" di kalangan penduduk), kad identiti sebagai warga berstatus pemastautin sementara di negara Malaysia yang tercinta ini.
Lihat Video untuk melihat keadaan lebih jelas.
Ada yang sanggup datang dari jauh dan menunggu seawal 4pagi dan tidak mustahil jika ada yang lebih awal lagi . Berbaris seawal 6pagi dan berlapar,berdiri di bawah panahan terik matahari demi memenuhi hajat di ini. Begitulah secebis pengalaman merasai kesusahan atau kepayahan yang perlu dihadapi rakyat di Tawau ini.
Untuk maklumat semua, Kad Pengenalan Hijau (Pemastautin Sementara) adalah untuk mereka yang tidak dapat ditentukan latar belakang ibu bapa masing-masing dan daripada segi kriterianya masih sama seperti mereka mesti dilahirkan di Malaysia dan memiliki sijil kelahiran Malaysia.
Sebelum ini, pengeluarannya telah dihentikan sejak tahun 2004 sehinggalah satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar yang mengharap pengeluaran semula kad hijau akan dapat mengatasi masalah sejumlah 38,672 orang yang tidak mempunyai kad ganti ekoran pengeluarannya dihentikan dan membantu mengatasi masalah penduduk yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri di setiap negeri. Dan menyatakan bahawa pihak JPN akan membuka kaunter pada hari Sabtu dan Ahad mulai 15hb November 2008 dari pukul 8 pagi sehingga pukul 1 petang di ibu pejabat JPN dan semua ibu pejabat JPN di peringkat negeri.
Malangnya, harapan menggunung rakyat dikecewakan begitu sahaja tanpa sebarang maklumat penangguhan dari JPN Tawau, tiada notis walau sekeping pun dilekatkan di pintu hadapan untuk memaklumkannya sehingga rakyat terpaksa menunggu berjam jam sebelum di halau oleh pihak polis yang bertugas.
Diharap keadaan pada hari Isnin minggu hadapan akan menjadi lebih terkawal. InsyaAllah.
11 Comentários:
Pemuda PAS kena perjuangakan isu ini sebenarnya.kalau naka lihat kemenagan PAS perlu bermula daripada isu KEMASYARAKATAN.jGAN HANYA HIDUP DALAM KPOMPONG SENDIRI..AYUH TURUN DAN PERJUANGKAN NASIB MEREKA...iC hijau..HIDUP HIJAU
Hahahaha... insyaAllah... Pemuda PAS sentiasa cuba berkhidmat sebaik mungkin untuk masyarakat Tawau..
kena lihat pro n con. xkan bermurah hati sgt krajaan bagi ic hijau pd mereka yg x pasti statusnya. ingat lagi pengundi hantu, yg terpksa dan merelakan?
Yeap... memang ada benarnya.. tapi insyaAllah dengan ic hijau ni dapat memudahkan rakyat yang selama ini menggunakan passport yang mahal... Lagipun, ic hijau takble mengundi... :)
Anak Malaysia yg tergadai di negara sendiri:
Saya merupakan pemegang Ic Hijau,saya amat la kesal walaupun ibu bapa saya bukan warganegara malaysia,sepatutnya kerajaan lebih prihatin kepada anak2 yang lahir dan mempunyai surat lahir agar dpt memberikan taraf warganegara.
Saya juga merupakan pelajar cemerlang SPM dan bersyukur mempunyai segulung DIPLOMA IT (merupakan pelajar Bestari) namun saya amat sedih kerana pemegang IC hijau tidak dapat membuat apa2 urusan kerajaan spt: melanjutkan pelajaran ke Universiti.
Sehingga hari ini saya tidak mempunyai pekerjaan dan diharap kerajaan PAS dpt membantu menyelesaikan masalah ini.
Salam ziarah..
Dahsyat betul isu ni..apa PAS Tawau boleh buat utk bntu golongan ni ya?n apa stand PAS Tawau n PAS Sabah psl isu ni?
saya rasa kena balik kepada perlembagaan malaysia, mungkin di sana ada peruntukan2 khas kepada mereka yg mempunyai sijil kelahiran dan telah menetap lama di malaysia...
sokon kena rujuk perlembagaan dalam masalah pemegang ic hijau.
Soal hak atau peraturan untuk memohon kad pengenalan hijau atau penduduk sementara kena rujuk pada undang undang yang telah ditetapkan oleh JPN... tetapi kami menentang segala ketidakadilan yang berlaku dalam proses permohonan status penduduk sementara ini.
Salam..sy adlh pelajr lpsn spm y mmgang ic hijau ttpi tdk dpt mnruskan prjuangan mnimba ilmu ke universti spt shbt2 sy..jika difikirkan mengunakan akal kemana harus dituju anak2 tanpa negara seperti sy ini utk mencapai cita2..?sebagai hamba allah d muka bumi ini hendklah kta menolong sesama insan agar bersama2 kte perolehi rahmatNYa..kerana Dunia ini hanyalah sementara...Ma'al salam..
slm...bru pla terbca blok ne.....ne lh sifat manusia d bg betis paha pla d minta....seharusnya pmegang ic hijau patut bsyukur ats pa yg tlh d brikn...bknya myalahkn indivdu terntu tau krajaan...lau ic hijau kelyakan kt i2lh kta dpt......tntg status wargangra tlng2lh bka buku perlembagaan,stau saya xda pun ckp yg individu lahir d msia ne smua lyak warganegara....smua 2 terplng status ibu atau bapa msa dia dlahirkn...dan byk g lh cr nk dpt wargangara...jd kpd ic ijau lau nk dpt wargangara dgn cra yg btl...bca2lh bku 2...
Catat Ulasan