[harga+minyak.jpg]

Selasa, Mei 11, 2010

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TAWAU MEMBANTAH KONSERT 1 INUL DI TAWAU!!

Tawau : Dewan Pemuda PAS kawasan Tawau bertekad akan membantah Konsert Inul Darastita yang dijangka diadakan pada akhir bulan Mei ini jika melihat pada iklan-iklan yang tersebar luas di laman Facebook.Tindakan membenarkan konsert berkenaan adalah satu penghinaan kepada rakyat dan masyarakat Tawau terutama sekali yang beragama islam kerana kita semua maklum bahawa Inul sendiri pun ditolak oleh Ulama-ulama dari negara asalnya Indonesia yang mengganggap aksi goyang pinggulnya sebagai aksi erotik dan berbaur lucah.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau juga ingin menyeru kepada semua pihak supaya bangkit bersama-sama untuk menyuarakan bantahan sehingga Konsert itu dibatalkan. Pihak Pemuda PAS Kawasan Tawau juga menyeru agar pihak-pihak yang bertanggungjawab meluluskan permit bagi Konsert Ratu gelek Gerudi itu membatalkan segera kelulusan tersebut kerana konsert tersebut hanya membawa kepada keruntuhan akhlak dan kerosakkan moral yang buruk kepada masyarakat Tawau khasnya remaja.

"Kita yakin suasana akan menjadi panas bilamana penganjur gagal mengawal aksi penyanyi berkenaan dan akhirnya diselesaikan dengan cara yang negatif oleh penonton. Kita bimbang apa yang berlaku di Kuala Lumpur baru-baru ini juga akan berlaku di Tawau apabila berlakunya pergaduhan semasa konsert Artis dari Indonesia hingga menyebabkan kecederaan dan pengunaan senjata-senjata berbahaya yang dibawa masuk ke dalam stadium" Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS Tawau,Sdr Darmansyah ketika dihubungi semalam.

"Situasi yang sama tidak mustahil akan berlaku malah kerosakkan harta benda awam tidak akan dapat dielakkan apabila penonton-penonton sudah hilang kawalan dan kewarasan kerana begitu asyik dengan goyangan pinggul Inul dan juga kesan daripada penggunakan benda-benda atau bahan-bahan yang terlarang," tambahnya.

Menurutnya lagi, walaupun apa jua alasan yang diberikan, Pemuda PAS Tawau mengingatkan bahawa rakyat tempatan tetap menolak konsert ini. "Rata-rata penonton yang hadir di siri konsert beliau sebelum ini adalah dari kalangan warga Indonesia yang kempunan melihat aksi beliau di tanahair sendiri.Jika konsert ini berlaku, maka negara ini seolah-olah 'dilacurkan' kedaulatannya bagi melampiaskan keinginannya warga Indonesia yang tidak tercapai di tanahair mereka.

Justeru itu Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau akan membuat bantahan dengan menghantar beberapa memorandom kepada pihak-pihak yang berkaitan dan mendesak agar konsert Inul Darastita di daerah Tawau ini dibatalkan serta-merta sepertimana yang pernah dilakukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan di Semenanjung yang juga membatalkan Konsert Inul di Stadium Larkin Johor dan Stadium Putra Bukit Jalil pada tahun 2008 lalu.

"Ya Allah berikanlah kami kekuatan"

Teruskan Baca “DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN TAWAU MEMBANTAH KONSERT 1 INUL DI TAWAU!!”  »»

Ahad, Mei 09, 2010

LAGI REMAJA DITEMBAK POLIS!!

Seorang konstabel polis digantung tugas dan ditahan selepas didakwa menembak remaja remaja berusia 17 tahun yang enggan memberhentikan motosikalnya ketika dikejar kereta peronda di persimpangan Kampung Ujong Pasir, Jalan Seremban-Jelebu, 3.30 pagi tadi.




Anggota polis itu dipercayai baru berkhidmat kira-kira setahun.Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh berkata, anggota polis berkenaan digantung tugas serta merta kerana melepaskan tembakan tanpa sebab kukuh dirinya terancam.

“Saya menganggap kejadian ini sebagai kesalahan menggunakan kuasa. Saya kesal dengan insiden ini kerana anggota terbabit telah menembak tanpa justifikasi yang telah ditetapkan oleh Ketua Polis Negara. Saya juga ingin meminta maaf kepada pihak keluarga mangsa," katanya.

Pada kejadian itu, Mohd. Azizi Aziz, 17 cedera parah di bahagian perut setelah terkena tembakan yang dilepaskan seorang anggota polis keran enggan berhenti.

"Berikutan itu, polis telah melepaskan satu das tembakan dan kena pada bahagian perut sehingga tembus ke bahagian usus," kata Osman kepada pemberita.

Mangsa yang dipercayai berasal dari Senawang itu menjalani pembedahan di perut dan usus kini berada dalam keadaan stabil di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.

Osman berkata mangsa dalam satu kumpulan kira-kira 20 orang yang menaiki motosikal berhampiran sebuah pasaraya di Jalan Datuk Siamang Gagap dan kumpulan itu berpecah apabila terserempak dengan sebuah kereta peronda polis, manakala angsa melarikan diri arah Jalan Seremban-Jelebu.

"Anggota polis yang melepaskan tembakan ini mendakwa dia melepaskan tembakan amaran tetapi dalam keadaan kereta yang laju dan mangsa juga menunggang motosikal secara bahaya.

"Satu das tembakan telah dilepaskan dan selepas kira-kira dua kilometer baru mangsa dapat ditahan dan mendapati mangsa terkena tembakan di bahagian perut."

Mengulas kejadian itu Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop yang ditemui Bernama ketika merasmikan lapang sasar polis bantuan Felda di Felda Bukit Rokan berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak bertolak ansur dalam kes tersebut.

"Bagi kita, perkara ini sangat serius. Kita akan meneruskan dengan siasatan dahulu. Kalau anggota polis terbabit terbukti bersalah, kita akan mengambil tindakan mengikut prosedur yang diperuntukkan.

"Dalam kes ini kita masih menyiasat dan buat masa ini anggota polis terbabit telah ditahan kerja," katanya.

Bapa terkilan

Abu Seman turut melawat mangsa di HTJS. Beliau meluangkan masa kira-kira setengah jam untuk melihat keadaan mangsa.

Turut hadir Osman dan dua anggota exco kerajaan negeri Datuk Ismail Lasim dan Datuk Ismail Taib.

Sementara itu, Bernama melaporkan ayah mangsa, Aziz Omar, 42, berkata beliau sangat sedih dengan kejadian yang menimpa anaknya itu.

"Saya dihubungi pihak hospital pada pukul 4.20 pagi tadi yang menyatakan anak saya mengalami kecederaan dan kini berada di hospital. Saya kemudian bergegas ke hospital dan baru mendapat tahu bahawa anak saya cedera ditembak polis.

"Dalam hal ini saya amat terkilan kerana yang menghubungi saya adalah pihak hospital tapi mengapa tidak polis. Mohd Azizi adalah anak sulung daripada enam orang adik beradik," katanya.

Sumber : Malaysiakini

Teruskan Baca “LAGI REMAJA DITEMBAK POLIS!!”  »»

Selasa, Mei 04, 2010

LAWATAN RASMI TUAN GURU PRESIDEN KE TAWAU

TARIKH : 17 MEI 2010 ( Isnin )
TEMPAT : PASTI Nur Islah,Semporna

Teruskan Baca “LAWATAN RASMI TUAN GURU PRESIDEN KE TAWAU”  »»

Isnin, Mei 03, 2010

CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT

Satu ceramah telah dianjurkan oleh Pakatan Rakyat bertempat di PASTI Nurul Farahain Merotai Besar pada 01 MEI 2010 bermula jam 8.30 malam yang menampilkan pemimpin tertinggi DAP iaitu YB Lim Kit Siang,Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur,YB Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang,YB Jimmy Wong Tze Phin ,ADUN Sri Tanjung dan juga Tuan Hj Hamzah Abdullah, Timbalan Pesuruhjaya PAS.Turut berada di atas pentas ceramah ialah Senator Tengku Aziz, Naib Pengerusi DAP dan juga Dato' Kong Hong Ming, Ketua PKR bahagian Tawau.

Ceramah Umum di Merotai Besar

Pada sebelah siangnya pula YB Lim Kit Siang beserta rombongan telah dibawa melawat Projek Pembinaan Jalan Kalabakan-Sapulut yang dikatakan mengalami masalah dan masih belum siap walaupun telah diperuntukkan jutaan ringgit.


YB Lim Kit Siang bersama rombongan ketika melawat Kalabakan

Teruskan Baca “CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT”  »»

Tok Guru Terima Ugutan Bunuh Dari Pemuda Umno…..

Ramai yang agak terkejut dengan pendedahan berani seorang pemuda UMNO yang membuat ugutan bunuh terhadap Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat secara terbuka melalui laman Facebooknya beberapa hari yang lalu.Pemuda itu yang dikenali sebagai Mohd Safuan Hilmi seorang bekas graduan UITM dan bekerja di Syarikat Prasarana Negara Berhad bersikap begitu angkuh dan biadap apabila mengeluarkan kenyataan yang berbaur ugutan bunuh yang begitu serius seolah-olah beliau begitu kebal di sisi undang-undang negara!

Berikut adalah apa yang ditulis oleh si budak Safuan ni...

" Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz.Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap.Setan tu tak layak lagi duduk dekat muka bumi ni lagi."

"Senang bunuh orang.Tikam jer.Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al-dajjal tu"

Setelah mendapati perbualannya disebarkan kepada umum,budak safuan yang kononnya graduan UITM yang berumur 24tahun ni terus menutup laman Facebooknya sertamerta. Konon berani sangat sampai nak bunuh orang..

Inilah dia gambar mamat yang gagah berani tu..

Justeru itu kami Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau berharap agar pihak yang berkuasa dapat menjalankan siasatan segera terhadap perkara ini.Ini adalah ugutan bunuh kepada seorang Ulamak yang menjadi Menteri Besar kepada sebuah negeri di Malaysia!

Teruskan Baca “Tok Guru Terima Ugutan Bunuh Dari Pemuda Umno…..”  »»

Dewan Pemuda PAS Tawau © DPPKT Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,TB 322, Tingkat 3, Blok 38 Jln. St.Patrick, Kompleks Fajar,PS.62040 91030, Tawau Sabah Tel: 089-760214.

KEMBALI KEATAS