[harga+minyak.jpg]

Khamis, Disember 18, 2008

Hedonisme Bermaharajalela di Tawau


Rasa terkejut dan hairan melihat bagaimana pertandingan yang sia-sia dan tidak sepatutnya berleluasa di bumi tawau mendapat perhatian yang lebih daripada pihak berwajib. walaupun tidak dinafikan tujuan utama program tersebut adalah baik iaitu untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya dadah, namun pengisian kepada program tersebut adalah tidak wajar. sejauh mana pertandingan tarian shuffle dan moden itu mampu memberi kesedaran kepada masyarakat. Adakah dengan mempertontonkan tarian tersebut kepada anak muda cukup memberikan mesej bahawa dadah adalah ejen perosak kepada masyarakat. sudah tentu tidak.



walaupun tidak dinafikan dengan kehadiran petugas unit amal dan perppis dengan tujuan mengedarkan risalah tentang bahaya dadah dan rokok pada malam tersebut, tetapi ianya masih tidak memadai selagi pihak yang berwajib tidak mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menghalang perkara ini dari merebak yang bakal menjadi barah.



tapi yang lebih menghairankan lagi pihak yang berwajib seolah-olah hanya melepaskan batuk ditangga. sekadar melaksanakan program tanpa melihat kepada kandungan program tersebut.Malah memberi sokongan sepenuhnya kepada penganjur program. dengan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan Negeri Sabah memeperlihatkan kepada kita betapa pertandingan ini mendapat sokongan yang padu daripada pihak berwajib. tindakan ini tidak mustahil
mendatangkan kemurkaan daripada Allah yang seterusnya memungkinkan datangnya bala daripada Allah. adakah kita tidak mengambil iktibar daipada kejadian yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004 dahulu???????????



kehadiran penonton yang hadir adalah seperti yang dijangkakan(memenuhi ruang dewan masyarakat).tapi yang mengejutkan ialah majoriti daripadanya adalah orang yang berkeluarga dan membawa anak kecil masing-masing. tidak kurang yang merakam gelagat peserta untuk dijadikan kengana yang pastinya bakal ditunjukkan kepada generasi muda kita. apakah ini yang kita mahukan daripada generasi muda kita. golongan yang bakal memegang tampuk pemerintahan pada masa akan datang. mahukan kita menjadi seperti umat-umat yang terdahulu yang diberi peringatan oleh Allah akibat kelalaian kita dalam menjalankan amanah Allah.




fikir-fikirkanlah

Teruskan Baca “Hedonisme Bermaharajalela di Tawau”  »»

Hedonisme, salah siapa??

Budaya berhibur telah menular dikalangan manusia sejak berkurun lamanya. namun hiburan yang melampau mampu memberikan impak yang negatif kepada masyarakat. 



Tindakan membiarkan hiburan yang berleluasa mampu memberikan kesan yang buruk terhadap pembangunan masyarakat. walaupun ada program-program yang diadakan untuk mengajak manusia kembali kepada fitrah mengabdikan diri kepada Pencipta, namun serangan daripada budaya ini yang diberikan lampu hijau oleh pihak yang berwajib membantutkan usaha ini. seperti yang berlaku di Tawau Bumi Peladang. 



Belum pun reda dengan konsert stacy yang diadakan pada 28 hb November 2008, pertandingan break dance hard style pula mengambil tempat yang dijalankan di Dewan Masyarakat Tawau pada6 hb Disember 2008. setelah itu konsert jom raya pula mengambil tempat yang diadakan di dewan masyarakat anjuran pelita budaya, warisan borneo pada 13hb Disember 2008. dan akhir sekali kemuncaknya pada 17hb Disember 2008 iaitu pertandingan tarian moden dan shuffle yang akan diadakan pada tempat yang sama. salah siapa kah perkara ini berlarutan. mungkin bukan kita yang bakal menjadi mangsa kepada serangan ini, tetapi generasi seterusnya yang akan berdepan dengan masalah ini. fikir-fikirkanlah

Teruskan Baca “Hedonisme, salah siapa??”  »»

Rabu, Disember 17, 2008

Masjid terbiar?!

Beberapa hari lepas penulis bersama rakan-rakan pergi ke suatu tempat sekitar kawasan Balung di daerah Tawau ini dengan niat untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat lama.

Oleh kerana kami bertolak agak lewat dari bandar Tawau, kami tiba sekitar pukul 5.50pm dan memandangkan waktu maghrib hendak masuk maka kami membuat keputusan untuk singgah menunaikan solat maghrib di sebuah masjid yang kebetulan tidak jauh dari destinasi yang kami tuju.


Gambar masjid tersebut.

Kami semua terkejut apabila melihat beberapa ekor anjing sedang bermain di dalam kawasan masjid, pintu pagar dan pintu masuk ke dalam masjid terbuka. Beberapa sejadah dijumpai di luar masjid dan telah koyak akibat anjing tersebut.

Pintu masjid yang terbuka




Sejadah yang koyak dan terbiar di luar masjid.


Dua daripada beberapa ekor anjing yang telah kami halau dari kawasan masjid.

Apabila masuk waktu maghrib, tiada satu pun penduduk kampung yang datang ke masjid. Hanya kami berempat yang berada di masjid. Salah seorang dari kami melaungkan azan dan alhamdulillah mungkin kerana ada azan yang di laungkan, seorang penduduk kampung datang menaiki motor.


Dua rakan penulis melihat senarai petugas masjid tersebut.

Penulis mengimamkan solat maghrib dan setelah selesai, penulis menghampiri penduduk kampung tersebut untuk bertanya khabar dan menjelaskan keadaan masjid apabila kami tiba tadi.

Beliau terkejut dan berjanji akan membersihkan masjid tersebut.



Apa yang terlintas di pemikiran penulis, kenapalah masjid ini boleh terbiar sedangkan rumah penduduk penduduk kampung tidak jauh dari lokasi masjid. Penulis beredar dengan perasaan yang sedih.





Teruskan Baca “Masjid terbiar?!”  »»

Selasa, Disember 09, 2008

Upacara Korban anjuran PAS Kawasan Tawau



Kelmarin (Isnin 8 Disember 2008), sempena Hari Raya Aidil Adha, Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau menganjurkan upacara korban di PASTI Nurul Iman Tanjung Batu Laut.


Sebanyak 7 ekor lembu di korbankan, dan alhamdulillah kelihatan ramai masyarakat Tawau khususnya penduduk Kg Tanjung Batu Laut yang menyertai membantu menyempurnakan majlis agar segalanya berjalan dengan cepat dan lancar.

Satu persatu lembu disembelih dan operasi melapah dan memotong daging di lakukan dengan bantuan Unit Amal Tawau.





Sekitar pukul 12pm, kelihatan orang ramai yang memiliki kupon yang telah diedarkan dua hari sebelumnya datang untuk mengambil daging korban masing masing.

Pemandangan sekitar tapak memotong dan pembahagian daging korban.



Seorang petugas unit amal tekun menjalankan tugas.

Bungkusan-bungkusan daging korban

Teruskan Baca “Upacara Korban anjuran PAS Kawasan Tawau”  »»

Isnin, Disember 08, 2008

Shoutul Syabab Edisi Khas Aidil Adha

Ahad lepas (7hb Disember 2008), Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau melalui Unit Amal mengedarkan risalah Shoutul Syabab edisi khas sempena Hari Raya Aidil Adha yang menjelang tiba.




Risalah ini yang diedarkan secara percuma tertumpu di kawasan kawasan tumpuan ramai masyarakat Tawau seperti pasar-pasar dan pusat membeli belah di daerah ini.

InsyaAllah dengan pengedaran risalah ini akan membawa manfaat kepada pembacanya, wallahualam.

Muat Turun Shoutul Syabab Edisi Khas Sempena Aidil Adha

Lihat Gambar-gambar di bawah.




Saudara Muemin ditanya sesuatu oleh pembaca risalah.

Risalah diedar kepada sesiapa sahaja.


Teruskan Baca “Shoutul Syabab Edisi Khas Aidil Adha”  »»

Perutusan Pesuruhjaya PAS Sabah Sempena Aidil Adha


Assalamualaikum wbt
Saya mewakili saf kepimpinan PAS Negeri Sabah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam khususnya penduduk negeri Sabah.Marilah kita sama-sama mengambil iktibar dari semangat pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim a.s beserta anaknya Nabi Ismail a.s dalam meneruskan perjuangan membela agama. Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Korban yang mengingatkan kita kenangan ribuan tahun bagaimana Nabi Ibrahim a.s, menunjukkan kepatuhan,ketaatan, pengorbanan dan kesabaran dalam menerima perintah Allah s.w.t. Atas nama sunah ini maka seluruh umat Islam di pelusuk dunia bagi yang berkemampuan telah menyembelih binatang ternakan sebagai tanda mengikut jejak langkah Nabi Ibrahim a.s. Kisah Nabi Ibrahim a.s baik ketika meninggalkan anak kecil dan isteri muda yang lelah di tengah padang pasir juga ketika menerima perintah Allah menyembelih anak kesayangannya, sudah diketahui dari kitab-kitab, tuan-tuan guru dan ceramah-ceramah malah dalam Al-Quran sendiri. Kesemua kisah itu dapat kita simpulkan kepada tiga;Pertama, asasnya adalah ketaatan yang kental kepada Allah s.w.t.Kedua, ‘Millah’ Ibrahim ialah Allah akan memberi hidayah kepadanya kerana semata-mata mentaati Allah.Ketiga ialah keikhlasan dalam amalan.Allah tidak menerima sesuatu amalan melainkan yang dikerjakan dengan penuh ikhlas dan semata-mata ditujukan kepada-Nya. Oleh sebab itu, penghayatan yang mendalam atas pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim a.s wajar dicerna dalam segenap ruang hidup kita.Justeru, saya menyeru kepada seluruh umat Islam agar sentiasa membiasakan diri untuk mengamalkan sikap suka berkorban sepanjang masa dari segi wang, tenaga, masa, dan buah fikiran untuk kepentingan Islam itu sendiri.

Allahu akbar ! Allahu akbar ! Allahu akbar !





Teruskan Baca “Perutusan Pesuruhjaya PAS Sabah Sempena Aidil Adha”  »»

Ahad, Disember 07, 2008

Pulihkan Kecintaan Kepada Allah S.W.T



Assalamualaikum..wbt
Saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau, mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Korban 1429 H kepada seluruh umat Islam di Tawau khusus kepada para pemuda dan pemudi Islam.

Bersempena dengan hari yang mulia ini, marilah kita menjadi umat yang sentiasa meletakkan kecintaan yang tinggi terhadap perjuangan Islam dalam kehidupan di dunia yang fana ini.Bersempena dengan peristiwa korban,sewajarnya kita umat Islam mencontohi keluarga Nabi Ibrahim a.s bersama isterinya Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s. Mereka antara insan yang berjaya dalam membuktikan tahap kecintaaan terhadap Allah s.w.t walaupun dalam sanubari masing-masing masih ada kecintaan terhadap anak,ayah dan ibu tetapi kecintaan dan kepatuhan untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t lebih diutamakan. Umat Islam hari ini akan beroleh kejayaan dalam kehidupan yang berlandaskan dengan Islam sekiranya kecintaan terhadap Allah berada pada posisi dan kedudukan yang betul dan tepat. Selagi mana kita dilanda penyakit cintakan ‘kebendaaan’, ‘populariti’, ‘keduniaan’, pangkat, wang ringgit, harta benda, hiburan dan keseronokan semata-mata, selagi itulah umat Islam akan menjadi umat yang ‘layu’ dan terus ‘melayu’.

Atas dasar itu, untuk memulihkan kembali roh umat Islam semua pihak terutamanya pihak Majlis Perbandaran Tawau dan pemimpin yang telah dilantik oleh rakyat perlu menghentikan sebarang program atau acara yang boleh merosakkan nilai kecintaan terhadap Islam. Para ibu bapa, para guru dan semua badan NGO perlu seia dan sekata dalam usaha memulihkan roh generasi muda supaya mencintai Allah s.w.t sekali gus melaksanakan suruhan dan menjauhi larangan Allah s.w.t.

Sekian, selamat menyambut Hari Raya Korban bersama keluarga tercinta.


Teruskan Baca “Pulihkan Kecintaan Kepada Allah S.W.T”  »»

Jumaat, Disember 05, 2008

Shoutul Syaabab Keluaran Disember 2008


Shoutul Syaabab terbitan Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau yang terkini.

Antara tajuk-tajuk yang ada di dalam:

Kerajaan Menyusahkan?!
Haram Tetap Haram
Hukum Mendedahkan Kesalahan Pemimpin

Dapatkan secara percuma dengan memuat turun di laman web ini.

MuatTurun Shoutul Syaabab Disember 2008.



Teruskan Baca “Shoutul Syaabab Keluaran Disember 2008”  »»

Rabu, Disember 03, 2008

Majlis Berkhatan Anjuran PASTI Tawau

Alhamdulillah , Ahad lepas (30 November 2008) PASTI Tawau telah berjaya menganjurkan Majlis Berkhatan di PASTI Nurul Mawaddah TAMAN RIA 3.



Lihat gambar-gambar sekitar program di bawah.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan program ini.


Petugas sedang menyiapkan tempat untuk berkhatan.



Ibu bapa mendaftarkan anak anak untuk majlis berkhatan.



Tapak perasmian majlis berkhatan.



Hadiah penghargaan untuk peserta dan petugas yang menjayakan program ini.



Sebahagian ibu-bapa dan peserta majlis ini.



Kereta bomba yang digunakan.



Ahli bomba menjalankan tugas.



Adik adik bersedia untuk dikhatan.




Penghargaan buat pegawai bomba yang menjayakan program dan disampaikan oleh ketua pemuda kawasan Tawau, En Muhammad Nasir Ahmad Ali.



Adik adik yang resah menunggu giliran.



Aksi adik yang sedang dikhatan.



Teruskan Baca “Majlis Berkhatan Anjuran PASTI Tawau”  »»

Dewan Pemuda PAS Tawau © DPPKT Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,TB 322, Tingkat 3, Blok 38 Jln. St.Patrick, Kompleks Fajar,PS.62040 91030, Tawau Sabah Tel: 089-760214.

KEMBALI KEATAS