Penerangan ISA & Serah Sumbangan kepada Keluarga Mangsa ISA.
AHAD / 11-12-2011 : Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau dan PAS Kalabakan serta kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa ISA.
Majlis dihadiri lebih kurang 70 orang termasuklah keluarga daripada mangsa-mangsa ISA daripada Tawau.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Pemuda PAS Kalabakan Sdr. Usman Madeaming, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah. dan seterusnya mendengar ucapan daripada Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Sdr Lahirul Latigu.
Sdr Lahirul Latigu dalam ucapannya menegaskan pendirian PAS negeri Sabah akan membantu sedaya upaya kepada keluarga mangsa-mangsa ISA. Beliau juga menegaskan bahawa prinsip pendirian PAS Negeri Sabah akan berjuang dalam menegakkan keadilan sepertimana dalam manifesto Pakatan Rakyat bahawa akan memansuhkan Akta ISA.