[harga+minyak.jpg]

Selasa, Disember 09, 2008

Upacara Korban anjuran PAS Kawasan Tawau



Kelmarin (Isnin 8 Disember 2008), sempena Hari Raya Aidil Adha, Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau menganjurkan upacara korban di PASTI Nurul Iman Tanjung Batu Laut.


Sebanyak 7 ekor lembu di korbankan, dan alhamdulillah kelihatan ramai masyarakat Tawau khususnya penduduk Kg Tanjung Batu Laut yang menyertai membantu menyempurnakan majlis agar segalanya berjalan dengan cepat dan lancar.

Satu persatu lembu disembelih dan operasi melapah dan memotong daging di lakukan dengan bantuan Unit Amal Tawau.





Sekitar pukul 12pm, kelihatan orang ramai yang memiliki kupon yang telah diedarkan dua hari sebelumnya datang untuk mengambil daging korban masing masing.

Pemandangan sekitar tapak memotong dan pembahagian daging korban.



Seorang petugas unit amal tekun menjalankan tugas.

Bungkusan-bungkusan daging korban

2 Comentários:

gopenghagen berkata...

salam 'idul adha.

semoga lebaran 'idul adha menyingkap rasa ragu ttg pengorbanan kita pada jalan Allah melalui medium siasah.

mudah-mudahan anak muda yg trpanggil bersama2 pas , terus ditarbiyyah agar menjadi generasi masa depan sabah yg lebih kenal agama.

sekadar isi hati., kalau boleh simplekan edaran2 dari pas kpada org awam. penggunaan bahasa arab yg tidak difahami menyukarkan org utk lebih mengenali pas.

Pemuda Tawau berkata...

Salam Aidil Adha...

insyaAllah... itu juga menjadi harapan kami... aminn

Ermm insyaAllah, cadangan itu akan dipertimbangkan... terima kasih...

Dewan Pemuda PAS Tawau © DPPKT Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,TB 322, Tingkat 3, Blok 38 Jln. St.Patrick, Kompleks Fajar,PS.62040 91030, Tawau Sabah Tel: 089-760214.

KEMBALI KEATAS