Curi Tulang
Saya tertarik dengan berita ini :
KUALA LUMPUR: Dua doktor di jabatan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) ditangkap 'curi tulang' semalam kerana membaca akhbar dan melakukan kerja peribadi, ketika lebih 20 pesakit menunggu untuk mendapatkan rawatan.
Kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi, ketika pesakit berkenaan yang kebanyakannya mangsa kemalangan dan berada dalam kesakitan, dikejarkan ke unit terbabit tetapi terpaksa menunggu terlalu lama untuk berjumpa doktor.
Berita sepenuhnya klik di sini.
Ini bukan perkara luar biasa untuk kakitangan kerajaan di Malaysia... Saya tak katakan semua pegawai kerajaan begitu tapi umum mengetahui ianya dah menjadi perkara lazim dijabatan jabatan kerajaan tak kira jabatan milik kerajaan persekutuan atau milik kerajaan negeri.
Jikalau dilihat "barisan hadapan" (seperti yang diutarakan di dalam berita tersebut.) kerajaan yang ada di Tawau umpamanya... Mereka sering kelihatan datang lewat menyebabkan pejabat dah dibuka tetapi belum ada pegawai yang berkhidmat di kaunter walupun jam telah menunjukkan pukul 8.45am. Ini belum dikira mereka (pegawai kerajaan) yang keluar minum pagi sekitar pukul 10am tetapi balik ke pejabat sekitar pukul 11.30, dan hanya perlu bertugas 30 minit lagi sebelum rehat makan tengah hari pada pukul 12pm.
Kita terpaksa datang awal dan menunggu berjam-jam sehinggakan kerja yang boleh diselesaikan tak sampai 5 minit boleh mengambil masa 1 hari. Kadang kadang terpaksa mengambil cuti satu hari untuk selesaikan perkara perkara mudah yang mana cuti yang diperuntukan sepatutnya digunakan untuk tujuan kecemasan atau perkara-perkara yang lebih penting.
Takkan nak tunggu mereka yang berstatus menteri (seperti berita tersebut) untuk turun padang menyelia kerja mereka baru nak berubah? Apa guna Ketua jabatan yang ditugas untuk kawal selia kerja "barisan hadapan" ini? Tidakkah ada perasaan tanggungjawab atas amanah yang diberi untuk berkhidmat kepada rakyat.
Fikir-fikirkanlah..
wallahualam.
Terima kasih telah membaca' sila tinggalkan komen.
Catat Ulasan