[harga+minyak.jpg]

Ahad, Disember 11, 2011

Penerangan ISA & Serah Sumbangan kepada Keluarga Mangsa ISA.

AHAD / 11-12-2011 : Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau dan PAS Kalabakan serta kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa ISA. 
Majlis dihadiri lebih kurang 70 orang termasuklah keluarga daripada mangsa-mangsa ISA daripada Tawau.


Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Pemuda PAS Kalabakan Sdr. Usman Madeaming, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah. dan seterusnya mendengar ucapan daripada Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Sdr Lahirul Latigu.

Sdr Lahirul Latigu dalam ucapannya menegaskan pendirian PAS negeri Sabah akan membantu  sedaya upaya kepada keluarga mangsa-mangsa ISA. Beliau juga menegaskan bahawa prinsip pendirian PAS Negeri Sabah akan berjuang dalam menegakkan keadilan sepertimana dalam manifesto Pakatan Rakyat bahawa akan memansuhkan Akta ISA. 

Ucapan Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah (Lahirul Latigu)

Petikan Akhbar Utusan Muka 15 Pada Tarikh 24 November 2011
 
 Menyampaikan sumbangan kepada keluarga Mangsa Tahanan ISA

Bergambar Bersama Keluarga Tahanan ISA
 
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah kerjasama dengan Gabungan Gerakan Mansuhkan ISA komited untuk membantu keluarga mangsa tahanan ISA serta mendesak kepada pihak berkenaan untuk membebaskan tahanan syarat.


1 Komen Disini:

pudin6843 berkata...

salam rakan PAS Tawau, asas perjuangan PAS pada masa kini adalah yang terbaik...GMI merupakan senjata politik yang jelas digunakan untuk kebaikan UMNO/BN...PAS juga perlu menyelami kes berkaitan penyenaraian FELDA ke Bursa Malaysia...saya sudi membantu...wsalam

Dewan Pemuda PAS Tawau © DPPKT Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,TB 322, Tingkat 3, Blok 38 Jln. St.Patrick, Kompleks Fajar,PS.62040 91030, Tawau Sabah Tel: 089-760214.

KEMBALI KEATAS