[harga+minyak.jpg]

Rabu, Februari 16, 2011

Pemuda PAS 'berlembut' pada malam Valentine, Pendekatan yang sama  yang dilakukan oleh Pemuda PAS Tawau.

Walaupun terdapat kebimbangan berlaku 'tindakan keras' Pemuda PAS pada malam hari kekasih, perkara itu akhirnya tidak terjadi apabila anggota dewan itu hanya mengedarkan risalah dan memberi nasihat kepada pasangan yang ditemui.

Di Kuantan, sebanyak 3,000 risalah larangan berdua-dua tanpa mahram diedarkan di tiga lokasi berasingan di Kuantan sempena ekspedisi dakwah Pemuda PAS menjelang sambutan Hari Kekasih malam semalam.

nasrudin hassan tantawi pas youth leader interview 160609 04Ekspedisi anggota Pemuda PAS - dalam sepuluh kumpulan - diketuai oleh ketuanya Nasrudin Hassan (kanan) mula bergerak ke pantai Teluk Chempedak dan kawasan rekreasi di Taman Esplanade dan Taman Gelora di kawasan parlimen itu kira-kira jam 9.30 malam semalam.

Ekspedisi yang mengambil masa selama empat jam disertai kira-kira 60 anggota dewan itu dari Kuantan, Paya Besar, Indera Mahkota dan Pekan.

"Kita selalu ceramah dan beri kuliah, tetapi mereka bukan sasarannya kerana mereka tidak hadir. Kita turun dan menyampaikan risalah. Walaupun mengambil masa selama tiga minit, kita yakin ia berkesan sehingga ada (pasangan) yang mengucapkan terima kasih kepada kita," katanya Nasrudin ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

valentines day 200209 01Nasrudin berkata, risalah tersebut menasihatkan pasangan agar tidak terpengaruh dengan budaya asing seperti zina, sebaliknya memaparkan budaya Islam seperti menggalakkan perkahwinan dan keluar bertemu pasangan dengan ditemani mahram.

"Lebih kurang 60 peratus pasangan yang ditemui menerima risalah dan mendengar nasihat kita dan mengangguk.

"Ada sebahagiannya pula bersikap acuh tidak acuh sehingga mereka beredar sewaktu kita mendekati dan memperkenalkan diri. Apabila kita sampai untuk memberi risalah mereka terus beredar dan tidak berdua-duaan," katanya.

Kedah tidak anjur

Menurut Nasrudin, sebahagian besar pasangan bercinta kelihatan hadir ke tempat berkenaan selepas jam 12 tengah malam sehingga 1.30 pagi.

Tiada sebarang kekerasan dan insiden tidak diingini memandangkan peserta diingatkan sejak awal supaya tidak berkasar, tidak mencetuskan provokasi dan tidak terpengaruh dengan provokasi yang mungkin berlaku.

NONEPada 9 Februari, memetik Nasrudin, agensi berita antarabangsa AFP melaporkan bahawa negeri Pakatan Rakyat akan mengambil tindakan keras atau crackdown di negeri yang diperintahnya.

Sejak kenyataan itu disiarkan, Nasrudin menerima kritikan dan bidasan hebat dari pelbagai pihak termasuk rakan komponen parti Pakatan, termasuk DAP. Beliau bagaimanapun menafikannya.

Sementara itu, di Negeri Sembilan, Pemuda PAS negeri mengedarkan kira-kira 2,000 risalah kepada pasangan muda-muda di Dataran Senawang dan sekitarnya bermula pada jam 8 malam hingga 1 pagi diketuai setiausahanya Khairil Faizi Ahmad Kamil.

"Kita ambil konsep edar risalah dan memberi nasihat yang baik kepada pasangan yang ditemui. Saya percaya jika ambil pendekatan lembut, tidak (akan) ada tindakan kekasaran. Kita tegur dengan cara baik," kata.nya


Alternatif "Berlembut" juga antara pendekatan yang diambil oleh Pemuda PAS Tawau..
Pendekatan secara berlembut adalah salah satu pendekatan yang diambil oleh Pemuda PAS Tawau kerana kita yakin bahawa cara inilah juga mampu melembutkan hati anak-anak muda khususnya golongan pasangan kekasih.

Pemuda PAS yang turut terlibat dalam operasi "ANTI MAKSIAT" pada malam tersebut termasuklah Timbalan Ketua Pemuda PAS Sdr. Daramansah Lamasa yang mengetuai Pemuda PASTawau dalam opesrasi Anti Maksiat. Turut Hadir barisan-barisan anak muda iaitu Briged Amal Tawau yang amat berani ke hadapan dalam menyampaikan risalah dakwah.

Operasi yang bermula pada jam8.30 malam dimulai dengan bacaan doa oleh Ustaz Noryusry Mansor turut menyuntik semangat yang menjanjikan dalam doa tersebut ada perlindungan. 

 Sdr. Daramansah Lamasa mendekati remaja dan menerangkan sesuatu kepada remaja tersebut
 Sdr. Daramansah yang juga Timbalan KP mengetuai gerakan, (gambar) memberi arahan kepada salah seorg ahli.
 Barisan Pemuda serta Briged Amal yang hadir
Pemuda PAS Tawau mengeluarkan risalah Anti Maksiat sebanyak 1,000 helai bagi 3 kawasan di Tawau yang kita yakin disitulah tempat yang sering didatangi oleh pasangan kekasih bertemu apabila menjelang malam. 


Risalah edaran menyarankan agar semua pemuda-pemudi tidak terpengaruh dengan budaya asing, budaya barat yang lebih kepada zina, dan menerangkan budaya tersebut bukan asal budaya ISLAM, dan bukan budaya orang melayu, dan ISLAM lebih menggalakkan untuk berkahwin bagi mengelakkan zina berlaku. Apabila zina berlaku, sudah tentunya ia banyak menyumbang kepada anak luar nikah, anak buangan yang sudah mula menular dikalanganr remaja-remaja melayu khususnya yang kononnya ingin memuaskan nafsu semata-mata dan akhirnya anak yang dilahirkan dibuang begitu saja.


Alhamdulillah, semasa edaran risalah dilakukan, penerimaan dari remaja terhadap Dewan Pemuda PAS amat baik dan tiada tindak balas yang tidak diingini berlaku. Ada juga yang lari lintang pukang bila kehadiran kami diketahui.



 Briged Amal yang begitu semangat melangkah ke medan jihad yang belum pasti apa yang akan berlaku selepas ini. tapi inilah semangat yang ditunjukkan. Tahniah!! anda dipilih Allah dalam medan juang ini..



























Teruskan Baca “ ”  »»

Isnin, Januari 31, 2011

SKUAD PENGURUSAN JENAZAH DEWAN PEMUDA PAS TAWAU.

ALHAMDULILLAH....satu lagi alternatif Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau melalui aktiviti Kebajikan yang telah berjaya di tubuhkan iaitu "SKUAD PENGURUSAN JENAZAH" DEWAN PEMUDA PAS TAWAU, yang diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Tawau, Ustaz Nazri Mokhtar. 
Dengan tubuhnya Skuad in secara rasminya, diharap dapat membantu serta meringankan beban masyarakat khususnya daerah tawau tanpa mengharapkan sebarang balasan dari mana-mana pihak. Skuad ini juga ditubuhkan  bagi membetulkan persepsi masyarakat bahawa PAS bukan semata-mata parti politik, malah PAS juga adalah salah satu parti kebajikan yang menyeluruh dari semua aspek.
“Khidmat ini sudah diwujudkan sekian lama , namun ini merupakan langkah baru dalam memperkemaskan usaha mereka yang menjadi ahli dalam mewakili PAS Tawau untuk membantu masyarakat di sini. Kumpulan-kumpulan dibahagikan supaya khidmat ini dapat diberikan dalam kadar yang segera 24 jam kerana kita tidak dapat jangka bila kematian itu  berlaku.” kata Ustaz Nazrey Mukhtar , Ketua Dewan Pemuda PAS Tawau ketika mengadakan kursus pengurusan jenazah khusus untuk ahli ahli dewan pemuda yang dilantik di dalam skuad tersebut.
Pelbagai cara dan teknik diperkenalkan kepada ahli kursus supaya semuanya jelas akan tertib dan cara menguruskan jenazah yang betul tanpa ada kecelaruan.
Adalah diharapkan dengan usaha  mewujudkan skuad ini dapat memberi khidmat sebaiknya kepada masyarakat Tawau khususnya dalam menguruskan jenazah tanpa mempraktikkan amalan amalan salah yang wujud dalam masyarakat kini.
Skuad (A)- sesi pagi : Sdr. Daramansah (Ketua), Ustaz Nazri,Darwisy Dahlan, Rusli Basri, Dr. Umar, Rusli Hasani, Herman, Arifin, Satuwo, Rusliyansyah, Ilham samsu, Suriansyah Idris.
Skuad (B)- sesi petang : Sdr. Jupri (Ketua), Ustaz Nazri, Ust Noryusry, Hardy Hamid, Arifin Hamide.

Sebarang masalah berkaitan pengurusan jenazah, boleh terus berhubung di talian :
1). Ustaz Nazri Mokhtar        (Ketua Pemuda)     : 0198137412
2). Sdr. Daramansah Lamasa (Timb. Ketua)         : 0198732884
3). Sdr Darwisy Dahlan          (Setiausaha)           : 0198611254
4). Sdr. Rusli Hasani            (K. Penerangan)       : 0135497309
5). Sdr. Arizam                    (Kebajikan)              : 0138818348
6). Sdr Rusli                       (Setiausaha Kerja)      : 0145554340

Moga Dewan Pemuda PAS Tawau terus maju lagi kehadapan...

Teruskan Baca “SKUAD PENGURUSAN JENAZAH DEWAN PEMUDA PAS TAWAU.”  »»

Selasa, November 30, 2010

MEMORANDUM DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TAWAU UNTUK TINDAKAN PIHAK YANG BERKENAAN.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau (DPPKT) merasa kesal dengan tindakan salah seorang pelajar berbangsa Cina yang menjawab kertas soalan sejarahnya pada 28 Oct 2010 , dimana pelajar tersebut Menghina Nabi Muhammad SAW sepertimana bukti kukuh yang kami terima dari sumber - sumber yang dipercayai.

Dewan Pemuda PAS Tawau merasa sangat bertanggungjawab ke atas isu ini dengan menghantar beberapa MEMORANDUM BANTAHAN kepada pihak yang bertanggungjawab khususnya Pegawai Agama, Pegawai Pendidikan Daerah, serta pihak-pihak yang prihatin terhadap isu ini agar dapat ditangani dengan segera sebelum isu mencetus kemarahan Umat Islam khususnya. Kami sedar, jawapan yang diberikan oleh pelajar tersebut pasti akan menimbulkan kontroversi kepada umat islam sekiranya pelajar Cina tersebut tidak meminta maaf secara terbuka.

Kami Dewan Pemuda PAS Tawau, Mewakili seluruh UMAT ISLAM SEDUNIA MENUNTUT !! agar pihak tertentu khususnya dari PENDIDIKAN Daerah agar isu ini di ambil perhatian dengan berikut segera :

1) Meminta permohonan maaf secara terbuka kepada ummat Islam yang tergores maruah dan perasaan mereka kerana penghinaan terhadap Nabi Junjungan Besar Muhammad ibn Abdullah (saw).
2) Memberi penjelasan bagaimana ia boleh berlaku
3) Mengambil tindakan yang berkesan agar perkara sebegini tidak akan berlaku pada masa-masa akan datang
4) Memberi kaunseling / penerangan berkenaan Rasulullah SAW agar kekeliruan yang bersarang dalam pemikiran pelajartersebut dapat dijelaskan
5)Mengambil langkah-langkah yang perlu agar Polemik ini tidak berpanjangan.





DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TAWAU

Teruskan Baca “ ”  »»

Jumaat, September 24, 2010

CERAMAH UMUM diadakan kelmarin (Rabu, 22 September 2010) cukup dinanti nantikan oleh seluruh warga Tawau yang dahagakan maklumat dan penjelasan mengenai isu isu hangat semasa yang diputarbelitkan dan dimainkan oleh media yang dikuasai kerajaan UMNO - BARISAN NASIONAL.

Kehadiran Tuan Haji Muhd Sabu ajk PAS PUSAT cukup dinantikan dan terbukti tidak mengecewakan dengan pelbagai maklumat terkini mengenai keadaan senario politik semasa negara kita.

Alhamdulillah, walaupun ianya diadakan pada hari Rabu malam Khamis, ditengah tengah minggu hari bekerja. Kehadiran rakyat amat memberangsangkan.

Isu isu perkauman yang dimainkan media UMNO dan BN , Kes-kes Rasuah, Fitnah terhadap negeri negeri yang diterajui Pakatan Rakyat, Isu Doa Lim Guan Eng ganti Agong, dan pelbagai lagi isu yang dijadikan senjata untuk menyerang pakatan rakyat namun dapat diperjelaskan satu persatu sekaligus memuaskan semua mereka yang hadir.


Kemenangan UMNO-BARISAN NASIONAL pada pilihanraya baru-baru ini bukan bermakna menang selama-lamanya, mungkin rakyat masih ingin melihat perubahan yang perlu dilakukan oleh kerajaan UMNO - BN.

Kami yakin anda bukanlah orang atau rakyat yang mudah dipergunakan oleh UMNO - BN hanya dengan rasuah RM50.00 bila datangnya musim pilihanraya. Tapi sedarlah, anda kini sedang diperbodohkan oleh UMNO-BN.dalam diam banyak hak-hak rakyat dan hasil kekayaan bumi Malaysia telah diambil oleh kroni-kroni UMNO-BN..adakah ini pemimpin yang ada pilih untuk memimpin negara kita?????


Negeri mana yang termiskin di Malaysia???
kami yakin..anda pun tahu bahawa Negeri SABAH adalah negeri yang paling termiskin di Malaysia. Walhal kita pun tahu bahawa SABAH ini kaya dengan hasil-hasil perhutanan dan lain-lain lagi..tapi kenapa ramai lagi rakyat di SABAH yang miskin,?? merempat ditepi jalan?? dan ramai lagi rakyat sabah bermastautin ke semenanjung Malaysia untuk mencari pekerjaan.

kemanakah hasil-hasil kekayaan SABAH???

Justeru itu..Kuasa memilih semua di tangan anda. anda bijak untuk memilih pemimpin yang layak untuk memimpin negara Malaysia. Janganlah hanya kerana RM50.00 rasuah UMNO-BN anda pangkah mereka..

Adakah wajar dengan RM50.00 habis perbelanjaan sehari jika dibandingkan penderitaan,rampasan hak-hak yang sepatutnya anda dapat .??

Berilah peluang kepada PAKATAN RAKYAT untuk memerintah. Anda nilai lah sejauh perubahan dan perbezaan pemerintahan kerajaan PAKATAN berbanding UMNO-BN.

Anda mengubahnya.


Teruskan Baca “ ”  »»

Isnin, September 20, 2010

LAGI KEBAKARAN DI KG TITINGAN ICE BOX, TAWAU.

20/09/2010-Isnin tepat jam 1.28 pagi, kami yang berada di pejabat DPPKT melihat asap tebal yang sedang marak dari arah Kampung Titingan Ice Box dekat sini, terus bergegas ke tempat kejadian kerana ingin mengetahui keadaan sebenar.

Angin yang begitu kuat dan tidak menentu
menyebabkan banyak rumah yang turut dijilat api
.
Ramai penduduk yang tidak puas hati dengan perkhidmatan Pegawai Bomba. Sempat kami dengar perbualan penduduk yang mengatakan "waktu kebakaran di Pasir Putih pun kata xda air..xcukup air..bila kebakaran di sini pun alasan sama tangki xcukup air..."kata sifulan kepada sifulan...Antara dalam rumah yang sempat digambar.


Salam takziah diucapkan buat mangsa kebakaran....Allah tidak akan uji umatnya dengan ujian yang tidak mampu untuk dibebani umatnya sendiri...

Teruskan Baca “LAGI KEBAKARAN DI KG TITINGAN ICE BOX, TAWAU.”  »»

Dewan Pemuda PAS Tawau © DPPKT Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,TB 322, Tingkat 3, Blok 38 Jln. St.Patrick, Kompleks Fajar,PS.62040 91030, Tawau Sabah Tel: 089-760214.

KEMBALI KEATAS