[harga+minyak.jpg]

Khamis, April 09, 2009

Kemenangan di 2 bukit, isyarat ketuanan BN makin reput

KOTA BHARU, 8 April (Hrkh) - Kejayaan Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil di Perak dan Kedah seakan-akan memberi isyarat jelas ketuanan Umno dan Barisan Nasional yang bertapak sejak merdeka kian reput.


Dan dalam masa yang sama Pakatan Rakyat semakin deras bergerak ke hadapan sebagai persiapan menerajui pentadbiran negara.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kemenangan itu juga membuktikan rakyat termasuk bukan Islam begitu mual dengan tindakan pemimpin Umno dan BN yang sarat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

"Saya begitu kagum melihat masyarakat non muslim khususnya masyarakat India dan Cina yang telah hilang rasa fobia terhadap PAS sehingga mereka memberi undi pada pilihan raya kecil tersebut," katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Pada pilihan raya kecil Bukit Gantang semalam, Dato' Seri Nizar Jamaluddin berjaya melonjat jumlah majoriti sehingga hampir 100 peratus berbanding pada pilihan raya umum lalu.

Begitu juga dengan jumlah majoriti calon Keadilan di Bukit Selambau, S Manikumar meningkat berbanding pilihan raya umum tahun lepas.

Bagaimanapun keputusan pilihan raya kecil di Batang Air sudah dijangka berpihak kepada BN memandangkan kedudukan kawasan itu di pedalaman di mana rakyat sukar mendapat maklumat kedua.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, sebelum ini kerajaan BN sanggup menggunakan apa sahaja termasuk ISA bagi menyekat pihak lawan.

Menurutnya juga biar pun PAS dan Pakatan Rakyat tidak mencanangkan pembangunan dalam kempen, namun rakyat boleh menerima kehadirannya memandangkan mesej keamanan, kesejahteraan dan keadilan yang dibawa.

Beliau juga menyifatkan kemenangan Pakatan Rakyat berjaya memulih semula maruah negara pada pandangan negara luar setelah demokrasi dikengkang hebat kerajaan BN. - mj _

Kredit : Harakah Daily.net

Terima kasih telah membaca' sila tinggalkan komen.

Dewan Pemuda PAS Tawau © DPPKT Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,TB 322, Tingkat 3, Blok 38 Jln. St.Patrick, Kompleks Fajar,PS.62040 91030, Tawau Sabah Tel: 089-760214.

KEMBALI KEATAS