[harga+minyak.jpg]

Isnin, Ogos 17, 2009

PAS TAWAU Menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran

Sabtu lepas (15hb Ogos 2009), PAS kawasan Tawau telah turun padang ke Kg Vietnam, Tanjung Batu Laut Tawau untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa mangsa kebakaran di sana.



Kebakaran ini memusnahkan lebih daripada 20 buah rumah yang menyebabkan 25 keluarga tinggal sehelai sepinggang.



Antara pemimpin PAS yang hadir untuk memberikan bantuan adalah Naib Presiden PAS, YB Datuk Salahuddin Ayub, Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Tuan Haji Muhammad Abdullah.




Ianya dimulakan dengan lawatan ke tapak bencana sambil mendengar rintihan dan keluh kesah penduduk yang ditimpa musibah kemudian sedikit ucapan dari Naib Presiden PAS Pusat YB Salahuddin Ayub.



Bantuan yang dihulurkan berupa bekalan makanan dan wang yang insyaAllah akan sedikit sebanyak membantu meringankan beban yang ditanggung mangsa kebakaran ini.





Rakyat tempatan juga tidak lupa untuk bergambar sebagai tanda kenangan dan terima kasih kepada PAS Kawasan Tawau.



Ini merupakan satu lagi usaha dari PAS kawasan Tawau yang begitu perihatin terhadap rakyat di Tawau khususnya supaya insyaAllah membuka hati dan mata penduduk setempat terhadap perjuangan Islam yang sebenar.

Teruskan Baca “PAS TAWAU Menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran”  »»

Rabu, Ogos 12, 2009

Kebakaran di Kg Vietnam Tawau

Dewan Pemuda PAS Tawau megucapkan sekalung Takziah buat keluarga keluarga mangsa kebakaran di Kg Vietnam Tawau. Semoga sabar atas musibah yang melanda.









Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: (Innalillahi wa inna ilahirajiun) "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya. – al-Baqarah (2) : 157




Teruskan Baca “Kebakaran di Kg Vietnam Tawau”  »»

Sabtu, Ogos 08, 2009

Program Bersama Tuan Guru

Alhamdulillah,terima kasih kami ucapkan pada Yang Berhormat Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang,Presiden Parti Islam Semalaysia(PAS) kerana kesudian beliau mengunjungi kami di Tawau bersama-sama dengan rombongan pada 2 hingga 4 Ogos baru-baru ini.

02 OGOS 2009 ( KETIBAAN )-10.05am

kelihatan barisan Pimpinan PAS Kawasan Tawau sedang menanti ketibaan Tuan Guru Presiden



Sempat bergambar dengan Tuan Guru setibanya di Lapangan Terbang Tawau


02 OGOS 2009(MAJLIS KERAIAN)- 11am

Sahabat dari Kinabatangan yang diketuai oleh ust Zaidi turut hadir walaupun terpaksa meredah ratusan kilometer untuk sampai ke Tawau





02 OGOS 2009 (SOLAT ZOHOR DI MASJID BANDAR)-12.30pm

cg Kadar mempengerusikan majlis tazkirah selepas solat zohor


YB Dato Seri Tuan Guru sempat menyampaikan tazkirah pada para jemaah

antara jemaah yang hadir mendengar tazkirah

Jemaah tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Tuan Guru Presiden



02 OGOS 2009 (MAJLIS DIALOG) 4pm-6pm

petugas melakukan persiapan untuk sesi dialog




Ratusan yang hadir pada majlis dialog sehingga ada yang terpaksa berdiri



sesi bergambar bersama Tuan Guru


pegawai dari cawangan Khas(SB) tersipu-sipu malu bila gambarnya dirakam



02 OGOS 2009( MAJLIS MAKAN MALAM ) 8pm

Tuan Guru dan rombongan diraikan di rumah Tuan YDP Tawau


HARI KE-2


Pada hari yang ke-2,kami bersama rombongan Tuan Guru bertolak ke Semporna tepat jam 2.30pm, di sana sudah menunggu program-program yang telah diaturkan oleh cg Bob dan teman-teman.

03-04 OGOS 2009( PROGRAM JOM MEMANCING ) 5.30opm-10.00am

Inilah kapal yang kami gunakan untuk memancing kapal 'KURNIA 4' milik penduduk tempatan Semporna

Sempat bergambar sebelum memulakan aksi




Tok Guru dan YDP PAS Tawau antara yang paling awal melontar mata kail ke laut

Tuan YDP PAS Kawasan Tawau,Johan Kategori Ikan Paling Besar dan Berat

Cikgu Wahidir dari Tawau Johan Kategori Pemancing yang paling awal mendapat Ikan
Pak Yazid dari Sandakan Johan kategori pemancing paling banyak mendapat ikan


03 OGOS 2009(CERAMAH UMUM,SEMPORNA) 8pm-10.30pm


Tuan Guru Presiden disambut oleh orang ramai setibanya di tapak ceramah

Pengerusi Jemputan memulakan bicara di hadapan ratusan penduduk tempatan yang hadir

Ust Nik Zawawi,Ketua penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Penceramah pertama pada malam itu

Orang ramai terpegun dengan hujah-hujah yang disampaikan oleh Tuan Guru yang begitu mantap dan berkesan

Sesungguhnya 3 hari bersama Tok Guru adalah pengalaman yang sukar dilupakan.Terima kasih pada sahabat-sahabat yang telah bertungkus lumus mengerah tenaga demi memastikan program berjalan seperti yang dirancang. Ampun maaf sekiranya terdapat sebarang tingkah laku atau kekasaran bahasa yang dilontarkan sepanjang kita bersama dalam program ini.Ketahuilah semua itu berlaku kerana kita semua mahu memastikan keselamatan para tetamu dan kelancaran program menjadi tumpuan yang paling utama.

Pada teman-teman yang tidak berkesempatan untuk bersama dengan Tuan Guru Presiden pada kali ini,artikel ini aku tujukan khas untuk kalian semua,semoga kalian juga turut merasa apa yang kami rasa,semoga kita bertemu lagi dilain masa,InsyaAllah..

Sumber : Mat Bulan

Teruskan Baca “Program Bersama Tuan Guru”  »»

Khamis, Julai 30, 2009

Ada yang lebih penting di sebalik inkues dan Suruhanjaya Diraja

Setelah menerima asakan bertubi-tubi daripada pelbagai pihak, akhirnya kabinet 22 Julai lalu akur dengan tuntutan umum agar misted kematian Setiausaha Politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock dirungkai seberapa segera.



Perdana Menteri mengumumkan satu inkues atau siasatan awam yang diketuai oleh seorang majistret untuk menentukan punca kematian Teoh dibentuk, manakala satu suruhanjaya diraja dengan bidang kuasa khas untuk menilai kaedah soal siasat yang diguna pakai oleh SPRM ditubuhkan.

Sememangnya kematian mengejut dan penuh tanda tanya Teoh selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna peruntukan Dun Selangor sesuatu yang menggemparkan.



Teoh hanyalah seorang saksi dalam siasatan SPRM itu. Tempoh soal siasatnya yang panjang hinggalah kepada penemuan mayatnya di aras 5, Plaza Masalam yang menempatkan pejabat SPRM beberapa jam kemudian amat meragukan.

Kematian setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Han Yong Hian Wah itu meruntun simpati umum walaupun ada cubaan daripada kelompok desperado politik untuk menjadikannya sebagai isu perkauman.

Mereka mencuba seberapa upaya untuk mengalihkan perhatian umum terhadap isu sebenar dengan menggembar-gemburkan isu picisan seperti mempertikaikan tindakan Men¬teri Besar Perak, Ir Mohammad Nizar lamaluddin memegang lilin dalam satu majlis memperingatiTeoh di Wisma DAP Ipoh.



Malah kelompok yang selama ini tidak langsung mengambil berat soal akidah ummah pun ingin turut serta mempertikaikan tindakan Nizar itu.

Pakatan Rakyat bagaimanapun menyifatkan keputusan menubuhkan suruhanjaya diraja dan inkues bagi menyiasat kematian misteri Teoh Beng Hock sebagai "memperolok-olokkan keadilan, kebenaran dan ketelusan."

Apatah lagi pembentukan inkues itu dianggap tidak mampu menjawab kunci persoalan bagaimana Teoh meninggal dunia kerana ia hanya dikendalikan oleh seorang majistret yang terikat dengan input-input vang diberikan polis dan pegawai penyiasat SPRM.

Pakatan Rakyat mahukan individu yang lebih berkaliber bagi mengetuai satu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasatkan kejadian itu seperti bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Salleh Abas.

Bagi Pakatan Rakyat, punca kematian Teoh tidak boleh diasingkan daripada isu umum tentang bagaimana SPRM mengendalikan siasatan.



Inkues yang pernah dijalankan sebelum ini membuktikan bahawa majistret terikat dengan bukti yang dikemukakan oleh saksi-saksi polis manakala majistret yang bakal mengendalikan inkues turut terikat dengan timbalan pendakwa raya dan (abatan Perkhidinatan Kehakiman dan Perundangan.

Pakatan Rakyat menuntut bidang kuasa suruhanjaya diraja diperluaskan untuk merangkumi kes kematian Teoh. Jika tidak, persoalan terpenting tentang kematiannya tidak akan menawarkan jawapan yang memuaskan orang ramai.



Bagaimanapun satu persoalan penting yang perlu diberikan perhatian oleh Suruhanjaya Diraja yang bakal dibentuk adalah; pihak manakah yang mengarahkan siasatan dibuat terhadap tujuh Adun Pakatan Rakyat Selangor hinggakan kakitangan SPRM begitu terdesak untuk mengumpulkan bukti?

Adakah wujud campur tangan politik dalam misi siasatan itu memandangkan banyak lagi kes-kes dakwaan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan para pemimpin Umno dan BN wujud di Selangor?

Jika misi terdesak SPRM (sehingga membabitkan kematian Teoh) berpunca daripada dakwaan salah guna peruntukan Adun Selangor, mengapakah kes dakwaan salah guna peruntukan membabitkan RM27 juta oleh 54 Adun BN menjelang pilihan raya umum Mac 2008 tidak disiasat?

Adakah tidak mencurigakan bagi SPRM apabila peruntukan RM500,000 Adun BN bagi tujuan "kerja-kerja penyelenggaraan dan projek-projek kecil" sepanjang tahun 2008 tiba-tiba habis dibelanjakan hanya dalam tempoh satu setengah bulan?

Mengapakah isu membekalkan 1500 bendera dengan kos RM2400 Adun Pakatan Rakyat lebih utama berbanding ratusan ribu malahan jutaan ringgit duit rakyat yang diselewengkan pemimpin BN?

Misteri di sebalik misteri ini perlu dirungkai. Jika tidak ia akan menjadi 'jerangkung dalam almari' SPRM. Hanya satu suruhanjaya diraja bebas sahaja dapat menjawab persoalan ini. Jika tidak kematian Teoh hanyalah sia-sia dan menjadi satu lagi babak hitam demokrasi negara.

Teruskan Baca “Ada yang lebih penting di sebalik inkues dan Suruhanjaya Diraja”  »»

Ahad, Julai 26, 2009

Ceramah Umum 25 Julai 2009

Alhamdulillah.. segalanya berjalan lancar. Penerangan yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Saudara Hu Pang Chau dan Yang Berhormat DR Ustaz Mujahid Yusof Rawa sangat jelas dan ini menguatkan semangat seluruh pejuang PAS Tawau dan memberi kefahaman yang jelas supaya menyokong PAS.





Terima kasih kepada mereka yang dapat hadir, insyaAllah berjumpa lagi di program akan datang. Kepada sesiapa yang tak dapat hadir, di sini disertakan Video ceramah yang disampaikan pada malam tersebut. Lihatlah dan hayati bersama.






Sudah tiada sebab mengapa kaum cina tidak boleh menyokong PAS.




Ceramah oleh YB Dr Ustaz Mujahid Yusof Rawa


















Teruskan Baca “Ceramah Umum 25 Julai 2009”  »»

Dewan Pemuda PAS Tawau © DPPKT Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,TB 322, Tingkat 3, Blok 38 Jln. St.Patrick, Kompleks Fajar,PS.62040 91030, Tawau Sabah Tel: 089-760214.

KEMBALI KEATAS