POLIS / FRU / PERTAHANAN AWAM MENGELILINGI MARKAZ PAS TAWAU.
9 JULAI 2011 - seawal jam 8.00 beberapa orang petugas telah membuat persiapan memasang skrin layar putih bagi mengikuti perkembangan semasa BERSIH 2.0 ditanah malaya semenanjung Malaysia, seawal itu jugalah Jabatan Penyiaran / Helikopter / serta pegawai polis membuat rondaan dan ada sebilangan pihak Cawangan Khas yang mengambil gambar.
Suasana Markaz Tarbiah dipenuhi Syiar Islam
Muslimin / Muslimat mengikuti perkembangan BERSIH 2.0 melalaui layar skrin yang dipasang
3 Trak Polis sedang meronda kawasan Markaz PAS siap dengan FRU
selepas beberapa jam kemudian, pemberita medi
a tempatan hadir menemu ramah beberapa Pimpinan Pakatan Rakyat, termasuklah Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau, En. Mohamad Husain wakil daripada PAS dan
sdr Tan Lee mewakili DAP (Democration Action Party)
Kelibat pegawai polis yang sedang berkawal dan ada yang sedang mengambil gambar dari luar kawasan Markas PAS.
Gelombang BERSIH 2.0 kali ini ternyata berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia khususnya Sabah. malah dikatakan gelombang kuning itu turut dirasai di luar negara seperti
Hong Kong, China, Australia, Singgapore, New Zealand, Austria, Switzerland, Turkey , Korea, Taiwan dan beberapa lagi negara yang dikatakan turut berhimpun secara aman bagi menyatatkan hasrat yang mana setiap rakyat memerlukan pilihanraya yang bersih lagi adil serta demokrasi yang telus.
Terima kasih telah membaca' sila tinggalkan komen.
Catat Ulasan