[harga+minyak.jpg]

Isnin, Disember 08, 2008

Shoutul Syabab Edisi Khas Aidil Adha

Ahad lepas (7hb Disember 2008), Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau melalui Unit Amal mengedarkan risalah Shoutul Syabab edisi khas sempena Hari Raya Aidil Adha yang menjelang tiba.




Risalah ini yang diedarkan secara percuma tertumpu di kawasan kawasan tumpuan ramai masyarakat Tawau seperti pasar-pasar dan pusat membeli belah di daerah ini.

InsyaAllah dengan pengedaran risalah ini akan membawa manfaat kepada pembacanya, wallahualam.

Muat Turun Shoutul Syabab Edisi Khas Sempena Aidil Adha

Lihat Gambar-gambar di bawah.




Saudara Muemin ditanya sesuatu oleh pembaca risalah.

Risalah diedar kepada sesiapa sahaja.


Teruskan Baca “Shoutul Syabab Edisi Khas Aidil Adha”  »»

Perutusan Pesuruhjaya PAS Sabah Sempena Aidil Adha


Assalamualaikum wbt
Saya mewakili saf kepimpinan PAS Negeri Sabah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam khususnya penduduk negeri Sabah.Marilah kita sama-sama mengambil iktibar dari semangat pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim a.s beserta anaknya Nabi Ismail a.s dalam meneruskan perjuangan membela agama. Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai Hari Raya Korban yang mengingatkan kita kenangan ribuan tahun bagaimana Nabi Ibrahim a.s, menunjukkan kepatuhan,ketaatan, pengorbanan dan kesabaran dalam menerima perintah Allah s.w.t. Atas nama sunah ini maka seluruh umat Islam di pelusuk dunia bagi yang berkemampuan telah menyembelih binatang ternakan sebagai tanda mengikut jejak langkah Nabi Ibrahim a.s. Kisah Nabi Ibrahim a.s baik ketika meninggalkan anak kecil dan isteri muda yang lelah di tengah padang pasir juga ketika menerima perintah Allah menyembelih anak kesayangannya, sudah diketahui dari kitab-kitab, tuan-tuan guru dan ceramah-ceramah malah dalam Al-Quran sendiri. Kesemua kisah itu dapat kita simpulkan kepada tiga;Pertama, asasnya adalah ketaatan yang kental kepada Allah s.w.t.Kedua, ‘Millah’ Ibrahim ialah Allah akan memberi hidayah kepadanya kerana semata-mata mentaati Allah.Ketiga ialah keikhlasan dalam amalan.Allah tidak menerima sesuatu amalan melainkan yang dikerjakan dengan penuh ikhlas dan semata-mata ditujukan kepada-Nya. Oleh sebab itu, penghayatan yang mendalam atas pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim a.s wajar dicerna dalam segenap ruang hidup kita.Justeru, saya menyeru kepada seluruh umat Islam agar sentiasa membiasakan diri untuk mengamalkan sikap suka berkorban sepanjang masa dari segi wang, tenaga, masa, dan buah fikiran untuk kepentingan Islam itu sendiri.

Allahu akbar ! Allahu akbar ! Allahu akbar !





Teruskan Baca “Perutusan Pesuruhjaya PAS Sabah Sempena Aidil Adha”  »»

Ahad, Disember 07, 2008

Pulihkan Kecintaan Kepada Allah S.W.T



Assalamualaikum..wbt
Saf kepimpinan Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau, mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Korban 1429 H kepada seluruh umat Islam di Tawau khusus kepada para pemuda dan pemudi Islam.

Bersempena dengan hari yang mulia ini, marilah kita menjadi umat yang sentiasa meletakkan kecintaan yang tinggi terhadap perjuangan Islam dalam kehidupan di dunia yang fana ini.Bersempena dengan peristiwa korban,sewajarnya kita umat Islam mencontohi keluarga Nabi Ibrahim a.s bersama isterinya Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s. Mereka antara insan yang berjaya dalam membuktikan tahap kecintaaan terhadap Allah s.w.t walaupun dalam sanubari masing-masing masih ada kecintaan terhadap anak,ayah dan ibu tetapi kecintaan dan kepatuhan untuk melaksanakan perintah Allah s.w.t lebih diutamakan. Umat Islam hari ini akan beroleh kejayaan dalam kehidupan yang berlandaskan dengan Islam sekiranya kecintaan terhadap Allah berada pada posisi dan kedudukan yang betul dan tepat. Selagi mana kita dilanda penyakit cintakan ‘kebendaaan’, ‘populariti’, ‘keduniaan’, pangkat, wang ringgit, harta benda, hiburan dan keseronokan semata-mata, selagi itulah umat Islam akan menjadi umat yang ‘layu’ dan terus ‘melayu’.

Atas dasar itu, untuk memulihkan kembali roh umat Islam semua pihak terutamanya pihak Majlis Perbandaran Tawau dan pemimpin yang telah dilantik oleh rakyat perlu menghentikan sebarang program atau acara yang boleh merosakkan nilai kecintaan terhadap Islam. Para ibu bapa, para guru dan semua badan NGO perlu seia dan sekata dalam usaha memulihkan roh generasi muda supaya mencintai Allah s.w.t sekali gus melaksanakan suruhan dan menjauhi larangan Allah s.w.t.

Sekian, selamat menyambut Hari Raya Korban bersama keluarga tercinta.


Teruskan Baca “Pulihkan Kecintaan Kepada Allah S.W.T”  »»

Jumaat, Disember 05, 2008

Shoutul Syaabab Keluaran Disember 2008


Shoutul Syaabab terbitan Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau yang terkini.

Antara tajuk-tajuk yang ada di dalam:

Kerajaan Menyusahkan?!
Haram Tetap Haram
Hukum Mendedahkan Kesalahan Pemimpin

Dapatkan secara percuma dengan memuat turun di laman web ini.

MuatTurun Shoutul Syaabab Disember 2008.



Teruskan Baca “Shoutul Syaabab Keluaran Disember 2008”  »»

Rabu, Disember 03, 2008

Majlis Berkhatan Anjuran PASTI Tawau

Alhamdulillah , Ahad lepas (30 November 2008) PASTI Tawau telah berjaya menganjurkan Majlis Berkhatan di PASTI Nurul Mawaddah TAMAN RIA 3.



Lihat gambar-gambar sekitar program di bawah.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan program ini.


Petugas sedang menyiapkan tempat untuk berkhatan.



Ibu bapa mendaftarkan anak anak untuk majlis berkhatan.



Tapak perasmian majlis berkhatan.



Hadiah penghargaan untuk peserta dan petugas yang menjayakan program ini.



Sebahagian ibu-bapa dan peserta majlis ini.



Kereta bomba yang digunakan.



Ahli bomba menjalankan tugas.



Adik adik bersedia untuk dikhatan.




Penghargaan buat pegawai bomba yang menjayakan program dan disampaikan oleh ketua pemuda kawasan Tawau, En Muhammad Nasir Ahmad Ali.



Adik adik yang resah menunggu giliran.



Aksi adik yang sedang dikhatan.



Teruskan Baca “Majlis Berkhatan Anjuran PASTI Tawau”  »»

Dewan Pemuda PAS Tawau © DPPKT Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,TB 322, Tingkat 3, Blok 38 Jln. St.Patrick, Kompleks Fajar,PS.62040 91030, Tawau Sabah Tel: 089-760214.

KEMBALI KEATAS