PC Fair 2009
Penulis berkesempatan menghadiri PC Fair yang diadakan di Dewan Masyarakat Tawau Sabtu lepas... Alhamdulillah... penulis lihat pengunjung yang datang amat memberangsangkan... nampaknya semua tak ingin terlepas tawaran tawaran hebat yang dijanjikan sepanjang acara ini berlangsung.
"Subhanallah... ramainya umat yangdatang berpusu pusu ke sini... " itu sahaja yang terlintas di fikiran penulis bila lihat lautan manusia yang hadir untuk menyambut seruan jualan jualan murah yang diadakan. Alangkah indah jika umat yang sebegini ramai hadir untuk program program PAS... insyaAllah masyarakat Tawau pasti akan terdidik supaya lebih peka akan keadaan sekeliling... untuk bersatu membangun bersama Islam.
Sepanjang "pc fair" ini berlangsung... banyak tawaran yang ditawarkan di sini... tapi tak semua... masih banyak yang sama dengan harga yang dibeli di kedai biasa... cuma antara yang menarik bila beli apa apa produk ICT di sini ialah hadiah hadiah percuma yang diberikan.
Namun begitu, walaupun banyak faedah yang kita boleh dapat dengan penganjuran acara seperti ini... ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki oleh pihak penganjur... pertama, gadis gadis melayu Islam yang bertindak sebagai jurujual produk sepatutnya biarlah bertutup aurat... kerajaan selalu katakan negara kita negara Islam bukan... jadi takkan tuntutan asas agama seperti ini pun tak boleh diwajibkan?? adakah PIKOM bertindak selaku penganjur adalah sekadar menjemput syarikat syarikat turut serta dan penyediaan tempat sahaja? Penulis rasa, sebagai penganjur PIKOM boleh menetapkan syarat kecil seperti itu.
Kedua, penulis rasa tak salah kalau ada pengumuman atau pemberitahuan kepada pengunjung bila tibanya waktu solat.. jadi sekurang kurangnya ada juga peringatan agar pengunjung tak leka tawar menawar dan membeli produk untuk kepentingan dunia sahaja.
Ketiga, wujudkan satu ruangan khas untuk pengunjung dan penjual bersolat supaya tuntutan agama ini lebih mudah dilakukan dan tidak terabai.
Keempat, sediakan kemudahan tandas yang bersih , sebab apa yang berlaku setiap kali pengunjung hendak masuk ke tapak pameran dan jualan bau tandas yang cukup meloyakan sangat kuat dan terpaksa dilalui oleh semua orang kerana laluan itu dijadikan laluan utama.
Kelima, kebersihan persekitaran dewan sebaiknya perlu diutamakan untuk keselesaan pengunjung.
Akhir sekali, diharap pihak penganjur dapat menaik taraf mutu penganjuran di masa hadapan kerana ianya memang sangat bagus untuk perkembangan minda ICT di kalangan masyarakat di Tawau khususnya namun tak sepatutnya tuntutan tuntutan mudah dalam agama perlu dikorbankan.
Wallahualam.
Terima kasih telah membaca' sila tinggalkan komen.
Catat Ulasan