Ahad, Februari 08, 2009

Simbolik angka 10 sebalik krisis politik Perak

 
KERETA rasmi digunakan oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebelum ini.

Dipetik dari Mstar

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak kawasan Bota, Datuk Nasaruddin Hashim kembali semula ke pangkuan Umno semalam setelah 10 hari menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam tempoh 10 hari berkenaan senario politik di Perak berubah dengan Barisan Nasional (BN) kini mempunyai peluang untuk membentuk kerajaan negeri yang baru.

Angka 10 itu cuma sebahagian daripada beberapa detik yang dikaitkan dengan perkembangan senario di Perak pada hari ini.

Kereta rasmi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin juga membawa plat pendaftaran AGS 10, yang digunakan sekarang termasuk ketika pergi ke Istana Kinta untuk mengadap Sultan Perak semalam.



Mohamad Nizar merupakan Menteri Besar yang ke-10 bagi Perak.

Beliau menjadi pemimpin kerajaan negeri menggantikan Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali selepas Pakatan Rakyat memperoleh 31 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

Pilihan raya umum Mac lalu merupakan pilihan raya umum ke-10 selepas terbentuknya Barisan Nasional (BN) dan berubahnya senario politik negara ekoran peristiwa 13 Mei.

BN dibentuk bagi menggantikan Perikatan dengan lebih banyak komponen termasuk Parti Progresif Penduduk (PPP) yang merupakan antara parti terkuat di Perak ketika itu.

Umumnya, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat kini hanya berusia 10 bulan dan 27 hari.




Terima kasih telah membaca' sila tinggalkan komen.

Dewan Pemuda PAS Tawau © DPPKT Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,TB 322, Tingkat 3, Blok 38 Jln. St.Patrick, Kompleks Fajar,PS.62040 91030, Tawau Sabah Tel: 089-760214.

KEMBALI KEATAS