[harga+minyak.jpg]

Isnin, Ogos 15, 2011

PAS TAWAU EDAR BUBUR LAMBUK PERCUMA




SABTU : 13/8/2011 : Bazaar Ramadan Sin Onn merupakan bazaar yang dipilih oleh PAS Tawau untuk mengedar Bubur Lambuk secara percuma pada masyarakat sekitar situ. Bermula pada jam4.35 petang tadi lebih, lebih kurang 25 orang ahli PAS Tawau turut bersama dengan
masyarakat dengan memberik
an Bubur Lambuk percuma.

Persiapan bagi menyiapkan bubur lambuk ini ber
mula seawal jam10.35 pagi tadi bertempat di PASTI Nurul Mawaddah Taman Ria dan ketua untuk menyiapakn bubur lambuk ini diketuai oleh Sdr. Majid dan beberapa orang pembantunya.

Sebanyak 1000 bekas  bubur lambuk yang habis diedar termasuklah dibeberapa kawasan setempat yang menjadi sasaran.




Selain dari mengedar Bubur Lambuk, Melalui Jabatan Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau telah menerbitkan Risalah Khas Ramadan iaitu Risalah Shoutul Syabab untuk edaran kepada masyarakat.




Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau Tuan Mohamad Husain berkata, beliau amat gembira dengan penerimaan masyarakat bahawa tidak mustahil pilihanraya akan datang Pakatan Rakyat akan memerintah Malaysia, serta Sabah tidak lagi dikatakan negeri yang menjadi penyumbang kepada kemenangan Umno Barisan Nasional pada peringkat Pusat dan malah masyarakat sudah bijak menilai dan memilih pemimpin yang lebih bertanggungjawab serta amanah dalam memimpin masyarakat.

Teruskan Baca “PAS TAWAU EDAR BUBUR LAMBUK PERCUMA”  »»

Rabu, Ogos 10, 2011

EDARAN RISALAH DEKATI MASYARAKAT PADA BULAN RAMADAN

8-8-2011-Sabtu. Buat kali kedua dalam minggu kedua Ramadan pada tahun ini, edaran Risalah Shoutul Syabab keluaran Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau sekali lagi turun ke Bazaar Ramadan untuk menyampaikan risalah Ramadan, sekaligus mendekati masyarakat tawau & golongan remaja sekitar Tawau.



Bermula sekitar jam4.00 petang & bergerak berjalan kaki menuju ke bazaar Ramadan berhadapan dengan Sabindo Square.


Seramai 15 orang ajk pemuda yang turut hadir termasuklah yang mengetuai edaran risalah iaitu Al-Fadhil Ustaz Muhammad Mokhtar Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau, & turut hadir Exco-exco DPPKT yang lain.


Suasana Bazaar Ramadan yang sesak dengan kehadiran pengunjung-pengunjung dalam & luar daerah tawau termasuklah kaum cina yg memenuhkan bazaar kali ini..



Dekati masyarakat melalui risalah ramadan 




Penerimaan masyarakat sangat menggalakkan.



Alhamdulillah 1000 helai Risalah Shoutul Syabab habis di edar.

Kita jumpa minggu hadapan di Bazaar Ramadan Jalan Sin Onn..

Teruskan Baca “EDARAN RISALAH DEKATI MASYARAKAT PADA BULAN RAMADAN”  »»

Ahad, Julai 10, 2011

POLIS / FRU / PERTAHANAN AWAM MENGELILINGI MARKAZ PAS TAWAU.


9 JULAI 2011 - seawal jam 8.00 beberapa orang petugas telah membuat persiapan memasang skrin layar putih bagi mengikuti perkembangan semasa BERSIH 2.0 ditanah malaya semenanjung Malaysia, seawal itu jugalah Jabatan Penyiaran / Helikopter / serta pegawai polis membuat rondaan dan ada sebilangan pihak Cawangan Khas yang mengambil gambar.
Suasana Markaz Tarbiah dipenuhi Syiar Islam

Muslimin / Muslimat mengikuti perkembangan BERSIH 2.0 melalaui layar skrin yang dipasang
3 Trak Polis sedang meronda kawasan Markaz PAS siap dengan FRU

selepas beberapa jam kemudian, pemberita medi
a tempatan hadir menemu ramah beberapa Pimpinan Pakatan Rakyat, termasuklah Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau, En. Mohamad Husain wakil daripada PAS dan
sdr Tan Lee mewakili DAP (Democration Action Party)

Kelibat pegawai polis yang sedang berkawal dan ada yang sedang mengambil gambar dari luar kawasan Markas PAS.

Gelombang BERSIH 2.0 kali ini ternyata berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia khususnya Sabah. malah dikatakan gelombang kuning itu turut dirasai di luar negara seperti
Hong Kong, China, Australia, Singgapore, New Zealand, Austria, Switzerland, Turkey , Korea, Taiwan dan beberapa lagi negara yang dikatakan turut berhimpun secara aman bagi menyatatkan hasrat yang mana setiap rakyat memerlukan pilihanraya yang bersih lagi adil serta demokrasi yang telus.

Teruskan Baca “POLIS / FRU / PERTAHANAN AWAM MENGELILINGI MARKAZ PAS TAWAU.”  »»

Selasa, Julai 05, 2011

TUNTUTAN BERSIH 2.0 2011

Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0
1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.


SEKRETARIAT DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TAWAU

Teruskan Baca “TUNTUTAN BERSIH 2.0 2011”  »»

Jumaat, Jun 24, 2011



Teruskan Baca “ ”  »»

Dewan Pemuda PAS Tawau © DPPKT Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,TB 322, Tingkat 3, Blok 38 Jln. St.Patrick, Kompleks Fajar,PS.62040 91030, Tawau Sabah Tel: 089-760214.

KEMBALI KEATAS