[harga+minyak.jpg]

Ahad, Mei 24, 2009

Kebakaran di Batu 2 Setengah Tawau

Kelmarin warga Tawau dikejutkan dengan kebakaran yang berlaku di Batu 2 Setengah yang melibatkan sebuah blok bangunan 3 tingkat SMK Tawau 2 dan 9 buah rumah dan sebuah rumah kongsi mengakibatkan 50 keluarga tinggal sehelai sepinggang, mereka kini ditempatkan di Surau berdekatan.


Sumber : Tawau Bloggers

Namun apa yang ingin penulis sampaikan adalah ketidakwajaran yang berlaku di tempat kejadian, 7 buah kenderaan bomba tiba di tempat kejadian tetapi hanya 1 sahaja yang membawa bekalan air. Dan bomba bertungkus lumus mengawal kebakaran bangunan sekolah menengah tersebut manakala rumah penduduk kampung seolah olah tidak dipedulikan.


Sumber : Daily Express

Ini sangatlah tidak wajar, ya memang air dikawasan tersebut bertekanan rendah. Bukankah semua orang sudah maklum akan situasi ini, jadi kenapa hanya 1 buah kenderaan bomba yang membawa bekalan air? Apa guna 6 buah kenderaan lain tiba jikalau tidak mempunyai air untuk memadamkan api? Bukankah air menjadi aset penting untuk memadamkan api.

Rata rata penduduk yang berada di situ tidak puas hati dengan tindakan bomba. Rumah penduduk kampung seolah olah tidak berharga, ya memang tidak dinafikan punca kebakaran bermula dari salah sebuah rumah penduduk tapi adakah itu menjadi alasan utama mengapa rumah penduduk kampung patut tidak diperdulikan? Penulis sempat menemuramah salah seorang penduduk kampung yang berang akan kejadian ini, malah beliau sempat menegur seorang warga RTM yang merakam video di tempat kejadian untuk merakam dirinya memceritakan apa yang berlaku dalam keadaan marah. Beliau malah sempat mengkritik PM Malaysia dengan berkata : "Aku mau bagitau sama Najib, beginikah caranya konon nak mendahulukan rakyat sedangkan di depan mataku sendiri sekolah lebih dipentingkan walhal kerajaan bila bila pun boleh bagi duit untuk baiki sekolah tu tapi kami ni orang yang susah tiada duit mau baiki rumah kami?!" (Penulis tak sempat rakam video ini sebab ketika itu penulis tidak mempunyai "videocam" atau "Handphone" yang boleh merakam).

Salah satu insiden yang telah berlaku apabila ada penduduk kampung yang tidak dapat menahan api kemarahannya bertindak bergaduh sehingga bertumbuk dengan ahli bomba kerana rumahnya tidak dipedulikan sehingga musnah dijilat api.

Mana mana berita yang dapat kita baca mengenai kejadian ini tak kira di akhbar tempatan atau nasional pasti ada menyebut jikalau air tidak menjadi masalah pasti lebih banyak rumah penduduk yang dapat diselamatkan, tapi pada pandangan saya pihak bomba juga silap kerana tidak membawa kelengkapan yang cukup (yakni air) sebelum ke kawasan tersebut.

Walaupun penulis yakin, video tersebut tidak akan muncul di mana mana siaran berita TV yang berat sebelah kepada kerajaan tapi cukup dengan catatan dalam ruangan ini untuk mengingatkan kita apa yang benar benar telah berlaku sepanjang keberadaan penulis di tempat kejadian. Rakyat pasti akan menolak kerajaan zalim, kerajaan toghut bila mereka sedar akan kepincangan, ketidakadilan yang berlaku di bawah kerajaan Barisan Nasional.









Terima kasih telah membaca' sila tinggalkan komen.

Dewan Pemuda PAS Tawau © DPPKT Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,TB 322, Tingkat 3, Blok 38 Jln. St.Patrick, Kompleks Fajar,PS.62040 91030, Tawau Sabah Tel: 089-760214.

KEMBALI KEATAS