[harga+minyak.jpg]

Isnin, Mac 05, 2012

WARTA TAWAU
Jabatan Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau

SABAH NEGERI TERMISKIN

Baru-baru ini Perdana Menteri sewaktu melawat ke negeri Sabah telah mengumumkan bahawa Sabah sudah tidak menjadi negeri termiskin di Malaysia. Pengumuman ini telah mendapat reaksi pelbagai pihak. Kalau sebelum ini berdasarkan laporan Bank Dunia meletakkan negeri Sabah sebagai negeri Termiskin di Malaysia mengikut Laporan Monitor Malaysia. Bekas pengasas Umno Sabah, Datuk Karim Ghani mengakui kesahihan laporan Pemantauan Ekonomi Malaysia (MEM) oleh Bank Dunia, bahawa Sabah dikategori sebagai negeri paling miskin di Malaysia, sekali gus menafikan dakwaan Najib bahawa Sabah tidak lagi menjadi negeri termiskin di Malaysia yang jelas Najib berbohong dengan orang Sabah.

Laporan berkenaan menyebut Sabah yang mewakili 10 peratus penduduk Malaysia mempunyai 40 peratus daripada rakyatnya dikategorikan sebagai miskin. Sehubungan itu, Karim juga yang menyanggah kenyataan Unit Perancang Ekonomi (EPU) Negeri Sabah yang menafikan laporan MEM berkenaan.

Pimpinan PAS Tawau juga mengakui Sabah merupakan negeri termiskin di Malaysia. Yang jelas kepada kita hari ini, Sabah negeri kaya, yang miskin rakyatnya dan yang kaya juga pemimpinnya. Laporan Bank Dunia itu yang betul, yang tidak betulnya dan pincang adalah Umno-BN Sabah.

Umno-BN juga sengaja tidak mahu mengakui rakyat Sabah miskin. "Kenyataan yang asyik diulang-ulang oleh pemimpin Sabah, hujung tahun ini semua rakyat sudah keluar daripada kemiskinan. "Sabah kaya...kita ada minyak, ada kayu balak, ada kelapa sawit tapi rakyatnya miskin disebabkan pentadbiran yang tidak betul. "Yang dimajukan cuma bandar dengan bangunan yang mencakar langit tetapi di luar bandar, orang masih lagi merempat.

"Seperti di Kalabakan, kalau kita tengok tempat orang Islam di sana, hidup mereka merempat sedangkan Kalabakan dan Tawau  adalah berwakil rakyat Islam, banyak dengan kayu balak dan kelapa sawit," katanya. Umno-BN sengaja membiarkan rakyat Sabah di dalam keadaan daif supaya undi mereka senang dibeli setiap kali pilihan raya diadakan.

"Ini adalah soal kepimpinan, kalau pemimpin mentadbir dengan baik, apa parti pun baik tetapi sejak tahun 1985 keadaan rakyat Sabah bertambah buruk. Rata-rata pekerja di Sabah, berpendapatan kurang daripada RM 500 kecuali pegawai kerajaan dan para pimpinan atasan," katanya.

Banyak  projek mega seperti membina terminal lapangan terbang yang berharga RM 1.2 bilion yang  tidak memberikan manfaat kepada rakyat Sabah terutamanya yang tinggal di kampung-kampung yang langsung tidak pernah menjejak kaki ke terminal tersebut. "Projek mega memang nampak indah tapi projek di kampung, apa yang ada. "Buat jalan raya tapi tidak mendatangkan hasil kepada rakyat jadi macam mana hendak menambah pendapatan rakyat supaya dapat keluar daripada kemiskinan.

Daripada apa yang dikatakan oleh PM, statistik itu adalah untuk tahun 2012. Kepada Datuk Najib, boleh kami melihat data tahun 2012 yang terkini itu? Ini kerana kami cuba membuat semakan di Unit Perancang Ekonomi (EPU). Malangnya data dan statistik yang disediakan hanyalah berakhir pada tahun 2009 sahaja. Mengapa masih tidak mengemaskinikan data tersebut?

Di sini, Nampak sangat Perdana Menteri ingin bermain teka-teki bersama rakyat. Beliau tidak memahami sensitiviti rakyat Sabah dan tidak menyelami kepayahan hidup rakyat Sabah.

Teruskan Baca “ ”  »»

Jumaat, Mac 02, 2012

MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA TUAN GURU DATO HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT



KETERANGAN LANJUT HUBUNGI NOMBOR YANG TERTERA DALAM GAMBAR TERSEBUT. TIKET DAN TEMPAT ADALAH TERHAD.

Teruskan Baca “MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA TUAN GURU DATO HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT”  »»

Selasa, Februari 07, 2012

ISU AIR DI TAWAU, DPPKT KELUARKAN KENYATAAN AKHBAR

KENYATAAN AKHBAR
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TAWAU
Tawau, 7 Feb : Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau, minta pihak yang berwajib tampil untuk memberikan pejelasan berkaitan masalah ganguan bekalan air yang berlaku baru-baru ini. Pekara ini sering berlaku apabila kawasan Tawau berhadapan dengan musin hujan.Rungutan turut kendengaran oleh rakyat kawasan Tawau kesan bekalan air yang terjejas seperti di Taman Sri Apas Batu 8 terputus bekalan sejak khamis lalu.
Gangguan bekalan air juga kerap kali berlaku. Apabila diajukan soalan, maka jawapan yang paling popular diberikan ialah kerja mencuci tangki. Selepas gangguan teruk lebih kurang dua minggu lalu, kini gangguan itu terus berlaku terutama apabila berlaku hujan yang lebat.
Justeru, Dewan Pemuda PAS Tawau meminta pihak kerajaan negeri Sabah melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan Pihak Berkuasa Air (PBAN) menyelesaikan masalah ini dengan segera. Adalah menjadi sesuatu yang memalukan apabila sebuah kerajaan yang bermegah dengan peruntukan belanjawan paling besar hampir setiap tahun termasuk peruntukan belanjawan 4 billion bagi tahun 2012 gagal menyelesaikan masalah asasi rakyat. Kemana perginya peruntukan berbilion setiap tahun sebelum ini, tetapi masalah asasi rakyat sebegini gagal diselesaikan . Kita bimbang peruntukan tersebut diselewengkan ke dalam poket masing-masing, yang menderitanya ialah rakyat jelata. Menjadi sesuatu yang amat memalukan , kerajaan BN inilah juga yang sering mengutuk negeri Kelantan sebagai tidak pandai menyelesaikan masalah air seperti kata pepatah melayu seperti ayam berkokok berdegar-degar, ekor bergelumang tahi.
DPPKT juga mendesak kerajaan merangka pelan penyelesaian isu air yang konkrit air nasib rakyat terus terbela. Jika gagal, DPPKT mengajak seluruh rakyat membuat suatu anjakan paradigma menolak kerajaan yang ternyata gagal melaksanakan amanah dan tanggungjawab memelihara kepentingan asasi rakyat.
Yang Benar,
.......................................
HERY ANTO HASANUDDIN
KETUA PENERANGAN,
DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN TAWAU

Teruskan Baca “ ”  »»

Isnin, Februari 06, 2012

Lawatan Kerja YB Senator Muhammad Yusof Husain

TAWAU, SABAH..4-5 Februari 2012 : Lawatan kerja tiga hari YB Senator Tn Haji Muhammad Yusof Husain (gambar) yang juga Ahli Dewan Negara  ke Tawau, Sabah. Lawatan Kerja YB Senator ke Tawau selama tiga hari banyak memberikan sedikit sebanyak input berkenaan Persiapan pilihanraya akan datang. Beliau juga banyak memberikan perkongsian sedikit sebanyak berkenaan pengalaman beliau di Kedah.


Ijtimak Pilihanraya PAS Kawasan Tawau / Kalabakan yang diadakan di Pondok Tahfiz Madrasan Darul Hidayah dihadiri seramai 180 jentera serta petugas-petugas pilihanraya yang hadir bagi mendengar taklimat pilihanraya daripada YB Senator, sekaligus peugas -petugas melaungkan Baiah dihadapan Pimpinan setiap kawasan

Turut hadir pada majlis tersebut iaiu rombongan daripada Gerakan Mansuhkan ISA ( GMI ) turut memberikan penerangan berkenaan Akta ISA, serta memberikan bantuan kepada  11 orang keluarga tahanan ISA

Syed Ibrahim, Syed Noh
Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA ( GMI )
- Menyampaikan taklimat berkenaan AKTA ISA



Keluarga Tahanan ISA yang hadir menerima sumbangan daripada GMI

DIALOG & SEMBANG SANTAI diadakan pada jam8.00 malam di rumah salah seorang aktivis PAS



Teruskan Baca “Lawatan Kerja YB Senator Muhammad Yusof Husain”  »»

Jumaat, Februari 03, 2012



JOM P RAMAI-RAMAI....AJAK KAWAN, AJAK KELUARGA, AJAK JIRAN....




Teruskan Baca “ ”  »»

Dewan Pemuda PAS Tawau © DPPKT Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,TB 322, Tingkat 3, Blok 38 Jln. St.Patrick, Kompleks Fajar,PS.62040 91030, Tawau Sabah Tel: 089-760214.

KEMBALI KEATAS