[harga+minyak.jpg]

Sabtu, Februari 06, 2010

Soal Jawab Mengenai Isu Penggunaan Kalimah Allah

Apakah PAS menerima permohonan orang Kristian menggunakan nama Allah ?

Penganut Agama Kristian yang memohon menggunakan nama Allah khusus untuk penganut agama mereka(Kristian) adalah hak mereka. Mengikut Al-Quran, As-Sunnah dan pandangan ulama muktabar Islam seperti Sheikh Yusuf Qardhawi dan Sheikh Dr Wahbah Zuhaili tidak pernah dengan jelas Islam melarang pengunaan nama Allah dikalangan agama samawi Islam, Kristian dan Yahudi. Asasnya adalah Surah al-Imran ayat 64 yang bermaksud:
“Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Alllah”.
Tetapi perlu di ingat PAS menentang penyalahgunaan nama Allah kepada orang Islam. Maksudnya segala tafsiran Allah seperti Allah Tuhan “trinity”, Allah merujuk kepada berhala dan lain-lain konsep ketuhanan selain Islam tidak boleh disampaikan kepada orang Islam.

2. Apabila PAS tidak

menghalang penggunaan nama Allah oleh Kritian maka apakah PAS menerima pandangan orang Kritian terhadap tuhan "Trinity" yang mana terdapat Allah ada bapa, anak dan isteri(God the Father, God the Son and the Holy Ghost) ?

PAS menolak konsep tuhan “trinity”(Tuhan 3 dalam satu) sebab asas Islam adalah Allah yang Maha Esa. Malah jika orang Islam beraqidahkan Allah “trinity” maka mereka terkeluar daripada Islam. PAS juga menolak aqidah tuhan selain Allah S.W.T. Tapi PAS tidak menghalang orang Kristian berfahaman tuhan “trinity” sebab itulah kebebasan beragama yang dianjurkan oleh orang Islam. Islam tidak boleh memaksakan aqidah Islam kepada mereka yang bukan Islam. Islam menegaskankan : “Tidak ada paksaan dalam agama”

3. Apakah PAS menyokong keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat rayuan untuk menghalang pengunaan nama Allah dalam akhbar rasmi Gereja Katolik Malaysia, Herald The Catholic Weekly?

Itu adalah hak KDN sebab gereja Katolitk Malaysia telah memohan mahkamah membuat semakkan penghakiman terhadap keputusan kabinet. Tentulah kabinet ada asas dan pertimbangan mereka semasa meluluskan undang-undang melarang pengunaan nama Allah. Oleh kerana mahkamah telah membuat keputusan yang bercanggah maka hak merekalah untuk mempertahankannya.
PAS menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan. PAS tiada berniat untuk mencampuri urusan mahkamah. Kita bersikap terbuka terhadap apa juga keputusan yang akan di keluarkan.

4. Apakah PAS tidak khuatir nama Allah ini akan mengelirukan orang Islam di Malaysia khususnya anak muda ?

PAS sangat khuatir dengan kehidupan bebas tanpa peganggan agama khususnya anak muda beragama Islam di Malaysia kerana aqidah mereka yang lemah. Faktor utama kelemahan aqidah bukanlah disebabkan oleh dakwah agama lain tetapi disebabkan pendidikan, persekitaran, keluarga, masyarakat dan negara yang tidak menekankan persoalan aqidah.
Orang Islam yang murtad adalah mereka yang lemah aqidah islamnya bukan orang yang kuat pegangangan agama mereka. Tidak ada orang islam yang kuat pegangan agama dan kefahaman agamanya yang jatuh murtad. Tak pernah kita dengar ulama besar yang murtad. Tetapi adalah biasa kita dengar paderi Kristian yang masuk Islam.
Selain itu Perkara 11(4) Perlembagaan Malaysia menyatakan :
“Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganut ugama Islam”
Perkara 11(4) ini menghalang mana-mana agama menyampaikan aqidah mereka kepada umat Islam di Malaysia. Ini merupakan perlindungan Perlembagaan Malaysia terhadap Islam dan umat Islam.

5. Mengapa PAS tidak bersama dalam demontrasi yang dilaksanakan oleh NGO ? Mengapa PAS tidak mengambil pendekatan demontrasi seperti BERSIH, PPSMI dan ISA ?

Persoalan nama Allah adalah persoalan yang komplek dan mudah membangkitkan sentimen antara agama. Persoalan nama Allah ini bukan seperti isu pilihanraya BERSIH, PPSMI atau ISA. Persoalan nama Allah perlu diurus dengan cara yang cukup tertib. Jika PAS menggunakan konsep yang sama seperti BERSIH, PPSMI dan ISA maka PAS sangat kuatir pergaduhan agama akan tercetus. Bayangkan apa yang akan terjadi jika 100 ribu orang berkumpul di Istana Negara dengan penuh sentimen membenci orang Kristian. Kemungkinan pergaduhan akan berlaku. Maka ramailah pemimpin PAS yang akan dimasukkan dalam ISA. Mahkamah sedang mendengar rayuan. Biarkan mereka membuat keputusan. PAS berpendapat dalam isu yang sensitif seperti nama Allah ini maka kaedah dialoglah yang lebih sesuai.

6. Apakah sikap PAS terhadap NGO yang mengambil sikap berbeza dengan PAS ?

PAS menyokong Perkara 10 Perlembagaan Malaysia yang selaras dengan Islam iaitu memberi kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan. Mereka ada hujah dan pendekatan mereka. Kita hormati pandangan mereka. Dalam negara majmuk seperti Malaysia kecerdikan menguruskan perbezaan pendapat adalah menjadi ciri utama sebagai pemimpin negara ini. Kita boleh sama bersetuju pada apa yang kita setujui bersama. Kita juga mesti boleh bersetuju dalam apa juga perkara yang kita tidak setujui bersama. Inilah konsep Islam. Asasnya adalah ilmu bukannya emosi dan sentiment.

7. Apakah PAS mengambil pendekatan yang sederhana semata-mata untuk tujuan mendapat kuasa memerintah Malaysia dalam pilihanraya akan datang dengan memperjudikan Islam?

PAS yang dipimpin oleh para ulama tidak boleh menyembunyikan keterbukaan Islam terhadap penggunaan nama Allah. Apa yang Islam kata itulah yang kita tampilkan sesuai dengan suasana negara kita. Dalam hal sokongan rakyat kita hanya berserah kepada Allah setelah kita menjelaskan kedudukan agama Allah ditempat yang benar. Jika Allah izinkan PAS menang maka memerintahlah kita. Jika Allah tidak izinkan lagi memerintah Malaysia maka bersabarlah kita.

8. Apa sikap PAS terhadap pembakaran gereja ?

PAS tidak pernah sama sekali bersetuju dengan pembakaran gereja. Bukti jelas semasa berperang pun Islam melarang membunuh wanita dan kanak-kanak yang berlindung dalam rumah ibadah apatah lagi di waktu aman seperti dalam negara kita sekarang. PAS menghormati orang bukan Islam dan rumah-rumah ibadah mereka. Ini dibuktikan dengan $kehadiran pimpinan PAS ke gereja yang telah dibakar tempoh hari.

9. Pada pandangan PAS apakah ada udang disebalik batu apabila media arus perdana membangkitkan isu nama Allah ?

Pada pandangan PAS, Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Dato Seri Najib Tun Abdul Razak bersama para pemikirnya sedang mencipta krisis nama Allah di dalam negara setelah mereka dilanda pelbagai krisis yang tidak menguntungkan mereka. Bermula dengan kekalahan teruk dalam pilihanraya 2008, kritikan Tun Dr Mahathir kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, kekalahan dalam banyak pilihanraya kecil, krisis dalaman BN, kes kematian Al-Tantuya, Isu PKFZ, rampasan kuasa di Perak, Isu GST, kenaikan harga barang, PPSMI, ISA, kemerosotan rizeb negara, kematian Teo Beng Hock dan isu paling sensasi adalah kehilangan 2 buah enjin jet F-5E kapal pejuang TUDM.
Krisis yang dicetuskan mampu mengalih perhatian rakyat kepada isu sebenar yang melanda kerajaan BN. Apakah munasabah UMNO berteriak dengan isu nama Allah sedangkan mereka yang mahu menggugurkan nama Islam daripada pertubuhan pada tahun 1994 dahulu. Apakah munasabahnya UMNO mempertahankan aqidah umat Islam jika undang-undang murtad seperti digariskan oleh Al-Quran tidak dilaksanakan.
Krisis nama Allah yang dicipta ini bukannya ada udang disebalik batu tetapi ada enjen jet F-5E dan Altantuya disebalik Dato Seri Najib Tun Razak.Oleh itu janganlah kita terperangkap.

Dipetik daripada soal jawab bersama
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat.

Kesimpulan daripada soal jawab tersebut menjurus kepada satu perkara iaitu isu kelemahan urustadbir Kerajaan UMNO-BN dikaburi dengan isu penggunaan kalimah Allah sehinggakan rakyat tidak mengambil perhatian kepada isu kehilangan enjin JET yang ketika itu di bawah kuasa Menteri Pertahanan, Dato Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri 1Malaysia. Bagaimana enjin tersebut boleh melepasi pemeriksaan Imigresen Negara kita dan berada di Amerika Selatan? Adakah sistem pemeriksaan Imigresen kita longgar ataupun ada ‘tangan ghaib’ yang menutup mata dan telinga mereka daripada memeriksa enjin tersebut. Bagaimana enjn yang menjadi milik Negara kita boleh djual ke luar negara dengan terancang oleh pegawai bawahan tanpa ada campur tangan pemimpin atasan? Adakah benar-benar hal ini diluar penggetahuan mereka? Dimanakah tahap sistem keselamatan Negara sekiranya hal seperti ini boleh berlaku. Adakah sistem keselamatan Negara kita sangat longgar sehinggakan hal seperti ini hanya dapat dikesan selepas 2 tahun berlaku. Kami pulangkan kepada pembaca untuk menilai dan memikirkannya.

Teruskan Baca “Soal Jawab Mengenai Isu Penggunaan Kalimah Allah”  »»

Jumaat, Januari 22, 2010

PASTI NURUL IKHWAN FELDA UMAS TAWAU,DIARAH KELUAR!!!!

Isu kali ini adalah berkaitan dengan PASTI NURUL IKHWAN FELDA UMAS yang diarah keluar oleh Pengerusi Surau tempat PASTI beroperasi sekarang.Samada ianya benar-benar akan berlaku atau tidak,sama-samalah kita lihat nanti. Namun itulah maklumat yang dapat di perolehi dari sahabat yang berada di Felda Umas,ust Yusri,iaitu mudir PASTI Nurul Ikhwan.

Menurut ust Yusri lagi sehingga sekarang pengerusi surau tersebut agak sukar untuk ditemui untuk membincangkan perkara ini,"Telefon pun tidak berjawab,sms tidak berbalas" jelas Ust Yusri.Tindakan beliau ni agak pelik kerana sikapnya sebelum ini bukan begitu... seolah-olah dia takut atau telah ditakutkan oleh pihak-pihak tertentu.

Akhirnya ust Yusri dimaklumkan bahawa satu perjumpaan yang telah diaturkan oleh Pengerusi Surau tersebut akan diadakan pada petang Ahad ni tapi bukan dengan pengerusi surau tadi, tapi dengan ketua UMNO cawangan Felda Umas..

Wajah ceria kanak-kanak ni akan..

bertukar menjadi suram dan sedih,andainya..

mereka terpaksa melangkah pergi untuk mencari tapak baru dan berpindah kerana
menjadi mangsa kezaliman puak-puak yang tidak bertanggung jawab..

Agak terkilan bila pihak PASTI dimaklumkan bahawa satu perjumpaan yang telah diaturkan oleh Pengerusi Surau tersebut akan diadakan pada petang Ahad ni tapi bukan dengan pengerusi surau tadi, tapi dengan ketua UMNO cawangan Felda Umas..

Hai..kalaulah benda ni berlaku pada TABIKA KEMAS dan terjadi pula di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat...Confirm!! TV1,TV2,TV3 dan sekutu-sekutunya termasuklah akhbar tunggangan UMNO menjadikan isu ni sebagai berita UTAMA! Confirm...seminggu keluar berita tentang kezaliman yang dilakukan KONONnya oleh pemimpin Pakatan Rakyat kepada kanak-kanak yang tidak bersalah! Tapi kalau berlaku pada PASTI...semua dok senyap je...macam takda apa yang berlaku...itulah UMNO-BN.

Teruskan Baca “PASTI NURUL IKHWAN FELDA UMAS TAWAU,DIARAH KELUAR!!!!”  »»

Isnin, Januari 18, 2010

Briged Amal Tawau dilancarkan

Pada 30hb Disember 2009, satu lagi sejarah telah dicipta dengan penubuhan Briged Amal Tawau yang telah dirasmikan dengan jayanya oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Tawau, Ustaz Nazrey Mokhtar.

Pelancaran ini diadakan serentak ketika majlis penutupan Jambori Amal kali ke 2.

Menurut Ustaz Nazrey, "Penubuhan Briged Amal ini sangat dialu alukan kerana inilah antara gerakan yang terbaik untuk menarik golongan muda berjinak jinak untuk mendekati gerakan Islam dan sekaligus menjauhkan diri mereka dari gejala yang tidak bermoral."

"Ini sudah terbukti dengan anggota anggota Jabatan Amal kini kerana ada diantara mereka yang dahulunya seperti remaja biasa yang lain sebelum berubah kepada seorang remaja yang baik dari segi akhlaknya dan tutur kata mereka dan kini telah menjadi seorang pejuang dalam gerakan Islam dan kita doakan lebih ramai lagi anak anak muda yang akan turut serta dan berkekalan hingga ke akhir hayat insyaAllah." katanya.

Satu jawatankuasa Briged Amal telah dilantik yang diketuai oleh saudara Mohd Faiz bin Kassim yang bertindak selaku Pengerusi Briged Amal Tawau.

Penubuhan Briged Amal Tawau bukanlah bertujuan untuk menyaingi persatuan persatuan pelajar Islam yang sedia ada di Tawau tetapi ianya bertindak sebagai nilai tambah yang insyaAllah akan menjadi medan untuk menarik lebih ramai anak muda untuk belajar mengenali gerakan Islam secara keseluruhannya.

Keahlian Briged Amal Tawau terbuka kepada remaja yang berumur 13-21 tahun.

Pelbagai aktiviti akan dirancang pada masa hadapan dan insyaAllah akan ia bertindak sebagai satu unit yang bergerak di bawah Jabatan Amal Kawasan Tawau.

Teruskan Baca “Briged Amal Tawau dilancarkan”  »»

Sabtu, Januari 02, 2010

Sekitar Sukan Rakyat 2010

Pada 01.01.2010, hari pertama untuk tahun baru 2010, PAS Kawasan Tawau telah berjaya menganjurkan Sukan Rakyat 2010 di Tanah Lapang Kg Otentik Tg Batu.

Alhamdulillah sambutan cukup memberangsangkan dengan kehadiran ratusan penduduk kampung yang turun padang bersama sama memeriahkan susana pada hari tersebut.

Terima kasih diucapkan buat Dewan Pemuda PAS Tawau, Dewan Muslimat,Jabatan Amal, Nisa, briged Amal serta seluruh ahli jemaah yang turut terlibat dalam usaha menjayakan program ini.

Teruskan Baca “Sekitar Sukan Rakyat 2010”  »»

Rabu, Disember 02, 2009

Majlis Sembelihan Korban PAS Kawasan Tawau

Seluruh Dewan Pemuda PAS Tawau turun padang bersama sama pimpinan PAS Kawasan Tawau menjalani ibadah korban di Madrasah Darul Hidayah pada 28 November yang lalu.

Sebanyak 13 ekor lembu dikorbankan dalam
majlis ini yang disertai ratusan orang kampung Sungai Imam yang turut sama membantu dan memeriahkan suasana majlis ini.

Antara pimpinan PAS yang turut serta dalam majlis ini, AJK PAS Pusat, Ahmad Dullah, Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Tuan Hj Muhammad Abdullah, dan Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau,Mohamad Husain.

Program ini dilihat sebagai satu usaha berjaya PAS Kawasan Tawau untuk mendekati penduduk kampung di sini.

Program yang bermula seawal 8 pagi berakhir pada pukul 3pm dengan majlis pembahagian daging korban kepada seluruh penduduk kampung dan kawasan sekitarnya.

Terima kasih diucapkan kepada Jabatan Amal Tawau, Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda yang bersama sama membantu demi kelancaran program ini.

Teruskan Baca “Majlis Sembelihan Korban PAS Kawasan Tawau”  »»

Dewan Pemuda PAS Tawau © DPPKT Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,TB 322, Tingkat 3, Blok 38 Jln. St.Patrick, Kompleks Fajar,PS.62040 91030, Tawau Sabah Tel: 089-760214.

KEMBALI KEATAS