[harga+minyak.jpg]

Selasa, Julai 13, 2010

UST NAHAR : PEMERGIANNYA, SATU KEHILANGAN BESAR

Oleh: AZIM FITRI

BEKAS Imam Besar Masjid Negeri Sabah, Ustaz Nahar Matamin telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 10 pagi kelmarin di Hospital Queen Elizabeth 2 (atau lebih dkenali sebagai SMC).Allahyarham yang baru pulang dari kursus kejurulatihan pilihanraya Pas di Kundasang mengadu sakit gastrik dan telah ditahan di Hospital Likas. Beliau keluar Hospital pagi ini kira-kira jam 9 pagi dan sempat berbual dan makan bersama ahli keluarga termasuklah ibunya. Namun kira-kira jam 9.45 pagi, beliau rebah dan tidak sedarkan diri dan terus dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 2 dan kemudian disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung.

Pemergian Allahyarham amat terasa sekali kerana ketokohan dan keilmuan beliau di samping sangat dihormati oleh umat Islam di negeri ini. Semasa beliau menjadi Imam Masjid Negeri, beliau telah melakukan beberapa perubahan untuk menghidupkan lagi masjid negeri sebagai pusat kecemerlangan ummah.Semasa hayatnya, Ustaz Nahar sering diundang oleh Radio TV Malaysia (RTM) bagi mengisi slot agama.

Allahyarham yang mempunyai seorang isteri dan 3 orang anak pernah memikul amanah sebagai Pengerusi Gabungan Pelajar Islam Sabah (GAPIS); Penasihat Persatuan Anak Sabah Jordan; Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Sabah; Naib Pengerusi Yayasan Amal Cawangan Negeri Sabah; AJK Persatuan Ulama Urusetia Sabah dan yang terakhir sebagai Yang Di Pertua Penaja PAS Kawasan Sepanggar.

Jawatan terakhir beliau ialah Penolong Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Unit Pengurusan Masjid.Di antara tokoh yang hadir di kediaman beliau ialah Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah Datuk Ismail Awang Besar; bekas Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah Datuk Matusin Awang Damit; bekas Imam Besar Masjid Negeri Datuk Mokhtar Rapok; ADUN Pantai Manis Datuk Abdul Rahim Ismail; Pengerusi Persatuan Ulamak Uruseria Sabah Ustaz Muchklis Ali Kassim dan ratusan sahabat handai dan rakan taulan.

Jenazah Allahyarham Nahar akan disembahyangkan pada pagi ini di Masjid Kampong Likas dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampong Likas.

Al-Fatihah!

Teruskan Baca “UST NAHAR : PEMERGIANNYA, SATU KEHILANGAN BESAR”  »»

Isnin, Julai 12, 2010

LAWATAN KETUA PENERANGAN DEWAN ULAMAK PAS NEGERI KEDAH,UST FAUZI HUSSIN KE TAWAU

Alhamdulillah program yang telah diaturkan sekian lama sempena lawatan Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS negeri Kedah.al-Fadhil ust Mohammad Fauzi Hussin ke Tawau telah berjalan dengan lancar.Antara program yang dilaksanakan ialah kuliah maghrib,program motivasi bersama pelajar,ceramah Israk Mikraj dan juga Majlis Taffaquh fiddin di Madrasah Darul Hidayah.






Bagi pihak Dewan Pemuda PAS kawasan Tawau kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan program ini samada secara langsung ataupun tidak,sekian.

Teruskan Baca “LAWATAN KETUA PENERANGAN DEWAN ULAMAK PAS NEGERI KEDAH,UST FAUZI HUSSIN KE TAWAU”  »»

Khamis, Jun 24, 2010

MENGAPA KERAJAAN BN BERBOHONG?

(Kenyataan Bersama Sahibus Samahah Dr Juanda Jaya dan Dr Mohd Asri Zainul Abidin)


1. Apa yang didakwa oleh banyak pihak, terutama parti pembangkang bahawa isu keselamatan negara yang membabit ancaman pengganas yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan adalah permainan politik, nampaknya mempunyai asas yang kukuh. Kerajaan Pusat kelihatan memperjudikan isu keselamatan negara yang diada-adakan untuk kepentingan tertentu.



2. Buktinya, laporan Malaysiakini pada 22hb Jun 2010, yang menyatakan bahawa dalam satu taklimat keselamatan negara berhubung JI (Jamaah Islamiah) di Bukit Aman pada 21 Jun, yang dihadiri oleh Menteri, Timbalan Menteri dan TNC-TNC seluruh negara, penceramah yang diundang oleh pihak polis Zamihan Mat Zain dari ILIM telah mendakwa dengan satu dakwaan yang sangat jahat iaitu YB Presidan PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, YB Dato Seri Shahidan Kassim, kami berdua dan ramai lagi tokoh masyarakat dikaitkan dengan wahabi dan pengganas JI. Demikian dikaitkan pertubuhan JIM dengan rangkaian pemikiran radikal di Timur Tengah.



3. Dakwaan ini sangat jahat. Jelas sengaja diada-adakan. Rakyat Malaysia mengenali pemikiran kami yang sentiasa menyeru kepada Islam yang progresif, keharmonian kaum dan agama, menentang sikap fanatik dan apa sahaja bentuk kekerasan pandangan. Isu-isu kami bawa selama ini sentiasa mendapat perhatian semua agama dan kaum kerana mempamerkan Islam yang “tolerance” dan berpaksikan kesesuaian hidup masyarakat yang serba rencam. Hal ini boleh dirujuk dalam berbagai tulisan dan kenyataan kami. Justeru, Zamihan dan polis wajib bertanggungjawab atas fitnah ini.



4. Bagi kami YB Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sama sekali tidak wajar dikaitkan dengan keganasan. Beliau ialah bekas MB Terengganu. Mengetuai sebuah parti politik tanahair sejak sekian lama. Ini melambangkan penghormatan beliau dan partinya terhadap amalan demokrasi dan hak kebebasan rakyat. Tuduhan terhadap beliau telah menghina sebuah parti politik yang selama ini melalui lunas-lunas sistem demokrasi negara ini. Sekali lagi, Zamihan dan polis perlu bertanggungjawab terhadap fitnah ini.



5. Demikian Dato Seri Shahidan Kassim. Bekas MB Perlis dan kini Ahli Majlis Tertinggi UMNO. Naib Presiden PERKIM, Malaysia dan akvitis berbagai kebajikan rakyat. Layakkah orang seperti ini dituduh mempunyai kaitan dengan pengganas. Nampaknya UMNO dan BN sanggup membunuh rakan sendiri dalam memperjudikan kepentingan politik tertentu.



6. Adapun JIM kami tidak mempunyai maklumat yang banyak mengenai mereka. Namun, kami percaya mereka bukan pengganas dan tidak layak dikaitkan dengan tuduhan jijik itu. Sebagai NGO, mereka mempunyai sumbangan kepada negara yang patut dihargai.



7. Pihak polis perlu memberikan penjelasan kepada rakyat terhadap fitnah rambang ini. Siapakah Zamihan sehingga dia digunakan oleh pihak polis untuk membuat agenda jahat ini? Polis sepatutnya menyiasat beliau ini dan hubungannya dengan mentor yang selalu dirujuk kepadanya iaitu Hasan al-Saqqaf. Hasan al-Saqqaf yang terkenal suka menyesat dan mengkafirkan sesiapa yang berbeza pandangan dengannya itu, kini terbabit dengan isu keselamatan negara Jordan.



8. Jika pihak polis tidak menafikan dakwaan Zamihan ini, bererti pihak polis yang dikuasai oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri seakan sengaja menabur fitnah yang tidak berasas.



9. Dengan ini, apa yang disebut oleh beberapa tokoh masyarakat seperti SM Idris dan pihak Pakatan Rakyat bahawa isu ini tiada asasnya kelihatan benar. Bahkan ia berkemungkinan besar mainan politik kotor kerajaan yang memerintah untuk mengalihkan isu-isu tertentu.



10. Dengan ini, kami menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan mengingatkan rakyat bahawa mana-mana pemerintahan atau parti politik yang sanggup memperjudikan isu keselamatan negara untuk kepentingan tertentu adalah sebuah pemerintahan yang tidak bertanggungjawab. Pemerintahan yang menggunapakai kaedah tipu muslihat, berbohong, menggadaikan maruah orang lain untuk kepentingan sempit, mencemarkan hak rakyat dan memanipulasikan isu keselamatan negara adalah amat merbahaya bagi sesebuah negara yang harmoni.



11. Di samping itu, kami menyeru setiap lapisan rakyat agar menolak segala bentuk keganasan sama ada berupa tindakan ataupun pemikiran. Dan juga sekali lagi menyeru agar tidak mendokong pihak yang memperjudikan keselamatan negara demi kepentingan sempit.



Sahibus Samahah Dr Juanda Jaya
(Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Ahli Fatwa Kebangsaan, kini Visiting Fellow Oxford University, UK)


Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(Bekas Mufti Perlis, Ahli Majlis Agama Islam Perlis, Pensyarah Pengajian Islam USM)

Teruskan Baca “MENGAPA KERAJAAN BN BERBOHONG?”  »»

Khamis, Mei 20, 2010

DEMONSTRASI DAN PENYERAHAN MEMORANDUM BANTAH KONSERT INUL

Tawau : Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau bersama-sama dengan beberapa badan NGO akan mengadakan Demonstrasi dan Penyerahan Memorandum sebagai membantah Konsert 1 Inul Daratista pada ketetapan yang berikut :

Demonstrasi Aman
Tarikh : 21 Mei 2010
Tempat : Masjid Al Khausar,Tawau.
Masa : selepas solat Jumaat.

Penyerahan Memorandum Bantahan
Tarikh : 21 Mei 2010
Tempat : Majlis Perbandaran Tawau.
Masa : 2.00 petang

ANDA DIJEMPUT HADIR SEBAGAI TANDA SOKONGAN TERHADAP ISLAM

Teruskan Baca “DEMONSTRASI DAN PENYERAHAN MEMORANDUM BANTAH KONSERT INUL”  »»

Selasa, Mei 18, 2010

PAS SABAH GEMPUR KUBU KUAT SHAFIE AFDAL!

Semporna,17 Mei 2010 : PAS negeri Sabah telah menggempur kubu kuat UMNO di Sabah yang juga merupakan benteng pertahanan bagi Naib Presidennya Shafie Afdal iaitu Daerah Semporna dengan mengadakan dialog dan ceramah umum di Kg Bubul Lama malam semalam dengan menjemput Tuan Guru Presiden PAS,YAB Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang,Dato Tuan Ibrahim Tuan Man,Naib Presiden PAS dan Tuan Hj Muhammad Abdullah Pesuruhjaya PAS Sabah sebagai penceramah.

Hampir 500 orang hadir pada program tersebut.Walaupun angka itu dianggap kecil oleh pemimpin-pemimpin UMNO tapi ianya merupakan satu permulaan yang baik dan dianggap berjaya bagi PAS negeri Sabah kerana majoriti yang hadir adalah penduduk tempatan yang juga merupakan pengundi dalam pilihanraya sedangkan sebelum ini mereka tidak berani hadir dalam program-program yang dianjurkan oleh PAS Sabah.



sesi dialog bersama pimpinan Presiden PAS

Orang ramai memenuhi ruang yang disediakan untuk mendengar Ceramah dari pimpinan PAS

Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man...Penampilannya amat dinantikan oleh masyarakat Semporna.

Kaunter pendaftaran ahli PAS dan daftar pemilih menjadi tumpuan orang ramai

Tuan Guru Dato Seri Presiden bersama pimpinan PKR Cabang Tawau

Kempen untuk menubuhkan Kawasan dan Cawangan PAS di Semporna mendapat sambutan yang menggalakkan apabila ramai yang hadir pada malam tersebut mendaftar sebagai ahli PAS dan bertekad untuk memastikan agar keadilan Islam yang dibawa oleh PAS akan bersinar di sana,insyaAllah.

Teruskan Baca “PAS SABAH GEMPUR KUBU KUAT SHAFIE AFDAL!”  »»

Dewan Pemuda PAS Tawau © DPPKT Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,TB 322, Tingkat 3, Blok 38 Jln. St.Patrick, Kompleks Fajar,PS.62040 91030, Tawau Sabah Tel: 089-760214.

KEMBALI KEATAS