[harga+minyak.jpg]

Rabu, Julai 01, 2009

CALON PAS DI MANEK URAI



MANEK URAI: 27 Jun – PAS meletakkan seorang peniaga berjaya sebagai calon yang akan mempertahankan kemenangan Dun Manek Urai. Fauzi Haji Abdullah, 50 sudah lama menetap di Kuala Krai, iaitu semenjak berhijrah bersama-sama keluarganya semasa masih kecil.

Anak keenam daripada lapan beradik ini telah mendirikan rumah tangga dengan Aminah bt Mahmood dan dikurnia 5 orang anak. Anak sulung beliau kini sedang melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti manakala yang lain-lain masih di bangku sekolah.

Aktif terlibat dengan PAS semenjak masih muda dan kini merupakan Ketua Cawangan PAS di Bandar Kuala Krai. Pengalamannya yang luas di dalam parti menyebabkan beliau turut dilantik sebagai Pengarah MTD Guchil dan pernah menjadi Penyelia Dun Guchil.

Sifatnya yang mesra dan mudah didampingi sangat disenangi oleh masyarakat terutama di Manek Urai. Beliau juga seorang yang wara’ dan tawadu’ serta mudah ditemui di kedai-kedai kopi.

PAS melalui Mursyidul Amnya malam tadi sewaktu mengisytiharkan calon PAS berharap semoga pemilihan Haji Fauzi sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil N.41 ini akan membawa kejayaan kepada PAS dan sekaligus meneruskan agenda wakil rakyat sebelum ini demi kepentingan rakyat di Manek Urai.

Terima kasih telah membaca' sila tinggalkan komen.

Dewan Pemuda PAS Tawau © DPPKT Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,TB 322, Tingkat 3, Blok 38 Jln. St.Patrick, Kompleks Fajar,PS.62040 91030, Tawau Sabah Tel: 089-760214.

KEMBALI KEATAS