[harga+minyak.jpg]

Khamis, April 29, 2010

MALAYSIA BUKAN NEGARA POLIS!!

Dipetik dari : http://anaksengat.blogspot.com



Allahyarham adik Amirul Rashid Hamzah,( 15 tahun )

Peristiwa polis menembak mati pelajar 15 tahun sangat mengejutkan. Ia adalah rentetan perbicaraan terbuka rakyat terhadap pasukan keselamatan negara di bawah Musa Hasan. Sepanjang perkhidmatan Musa Hasan sebagai ketua POlis negara terlalu banyak kes melibatkan kematian di tangan polis. Siapa yang bersalah masih tiada jawapan.

Kes terbaru melibatkan pelajar 15 tahun sangat mengejutkan. Ia mengejutkan kerana pelajar itu tidak memiliki senjata api. Ia di bawah umur. Tiada bukti selain dakwaan anggota polis pelajar tersebut menyerang. Jika betul serangan dengan senjata parang, mengapa perlu ditembak hingga mati sedangkan dari laporan , anggota polis terbabit melebihi dua orang.

Atas apa alasan sekalipun, pembunuhan pelajar bawah umur tanpa senjata api sangat memilukan. Berbagai persoalan timbul, apakah pelajar terbabit memiliki kes jenayah sebelum ini hingga satu tindakan kejam begitu dilakukan? Apakah tiada cara lain selain menembak? Apakah polis yang cekap tidak mampu menangani pelajar 15 tahun yang hanya dikatakan bersenjata parang panjang? sini

Lebih menimbulkan persoalan ialah dakwaan rakan pelajar terbabit bahawa pihak polis telah menembak kereta mereka ketika memotong MPV polis. Rakan pelajar terbabit mendakwa polis membelasahnya beramai ramai dan beliau sempat lari sini.

Sebagai rakyat Malaysia, tentunya kita amat sedih dengan apa berlaku. Lebih memilukan ia berlaku terhadap seorang pelajar melayu di bawah umur. Tindakan kenyataan pihak polis ketika siasatan masih dijalankan juga suatu tindakan diluar peraturan. Kita amat berharap agar siasatan yang telus dijalankan serta memberi keadilan . Jangan ada usaha menutup kesalahan terutama pihak polis. Jika rakyat meragui siasatan tersebut, kesannya amat besar. Hilang kepercayaan kepada pihak polis akan menyebabkan kesan yang serius. Kita adalah negara yang mempunyai undang undang dan BUKAN NEGARA POLIS!

Teruskan Baca “MALAYSIA BUKAN NEGARA POLIS!!”  »»

Selasa, April 27, 2010

BN bukan lagi parti masa depan - Mustafa

KUALA LUMPUR, 27 April: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, Barisan Nasional (BN) bukan parti masa depan selepas hanya menang di kawasan terkawal seperti Felda dan kawasan miskin seperti Orang Asli.



Beliau turut menyifatkan kemenangan BN pada pilihan raya kecil Hulu Selangor Ahad lalu hanya sebagai kemenangan sementara.

"Pengundi yang lebih celik dan tidak terikat dengan kerajaan mengundi PKR. Tapi pengundi yang terikat seperti Felda, Orang Asli dan di ladang-ladang, trendnya kepada BN.

"Kalau kita lihat masa depan negara yang kita harapkan lebih demokratik, rakyat lebih membaca dan mempunyai kesedaran, Umno/BN ini bukan parti untuk masa depan sebenarnya.

"Orang yang mempunyai kesedaran semacam sudah tidak percaya kepada Umno/BN tapi lebih percaya kepada komponen dalam Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.

Justeru, katanya angin perubahan yang dikatakan oleh pemimpin Umno/BN tidak berlaku pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Ini, ujarnya kerana tidak berlaku pengurangan undi kepada calon Pakatan Rakyat daripada PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

"Walaupun kelihatan pimpinan BN gembira, namun bagi saya keputusan pilihanraya kecil ini tidak menggembirakan mereka. Mungkin gembira dalam gelisah.

"Kalau alasan yang mereka gunakan bahawa ini tanda satu angin perubahan rakyat Hulu Selangor kepada BN daripada Pakatan Rakyat, ia tidak berlaku sebenarnya. Ini kerana calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim tidak mengalami pengurangan undi berbanding tahun 2008," katanya.

Pada pilihan raya kecil itu, Zaid mendapat 23,272 undi berbanding 23,177 yang diperolehi allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada pilihan raya umum lalu, yang berjaya menewaskan Datuk G Palanivel dengan majoriti 198 undi.

Beliau juga berkata, bantuan media arus perdana berkempen untuk BN termasuk menyerang peribadi Zaid, tidak menjejaskan undi kepada PKR seperti yang diharapkan mereka.

"Media memainkan peranan dalam isu lompat melompat dalam PKR di Hulu Selangor, tidak ada kesan sebenarnya. Fitnah terhadap Zaid pun tidak ada kesan. Yang ada kesan ialah faktor lain yang menaikkan undi kepada BN," katanya.

Menurut Mustafa, kempen BN yang begitu hebat kepada rakyat Hulu Selangor menyebabkan mereka dapat menawan kembali pengundi yang memprotes calon BN pada tahun 2008, G Palanivel.

"Tahun 2008 banyak undi rosak kerana ada orang Melayu dan India yang tidak begitu senang dengan calon BN, G Palanivel dan mereka tidak keluar mengundi dan merosakkan kertas undi.

"Kali ini mungkin dengan kempen yang begitu hebat, tiga tokoh utama BN, Najib, Mahathir dan Muhyiddin turun sekaligus berkempen ,bermaksud mereka begitu terdesak untuk memenangi pilihan raya kecil ini.

"Pertambahan 2,000 undi yang diperoleh BN kali ini datang daripada undi yang rosak itu, yang dulunya satu protes, mereka sebahagiannya balik semula kepada BN.

“Yang keduanya undi pos. Mereka memperoleh majoriti 600 undi pos. Yang selebihnya mereka menggerakkan pengundi luar yang komited kepada BN untuk balik mengundi,” ujarnya.

Selain itu katanya, BN memberikan tumpuan kepada kawasan Felda, kawasan Orang Asli dan orang India.

"BN menumpukan kepada kawasan tradisi iaitu Felda, boleh dikatakan seluruh Felda dimenangi oleh BN. Orang Asli pula dilonggokkan di satu kawasan. Saya fikir perubahan tempat mengundi yang dikeluarkan SPR bagi membolehkan BN mengawal undi mereka.

"Dengan kemiskinan yang dihadapi Orang Asli, sudah tentu mereka termakan dengan apa yang diberikan BN. Undi India juga majoriti berpihak kepada BN," katanya.

Teruskan Baca “BN bukan lagi parti masa depan - Mustafa”  »»

Selasa, April 20, 2010

Muktamar PAS Kawasan Tawau Kali ke -22.

Sabtu-17 April bersamaan dengan 02 Jamadil Akhir 1431 H, Bertempat Madrasah Darul Hidayah

tepat jam 9.00 pagi Perasmian Mesyuarat Agung PAS Kawasan Tawau berjaya dilaksanakan dengan jayanya oleh Ketua Penerangan PAS Pusat Ust Idris Ahmad sekaligus menyampaikan Penerangan Isu-isu semasa.

Tetamu terhormat yang hadir pada hari tersebut termasuklah Pesuruhjaya PAS Sabah Tuan Haji Muhammad Abdullah, Timbalan 1 Pesuruhjaya PAS Sabah Tuan Hj Hamzah Abdullah serta Encik Ahmad Dullah Ajk PAS Pusat.

Ucapan Perasmian Ust Idris Ahmad ( Ketua Penerangan PAS Pusat)

Pesuruhjaya PAS Sabah Ayahanda Tuan Hj Muhammad Abdullah

Tuan Hj Hamzah Abdullah
(Timb. 1 Pesuruhjaya PAS Sabah)
Sekitar 50 lebih pelajar pondok madrasah yang hadir memenuhi kerusi kosong dan ditambah dengan pewrwakilan-perwakilan dan cawangan-cawangan daripada Jalan Apas, Cawangan Taman Ria, Cawangan Pasir Putih, Merotai dan cawangan Umas-umas.

Ahad-18 April, Mesyuarat Agung PAS Kawasan Tawau, Bertempat Hotel MB. Bermula tepat jam 8.30 pagi yang dihadiri lebih seratus orang yang terdiri daripada Dewan Pemuda, Dewan Muslimat, perwakilan-perwakilan, serta cawangan-cawangan.
Barisan Saf Kepimpinan PAS Kawasan Tawau.

Mohd Kasman K.
Perwakilan Dewan Pemuda Tawau

Usul Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau untuk PAS Kawasan ambil tindakan ialah
* Menggesa agar pihak kerajaan untuk berbincang dengan pihak pemaju untuk menghantar memorendum agar setiap taman-taman yang dimajukan dapat dibangunkan masjid-masjid untuk orang ramai beribadat.

Semoga PAS Kawasan akan terus dan terus maju kehadapan serta dapat mencapai kehendak yang di tuju dan dapat merealisasikan tema "MENUJU PERUBAHAN, PERKASAKAN PAKATAN"..demi membela nasib rakyat khususnya dibumi Tawau.. TAKBIR!!!!!!!!

Teruskan Baca “Muktamar PAS Kawasan Tawau Kali ke -22.”  »»

Isnin, April 12, 2010

Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau Kali ke-20 (DPPKT)


04 April 2010 bersamaan dengan 19 Rabiul Akhir 2010 merupakan tarikh yang dipilih oleh semua Ajk & Exco Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau untuk mengadakan Mesyuarat Agung bagi pihak Dewan Pemuda PAS Tawau. Setiausaha PAS Kawasan Tawau, En.Muhammad Nasir Ali menghantar surat arahan kepada semua Dewan-dewan agar Mesyuarat Agung dilaksanakan secepat mungkin. Isi kandungan surat Notis Mesyuarat Agung PAS Kawasan Tawau yang dihantar oleh Setiausaha , bahawa PAS Kawasan Tawau akan ber-Mesyuarat pada Tarikh : 18 April 2010, Bertempat di Hotel De Choice Tawau.

** Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau & juga Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau telah ber-Mesyuarat pada tarikh yang sama iaitu : 04 April / 19 Rabiul Akhir (Ahad). Tempat yang berbeza dimana DPPKT ber-Mesyuarat di Markaz Tarbiah PAS Jln Kuhara & DMPKT ber-Mesyuarat di Dewan Bestari, Samsari Consultancy.

** Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau telah dirasmikan oleh Yang diPertua PAS Kawasan Tawau, Tuan Mohamad Bin Husain.

** Mesyuarat yang bermula seawal jam 8.00 pagi telah dimulakan dengan alunan Gema Wahyu oleh Ust. Rusli Hasani seterusnya ucapan Perasmian dan diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Panitia , En.Darwisy Dahlan yang juga merupakan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau.

**Setelah itu, disusuli dengan Ucapan Dasar Tahunan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau, Ustaz Muhammad Nazri Mokhtar dengan ucapan yang penuh semangat.

** Ucapan Dasar beliau pada tahun ini lebih memfokuskan beberapa perkara ataupun aspek yang perlu diambil tindakan oleh setiap Ajk Pemuda untuk merealisasikan tema pemuda iaitu "MELANGKAH GAGAH"..Antara aspek utama iaitu:
a) Menggerakkan Cawangan
-Menjadikan Pemuda PAS tumpuan pemuda ke cawangan masing-masing melalui program tarbiah,sukan.
b) Kebajikan
-Kelab PAS Prihatin memberi bantuan kepada masyarakat yang meliputi bahan makanan, keperluan asas dan pendidikan
c) Tarbiah
-Usrah, Tamrin,Tarbiah Ruhiyyah secara Peribadi,Penambahan ilmu serta pengkaderan Ahli-ahli baru.
d) Politik
-Meyebarkan pengaruh dan peranan PAS, Menjuarai isu-isu masalah masyarakat,menyebarkan dakwah dan penerangan berkenaan perjuangan islam.

Sidang Pemerhati yang hadir pada hari tersebut

Medan Pebahasan

*** Ketua Pemuda PAS Kawasan Tawau menaruh harapan kepada semua ahli Pemuda agar menyiapkan diri untuk terus istiqamah dalam perjuangan ini. Terlalu banyak kerja islam yang perlu diselesaikan berbanding dengan jumlah kita yang sedikit ini. Tingkatkan semangat pengorbanan, banyakkan bersabar dalam menghadapi ujian dan dugaan. Tingkatan kefahaman dan penghayatan terhadap rukun-rukun baiah yang menjadi pegangan kita sebagai ahli jemaah islam..


===Firman Allah S.W.T : Dan janganlah kamu merasa lemah ( dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan islam, dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang menimpa kamu, padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi mush dengan mencapai kemenangan)jika kamu orang-orang yang beriman....


Teruskan Baca “Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau Kali ke-20 (DPPKT)”  »»

Isnin, Mac 29, 2010

Minyak Sabah Untuk Siapa?




Semua rakyat Sabah, tidak kira apa fahaman politiknya , NGO, anak sabah, dijemput hadir untuk mendengar dan berkongsi cerita sebenar di sebalik royalti minyak. Ianya amatlah penting kerana kita merupakan salah sebuah negeri pengeluar minyak dan Tengku Razaleigh merupakan mantan Pengerusi Petronas. Pasti banyak pengalaman dan cerita yang bakal kita kongsi bersama. Ceramah Perdana tersebut akan diadakan pada 2 April 2010 (Jumaat) bertempat di Dewan Hongkod Koisaan (KDCA), Penampang bermula jam 8 Malam.



Banyak perkara yang kita semua tidak maklum mengenai royalti minyak ini terutama Minyak Sabah Untuk Siapa?. Apakah faedahnya disalurkan kepada rakyat Sabah atau ‘mereka’ yang berkepentingan? Maka untuk mengetahui dengan sejelasnya, datanglah beramai-ramai ke Ceramah Perdana ini dan segalanya bakal terjawab dengan ceramah Tengku Razaleigh Hamzah.

Adalah dipercayai oleh rakyat Sabah bahawa 5 % royalti yang diterima Negeri Sabah adalah daripada sumber minyak sahaja dan tidak termasuk gas asli.Petronas pada masa kini mempunyai kepentingan di dalam 31 buah Negara pada 2005, kumpulan Petronas terdiri daripada 103 buah anak Syarikat, 19 buah separuh pemilikan dan 57 buah syarikat berkepentingan, kesemua terlibat dalam aktiviti asas gas dan minyak.Sabah adalah diantara pemilik minyak dan gas cecair, di mana pada masa kini mengeluar 290,000 tong minyak sehari. Bagaimanapun, Sabah (NEGARA) adalah sebuah negeri yang paling miskin dan paling mundur di Malaysia.

-http://www.sabahkini.net/v1/index.php?limitstart=21




Teruskan Baca “Minyak Sabah Untuk Siapa?”  »»

Dewan Pemuda PAS Tawau © DPPKT Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,TB 322, Tingkat 3, Blok 38 Jln. St.Patrick, Kompleks Fajar,PS.62040 91030, Tawau Sabah Tel: 089-760214.

KEMBALI KEATAS