Ada yang lebih penting di sebalik inkues dan Suruhanjaya Diraja
Setelah menerima asakan bertubi-tubi daripada pelbagai pihak, akhirnya kabinet 22 Julai lalu akur dengan tuntutan umum agar misted kematian Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock dirungkai seberapa segera.
Perdana Menteri mengumumkan satu inkues atau siasatan awam yang diketuai oleh seorang majistret untuk menentukan punca kematian Teoh dibentuk, manakala satu suruhanjaya diraja dengan bidang kuasa khas untuk menilai kaedah soal siasat yang diguna pakai oleh SPRM ditubuhkan.
Sememangnya kematian mengejut dan penuh tanda tanya Teoh selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna peruntukan Dun Selangor sesuatu yang menggemparkan.
Teoh hanyalah seorang saksi dalam siasatan SPRM itu. Tempoh soal siasatnya yang panjang hinggalah kepada penemuan mayatnya di aras 5, Plaza Masalam yang menempatkan pejabat SPRM beberapa jam kemudian amat meragukan.
Kematian setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Han Yong Hian Wah itu meruntun simpati umum walaupun ada cubaan daripada kelompok desperado politik untuk menjadikannya sebagai isu perkauman.
Mereka mencuba seberapa upaya untuk mengalihkan perhatian umum terhadap isu sebenar dengan menggembar-gemburkan isu picisan seperti mempertikaikan tindakan Men¬teri Besar Perak, Ir Mohammad Nizar lamaluddin memegang lilin dalam satu majlis memperingatiTeoh di Wisma DAP Ipoh.
Malah kelompok yang selama ini tidak langsung mengambil berat soal akidah ummah pun ingin turut serta mempertikaikan tindakan Nizar itu.
Pakatan Rakyat bagaimanapun menyifatkan keputusan menubuhkan suruhanjaya diraja dan inkues bagi menyiasat kematian misteri Teoh Beng Hock sebagai "memperolok-olokkan keadilan, kebenaran dan ketelusan."
Apatah lagi pembentukan inkues itu dianggap tidak mampu menjawab kunci persoalan bagaimana Teoh meninggal dunia kerana ia hanya dikendalikan oleh seorang majistret yang terikat dengan input-input vang diberikan polis dan pegawai penyiasat SPRM.
Pakatan Rakyat mahukan individu yang lebih berkaliber bagi mengetuai satu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasatkan kejadian itu seperti bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Salleh Abas.
Bagi Pakatan Rakyat, punca kematian Teoh tidak boleh diasingkan daripada isu umum tentang bagaimana SPRM mengendalikan siasatan.
Inkues yang pernah dijalankan sebelum ini membuktikan bahawa majistret terikat dengan bukti yang dikemukakan oleh saksi-saksi polis manakala majistret yang bakal mengendalikan inkues turut terikat dengan timbalan pendakwa raya dan (abatan Perkhidinatan Kehakiman dan Perundangan.
Pakatan Rakyat menuntut bidang kuasa suruhanjaya diraja diperluaskan untuk merangkumi kes kematian Teoh. Jika tidak, persoalan terpenting tentang kematiannya tidak akan menawarkan jawapan yang memuaskan orang ramai.
Bagaimanapun satu persoalan penting yang perlu diberikan perhatian oleh Suruhanjaya Diraja yang bakal dibentuk adalah; pihak manakah yang mengarahkan siasatan dibuat terhadap tujuh Adun Pakatan Rakyat Selangor hinggakan kakitangan SPRM begitu terdesak untuk mengumpulkan bukti?
Adakah wujud campur tangan politik dalam misi siasatan itu memandangkan banyak lagi kes-kes dakwaan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan para pemimpin Umno dan BN wujud di Selangor?
Jika misi terdesak SPRM (sehingga membabitkan kematian Teoh) berpunca daripada dakwaan salah guna peruntukan Adun Selangor, mengapakah kes dakwaan salah guna peruntukan membabitkan RM27 juta oleh 54 Adun BN menjelang pilihan raya umum Mac 2008 tidak disiasat?
Adakah tidak mencurigakan bagi SPRM apabila peruntukan RM500,000 Adun BN bagi tujuan "kerja-kerja penyelenggaraan dan projek-projek kecil" sepanjang tahun 2008 tiba-tiba habis dibelanjakan hanya dalam tempoh satu setengah bulan?
Mengapakah isu membekalkan 1500 bendera dengan kos RM2400 Adun Pakatan Rakyat lebih utama berbanding ratusan ribu malahan jutaan ringgit duit rakyat yang diselewengkan pemimpin BN?
Misteri di sebalik misteri ini perlu dirungkai. Jika tidak ia akan menjadi 'jerangkung dalam almari' SPRM. Hanya satu suruhanjaya diraja bebas sahaja dapat menjawab persoalan ini. Jika tidak kematian Teoh hanyalah sia-sia dan menjadi satu lagi babak hitam demokrasi negara.
1 Komen Disini:
Biasa kes mcm nie susah nak siasat. Sebab kejadian dahpun berlaku. Misi siasatan dan pengintipan boleh dibuat semasa kejadian belum berlaku.
Seharusnya khidmat spy amat diperlukan sebelum kejadian.
Jadi semua bukti menjadi lebih kukuh. Lupakanlah apa yang dah terjadi. Hanya memeningkan kepala saja...
Catat Ulasan