[harga+minyak.jpg]

Ahad, Mei 24, 2009

Kebakaran di Batu 2 Setengah Tawau

Kelmarin warga Tawau dikejutkan dengan kebakaran yang berlaku di Batu 2 Setengah yang melibatkan sebuah blok bangunan 3 tingkat SMK Tawau 2 dan 9 buah rumah dan sebuah rumah kongsi mengakibatkan 50 keluarga tinggal sehelai sepinggang, mereka kini ditempatkan di Surau berdekatan.


Sumber : Tawau Bloggers

Namun apa yang ingin penulis sampaikan adalah ketidakwajaran yang berlaku di tempat kejadian, 7 buah kenderaan bomba tiba di tempat kejadian tetapi hanya 1 sahaja yang membawa bekalan air. Dan bomba bertungkus lumus mengawal kebakaran bangunan sekolah menengah tersebut manakala rumah penduduk kampung seolah olah tidak dipedulikan.


Sumber : Daily Express

Ini sangatlah tidak wajar, ya memang air dikawasan tersebut bertekanan rendah. Bukankah semua orang sudah maklum akan situasi ini, jadi kenapa hanya 1 buah kenderaan bomba yang membawa bekalan air? Apa guna 6 buah kenderaan lain tiba jikalau tidak mempunyai air untuk memadamkan api? Bukankah air menjadi aset penting untuk memadamkan api.

Rata rata penduduk yang berada di situ tidak puas hati dengan tindakan bomba. Rumah penduduk kampung seolah olah tidak berharga, ya memang tidak dinafikan punca kebakaran bermula dari salah sebuah rumah penduduk tapi adakah itu menjadi alasan utama mengapa rumah penduduk kampung patut tidak diperdulikan? Penulis sempat menemuramah salah seorang penduduk kampung yang berang akan kejadian ini, malah beliau sempat menegur seorang warga RTM yang merakam video di tempat kejadian untuk merakam dirinya memceritakan apa yang berlaku dalam keadaan marah. Beliau malah sempat mengkritik PM Malaysia dengan berkata : "Aku mau bagitau sama Najib, beginikah caranya konon nak mendahulukan rakyat sedangkan di depan mataku sendiri sekolah lebih dipentingkan walhal kerajaan bila bila pun boleh bagi duit untuk baiki sekolah tu tapi kami ni orang yang susah tiada duit mau baiki rumah kami?!" (Penulis tak sempat rakam video ini sebab ketika itu penulis tidak mempunyai "videocam" atau "Handphone" yang boleh merakam).

Salah satu insiden yang telah berlaku apabila ada penduduk kampung yang tidak dapat menahan api kemarahannya bertindak bergaduh sehingga bertumbuk dengan ahli bomba kerana rumahnya tidak dipedulikan sehingga musnah dijilat api.

Mana mana berita yang dapat kita baca mengenai kejadian ini tak kira di akhbar tempatan atau nasional pasti ada menyebut jikalau air tidak menjadi masalah pasti lebih banyak rumah penduduk yang dapat diselamatkan, tapi pada pandangan saya pihak bomba juga silap kerana tidak membawa kelengkapan yang cukup (yakni air) sebelum ke kawasan tersebut.

Walaupun penulis yakin, video tersebut tidak akan muncul di mana mana siaran berita TV yang berat sebelah kepada kerajaan tapi cukup dengan catatan dalam ruangan ini untuk mengingatkan kita apa yang benar benar telah berlaku sepanjang keberadaan penulis di tempat kejadian. Rakyat pasti akan menolak kerajaan zalim, kerajaan toghut bila mereka sedar akan kepincangan, ketidakadilan yang berlaku di bawah kerajaan Barisan Nasional.









Teruskan Baca “Kebakaran di Batu 2 Setengah Tawau”  »»

Selasa, Mei 12, 2009

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin Menteri Besar Perak Yang Sah!!!

Hakim Mahkamah Tinggi Yang Arif Abdul Aziz Abdul Rahim sebentar tadi memutuskan bahawa YB Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah.



Keputusan itu dibuat keranaHakim Abdul Aziz berpendapat peruntukan undang-undang tubuh Negeri Perak tidak membenarkan pemecatan Menteri Besar melainkan menerusi satu undi tidak percaya ke atas beliau oleh Dewan Undangan Negeri.

Malaysiakini melaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.

Mahkamah juga memutuskan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka - di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.



Dalam penghakimannya, Abdul Aziz berkata jika Sultan Perak mahu meletakkan Mohamad Nizar meletakkan jawatan, maka baginda sepatutnya mengambil sidang DUN untuk mengemukakan usul tersebut.

Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.

Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.

Pada 13 Februari lalu, Mohamad Nizar memfailkan saman mencabar pelantikan Zambry di kompleks mahkamah Jalan Duta, kira-kira seminggu selepas rampasan kuasa BN dan sekali gus pelantikan wakil rakyat BN itu.

Mohamad Nizar, ADUN Pasir Panjang, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah perisytiharan bahawa Zambry yang dilanti 6 Februari lalu tidak berhak memegang jawatan menteri besar.

Dalam permohonan itu, wakil rakyat PAS itu mendakwa beliau masih menteri besar yang sah atas tiga alasan berikut:

(i) Tidak terdapat pembubaran DUN Perak;

(ii) Tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh DUN terhadapnya sebagai menteri besar Perak; dan

(iii) Tidak terdapat peletakan jawatan menteri besar Perak.

"Melalui kenyataan media pejabat Sultan pada 5 Februari 2009, Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan sekiranya saya serta ahli majlis mesyuarat negeri tidak meletakkan jawatan, jawatan kami akan dianggap kosong.

"Saya menegaskan bahawa walaupun terdapat usaha mengusir saya daripada jawatan menteri besar Perak, saya masih menteri besar dan masih menjalankan fungsi dan tugas dengan baik, cermat dan adil," katanya dalam afidavit, menyokong permohonan itu.

Mohamad Nizar juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya responden memberikan tunjuk sebab bagaimana dan di bawah dasar apa Zambry, sebagai responden, berhak memegang jawatannya sekarang.

Beliau mendakwa responden secara tidak sah mengambil dengan tiada hak dan merampas jawatan menteri besar, serta menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai menteri besar secara tidak sah dan bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Nizar juga memohon perintah injunksi bagi menghalang responden daripada melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas menteri besar di negeri itu.

Teruskan Baca “Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin Menteri Besar Perak Yang Sah!!!”  »»

Sabtu, Mei 09, 2009

Ceramah Pakatan Rakyat Mei 2009



Semalam, Dewan Muslimat PAS berjaya menganjurkan Ceramah Pakatan Rakyat dan tetamu terhormat yang datang pada malam itu ialah YB Dr Lo' Lo' Ghazali MP Titiwangsa.



Wakil dari Parti Keadilan Rakyat, dan DAP Tawau juga turut dijemput dan berpeluang menyampaikan ceramah kepada semua yang hadir pada malam itu dan menceritakan permasalahan permasalahan rakyat yang timbul di daerah Tawau dan situasi semasa yang berlaku di negara kita.

Berikut sedikit sedutan ceramah yang di sampaikan oleh para penceramah pada malam tersebut.

Maaf paparan video kurang memuaskan. Namun isi ceramah boleh didengar dengan jelas.




.




Teruskan Baca “Ceramah Pakatan Rakyat Mei 2009”  »»

Khamis, Mei 07, 2009

Sekitar Mesyuarat Agung PAS Kawasan Tawau



Pada 26 April lepas, PAS Kawasan Tawau berjaya mengadakan mesyuarat agung yang ke 21 di Hotel Walaitakao.

Berikut gambar gambar sekitar mesyuarat agung yang dijalankan.







Buku mesyuarat yang telah disediakan. Sangat kemas dan menarik.











Teruskan Baca “Sekitar Mesyuarat Agung PAS Kawasan Tawau”  »»

Dewan Pemuda PAS Tawau © DPPKT Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,TB 322, Tingkat 3, Blok 38 Jln. St.Patrick, Kompleks Fajar,PS.62040 91030, Tawau Sabah Tel: 089-760214.

KEMBALI KEATAS