[harga+minyak.jpg]

Rabu, Mac 25, 2009

Kempen Anti Kutu Sampah - Sekadar lepaskan batuk di tangga???





Pada 1 Januari 2009, Majlis Perbandaran Tawau telah melancarkan Kempen Anti Kutu Sampah dengan mensasarkanBandar Tawau akan menjadi "Bandar Bersih" dalam temph 6 bulan yang akan datang. Dan ianya telah dirasmikan oleh Presiden MPT pada ketika itu Haji Salsidu Haji Ibrahim.



Pemuda Tawau sebagai rakyat tempatan Tawau menyokong 100% usaha ini sebab Islam memang cintakan kebersihan. Namun begitu, selepas hampir 3 bulan dilancarkan, apakah perubahan yang dapat dilihat??? Adakah sekadar pemasangan tong tong sampah gantung sebanyak 83 buah, pemasangan banting, pemasangan papan tanda, pembersihan dan keindahan boleh dijadikan bahan ukuran???!!!

Sepatutnya MPT menitik beratkan aspek Penguatkuasaan Undang-undang(By Law 8(1) 9 (1) Tawau Municipal Council (Anti Litter) By Law ,1984).

Sepanjang pemantauan Pemuda Tawau, sampah sampah sangat mudah kelihatan di mana mana sahaja dan kempen ini umpama sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja tanpa ada penguatkuasa MPT yang benar benar berusaha menguatkuasakan undang undang tersebut.




Sudahkah ada sesiapa yang diambil tindakan undang undang atas kesalahan membuang sampah ini??? Adakah sesiapa mengadu tentang kesalahan yang dibuat oleh orang lain??? semua ini hanya boleh dijawab oleh pihak berkuasa MPT.

Pemuda Tawau juga telah cuba membuat aduan melalui laman web MPT seperti mana disebut dalam poster berkenaan di atas, namun GAGAL sebab tiada langsung pautan (link) atau borang aduan terdapat di dalam laman web tersebut. (setakat 24 Mac 2009, pukul 8pm)

Jadi adakah kempen ini kempen "Gajah Putih"???!!! Berapakah agaknya kos yang telah digunakan untuk kempen ini???

fikir-fikirkanlah.

Sumber Maklumat: Tawau Bloggers , eTawau

Teruskan Baca “Kempen Anti Kutu Sampah - Sekadar lepaskan batuk di tangga???”  »»

Selasa, Mac 24, 2009

Harakah & Suara Keadilan Digantung 3 Bulan!!!

Diambil dari : HarakahDaily.net

KUALA LUMPUR. 24 Mac (Hrkh) - Penggantungan tiga bulan yang dikenakan ke atas Harakah oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) adalah semata-mata tindakan 'desperado' kerajaan Umno/BN.




Demikian tegas Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli kepada Harakahdaily ketika diminta mengulas isu penggantungan akhbar milik PAS itu berkuat-kuasa serta merta.

"Ini satu tindakan terdesak, desperado yang memperlihatkan sekatan ke atas maklumat, menyekat kebebasan suara rakyat yang diterjemahkan melalui akhbar," katanya ketika dihubungi hari ini.

Penggantungan ini katanya memperlihatkan sebenarnya kerajaan Umno/BN tidak mampu untuk menjawab banyak persoalan yang ditimbulkan akhbar ini yang menjadi suara rakyat.

Namun tindakan ini sebenarnya hanya akan membangkitkan kemarahan rakyat yang sudah tidak percaya kepada laporan media arus perdana yang terlalu banyak manipulasi, ujarnya.

Mengulas mengenai syarat akhbar parti seperti Harakah hanya perlu melaporkan berita mengenai perkembangan parti sahaja, beliau menempelak peraturan tersebut.

"Ini satu peraturan yang mundur, terkebelakang dan tidak bertamadun.Mengapa akhbar parti tidak boleh melaporkan perihal politik?," soalnya.

Dr Hatta tidak menolak kemungkinan penggantungan ini sebenarnya adalah usaha menutup sebaran maklumat lebih-lebih lagi dalam negara menghadapi krisis kepimpinan yang dahsyat.

Selain itu katanya usaha ini adalah untuk menutup ruang kempen bagi tiga pilihan raya kecil (PRK), Parlimen Bukit Gantang; Dun Bukit Selambau dan Batang Ai yang akan berlangsung 7 April ini.

Beliau seterusnya melahirkan rasa kecewa dengan sikap KDN ini yang sekaligus menutup ruang demokrasi di negara ini.

KDN semalam menggantung permit akhbar berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.



Tindakan mengejut ini menghalang keberkesanan kempen kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak antara 29 Mac hingga 7 April ini.

Surat KDN kepada kedua-dua organisasi itu dikirim melalui faksimili selang beberapa minit menjelang jam 5.00 petang semalam.

Surat penggantungan Harakah ditujukan kepada Setiausaha Agung PAS Datuk Kamaruddin Jaffar, manakala surat untuk Suara Keadilan dialamatkan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Difahamkan kandungan kedua-dua surat tersebut hampir sama.

"Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta," surat KDN itu dipetik.

Bagaimanapun surat yang dikeluarkan oleh setiausaha Bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut.

KDN merampas kedua-dua akhbar tersebut di seluruh negara sewaktu memuncak krisis politik di Perak pertengahan bulan lepas.

Tindakan terhadap Suara Keadilan bermula sejak pilihanraya kecil Kuala Terengganu, pertengahan Januari lalu.

Sejak Harakah dibenarkan beroperasi pada 1987, inilah kali pertama akhbar itu dikenakan tindakan penggantungan oleh KDN.

Selepas pilihanraya umum Mac tahun lepas, kementerian itu mengizinkan PAS menerbitkan kembali akhbar itu sebanyak dua kali seminggu selepas dilarang sejak 2000./wann _

Teruskan Baca “Harakah & Suara Keadilan Digantung 3 Bulan!!!”  »»

Jumaat, Mac 20, 2009

Dialog Dalaman Bersama Ustaz Abdullah Husin

Alhamdulillah... Kelmarin, PAS Kawasan Tawau sempat membuat satu program ringkas yakni "Dialog Dalaman" bersama Ketua Dewan Ulama PAS Johor (Ustaz Abdullah Husin) yang kebetulan berada di Tawau.

Walaupun program serba ringkas dirancang pada saat saat akhir, alhamdulillah segalanya berjalan lancar dengan kehadiran yang amat memberangsangkan.

Di sini disertakan sedutan Video program berkenaan.



Video yang lengkap akan diupload sekiranya ada permintaan. Harap Maklum.




Teruskan Baca “Dialog Dalaman Bersama Ustaz Abdullah Husin”  »»

Khamis, Mac 19, 2009

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, Selamat Datang Ke Dunia Blogger






MB Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz khabarnya akan memiliki blog sendiri. Syabas Tuan Guru. Trend sekarang ramai ahli politik sudah mula menggunakan blog dan antara yang terkenal ialah chedet oleh Tun Mahathir, Tengku Razaleigh, Datuk Husama Musa, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan ramai lagi yang tidak dapat disebutkan di sini.

Kita tak boleh hanya mengharapkan media perdana saja untuk mendapatkan maklumat kerana ruang lingkup nampak terlalu berpihak dan nampak terlalu "membodek" isinya. Pernah saya rasa mahu "termuntah" apa bila menonton siaran berita yang memang terang-terang "membodek" yang amat sangat.

Harap Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dapat menyampaikan pandangannya berhubung dengan isu-isu semasa. Pasti ramai yang ingin mengikutinya.

Blog beliau akan dilancarkan serentak dengan pelancaran WiFi Aptus Net yang dikendalikan oleh syarikat Aptus Net Comunity. Aptus Net Comunity merupakan sebuah anak syarikat Infra Quest milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK)

Credit to No To BN

Teruskan Baca “Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, Selamat Datang Ke Dunia Blogger”  »»

Ahad, Mac 08, 2009

Pakatan Rakyat Bersatu Membela Nasib Rakyat Di Tawau

Semalam , satu sejarah telah tercipta apabila ketiga-tiga parti komponen dalam Pakatan Rakyat telah bersama sama berkumpul di rumah kediaman YB Jimmy dari DAP untuk sama sama memperingati di samping meraikan kemenangan Adun DAP (YB Jimmy Wong) di Dewan Undangan Negeri Sri Tanjung yang telah genap setahun.



Ketiga tiga pemimpin dari PAS,DAP dan PKR kawasan Tawau berucap pada majlis ini. Antara isi utama yang disentuh oleh ketiga tiga pemimpin yang berucap adalah keharusan ketiga tiga parti itu bersatu dan berusaha bersama sama memperjuangkan nasib rakyat dan menyedarkan rakyat akan ketidakadilan dan kezaliman yang dilakukan oleh pemimpin pemimpin dari Barisan Nasional sepanjang memerintah negeri Sabah amnya dan Tawau khususnya.



PAS kawasan Tawau diwakili oleh Ketua Pemuda PAS Kawasan Tawau iaitu Saudara Muhammad Nasir Ahmad Ali memperjelaskan kepada semua yang hadir mengenai pendirian PAS dalam memperjuangkan nasib rakyat tanpa mengira kaum,bangsa dan perbezaan agama akan sentiasa bersikap adil tak kira pada manusia hatta binatang dan tumbuhan sekalipun.



Lihat Video Ucapan dari Ketua Pemuda PAS Kawasan Tawau. (Akan diupload kemudian)


Majlis diakhiri dengan pemotongan kek oleh ketiga tiga pemimpin Pakatan Rakyat di Tawau melambangan kebersamaan dalam perjuangan membela nasib rakyat Tawau.






Teruskan Baca “Pakatan Rakyat Bersatu Membela Nasib Rakyat Di Tawau”  »»

Dewan Pemuda PAS Tawau © DPPKT Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,TB 322, Tingkat 3, Blok 38 Jln. St.Patrick, Kompleks Fajar,PS.62040 91030, Tawau Sabah Tel: 089-760214.

KEMBALI KEATAS