[harga+minyak.jpg]

Rabu, Disember 17, 2008

Masjid terbiar?!

Beberapa hari lepas penulis bersama rakan-rakan pergi ke suatu tempat sekitar kawasan Balung di daerah Tawau ini dengan niat untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat lama.

Oleh kerana kami bertolak agak lewat dari bandar Tawau, kami tiba sekitar pukul 5.50pm dan memandangkan waktu maghrib hendak masuk maka kami membuat keputusan untuk singgah menunaikan solat maghrib di sebuah masjid yang kebetulan tidak jauh dari destinasi yang kami tuju.


Gambar masjid tersebut.

Kami semua terkejut apabila melihat beberapa ekor anjing sedang bermain di dalam kawasan masjid, pintu pagar dan pintu masuk ke dalam masjid terbuka. Beberapa sejadah dijumpai di luar masjid dan telah koyak akibat anjing tersebut.

Pintu masjid yang terbuka




Sejadah yang koyak dan terbiar di luar masjid.


Dua daripada beberapa ekor anjing yang telah kami halau dari kawasan masjid.

Apabila masuk waktu maghrib, tiada satu pun penduduk kampung yang datang ke masjid. Hanya kami berempat yang berada di masjid. Salah seorang dari kami melaungkan azan dan alhamdulillah mungkin kerana ada azan yang di laungkan, seorang penduduk kampung datang menaiki motor.


Dua rakan penulis melihat senarai petugas masjid tersebut.

Penulis mengimamkan solat maghrib dan setelah selesai, penulis menghampiri penduduk kampung tersebut untuk bertanya khabar dan menjelaskan keadaan masjid apabila kami tiba tadi.

Beliau terkejut dan berjanji akan membersihkan masjid tersebut.



Apa yang terlintas di pemikiran penulis, kenapalah masjid ini boleh terbiar sedangkan rumah penduduk penduduk kampung tidak jauh dari lokasi masjid. Penulis beredar dengan perasaan yang sedih.





Terima kasih telah membaca' sila tinggalkan komen.

Dewan Pemuda PAS Tawau © DPPKT Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,TB 322, Tingkat 3, Blok 38 Jln. St.Patrick, Kompleks Fajar,PS.62040 91030, Tawau Sabah Tel: 089-760214.

KEMBALI KEATAS