[harga+minyak.jpg]

Ahad, Ogos 30, 2009

Bengkel Kewartawanan

Tawau, Sabtu, 29 Ogos, Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau telah menganjurkan Bengkel Kewartawanan di pejabat PAS Kawasan Tawau untuk melahirkan penulis penulis berita yang melaporkan isu-isu yang berlaku di kawasan Tawau dan sekitarnya.





Bengkel yang dikelolakan oleh saudara Ahmad Dullah ini memberi pendedahan awal kepada peserta bengkel mengenai pengertian berita, ciri ciri , jenis dan dari mana sumber sumber berita boleh diperolehi.





Peserta juga diberi tunjuk ajar mengenai cara cara pengumpulan berita, teknik penulisan berita dan bentuk bentuk pendahuluan berita yang biasa digunakan oleh media tempatan.


Beliau yang mempunyai pengalaman sebagai wartawan akhbar Harakah juga tidak ketinggalan menceritakan sedikit sebanyak pengalaman beliau semasa bertugas supaya peserta dapat gambaran awal bagaimana tugas seorang wartawan ketika menjalankan tugas yang sekaligus menyuntik semangat peserta untuk menghasilkan berita.





Teruskan Baca “Bengkel Kewartawanan”  »»

Jumaat, Ogos 28, 2009

Hukuman rotan syariah tidak melukakan

Komentar Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing.



Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Apabila asasnya adalah nas, maka ia adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ia berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 hingga 80 rotan jumlahnya.

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi.

Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ia memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan.

Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam.

Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam.

Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – sama ada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.

Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk Aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi!

Artikel ini diterbitkan sepenuhnya daripada kenyataan media Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang


Teruskan Baca “Hukuman rotan syariah tidak melukakan”  »»

Khamis, Ogos 27, 2009

KENYATAAN MEDIA PAS KAWASAN TAWAU BERHUBUNG DENGAN ISU ELEKTRIK

1. PAS Kawasan Tawau sangat prihatin dan simpati dengan nasib rakyat seluruh Tawau yang terpaksa meneruskan penghidupan harian mereka dalam keadaan terus-menerus setiap hari menerima gangguan bekalan elektrik.

2. PAS Kawasan Tawau juga melahirkan rasa bimbang dengan gangguan bekalan elekterik ini akan menggagalkan malahan mencacatkan ibadat puasa dan lain-lain ibadat umat yang sangat diharap dan di sanjungi dan di tunggu-tunggu oleh umat Islam dan hanya boleh dilakukan dalam bulan Ramadan sahaja.

3. PAS Kawasan Tawau menuntut supaya kerajaan mengkaji dan seterusnya membayar ganti rugi terhadap kerosakan akibat dari bekalan elektrik yang tidak menentu ini dan kerajaan perlu memberi pampasan kepada seluruh rakyat Tawau ekoran ketidakselesaan dan gangguan mental serta tekanan yang dihadapi berikutan dengan gangguan bekalan elekterik ini.

4. PAS Kawasan Tawau juga menuntut supaya kerajaan merombak pengurusan SESB dan Lembaga Elektrik Sabah dan mengkaji semula semua kontrak SESB dengan pembekal-pembekal tenaga bebas. Dalam hal ini kami mencadangkan supaya kerajaan melantik satu perunding pengurusan bagi mengkaji dan membuat cadangan supaya satu sistem urus tadbir yang sistemetik dan telus dapat dibuat untuk SESB.


En .Mohamad Husain
Yang Dipertua
PAS Kawasan Tawau


Teruskan Baca “KENYATAAN MEDIA PAS KAWASAN TAWAU BERHUBUNG DENGAN ISU ELEKTRIK”  »»

Rabu, Ogos 26, 2009

PERUTUSAN PESURUHJAYA PAS SABAH







"wahai orang-orang yang beriman diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"

AL-BAQARAH:183


Bulan ramadan ialah bulan ibadah,bulan tarbiah,bulan penyucian jiwa,bulan mendidik nafsu,bulan kasih sayang,dan bulan untuk mencari rahmat keampunan dan keredaan Allah s.w.t.Saya menyeru kepada diri saya,ahli keluarga,ahli PAS,serta kepimpinan PAS Kawasan dan seluruh masyarakat di Sabah agar mengambil ruang seratu peratus dalam bulan ramadan pada kali ini dilaksanakan dengan ikhlas, sudah semestinya natijah daripada amalan berkenaan dapat membina peribadi dan meningkatkan kualiti sahsiah diri masyarakat islam.

Bulan ramadan jangan sama sekali mendikan diri kita secara terus-menerus ditunggangi oleh tuntutan nafsu dengan membazir makanan,berbelanja secara boros, membuang masa, membanyakkan tidur dan melakukan perbuatan yang sia-sia. Jadilah kita insan yang sentiasa bersyukur dan sentiasa memikirkan peristiwa-peristiwa yang berlaku di dunia ini untuk lebih dekat dengan Allah s.w.t.

Saya sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t, agar wabak H1N1 yang melanda dunia sekarang ini tidak berpanjangan, kenaikan harga barangan dalam negara tidak berterusan, masalah sosial dapat dibendung dan kelembapan ekonomi dapat dipulihkan
Semua yang berlaku di depan mata kita sebenarnya ada hikmah dan pengajarannya.Perkara berkenaan dapat dibendung apabila seluruh masyarakat, rakyat, pemimpin kembali kepada islam.Mengabaikan dan meminggirkan islam bererti kita mendedahkan diri kepada kebinasaan samada dunia atau di akhirat

Akhir bicara,sekali mlagi saya dan seluruh Kepimpinan PAS Sabah mengucap kan selamat melaksanakan ibadah dalam bulan Ramadan bersama keluarga tersayang, moga-moga Ramadan kali ini dapat menyinari kehidupan anda dengan amalan takwa secara berterfusan.


"PAS UNTUK SEMUA"

Sekian, wassalam.

TUAN HAJI MOHAMAD ABDULLAH,
PESURUHJAYA,PAS
NEGERI SABAH










Teruskan Baca “PERUTUSAN PESURUHJAYA PAS SABAH”  »»

Selasa, Ogos 25, 2009

Di Permatang Pasir, PAS kekalkan kemenangan besar.

Harakahdaily
Tue | Aug 25, 09 | 7:16:13 pm MYT



KUALA LUMPUR, 25 Ogos:PAS mengulangi kemenangan besar yang dicapai dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac tahun lalu apabila kiraan undi rasmi menunjukkan calonnya, Mohd Salleh Man mengatasi pesaing daripada Barisan Nasional, Rohaizat Othman dengan majoriti melebihi 4,551.

Kiraan rasmi menunjukkan PAS mendapat 9,618 undi berbanding 5,067 diperolehi BN, menambahkan lagi pukulan kepada BN yang belum pernah memenangi pilihan raya kecil di Semenanjung sejak selepas pilihan raya umum lebih setahun lalu.



Kerusi Dun Permatang Pasir dimenangi wakil PAS Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman dengan majoriti 5,433 undi dalam Pilihan Raya Umum-ke 12, kemenangan ketiga dan dengan majorit terbesar dalam tiga pilihan raya dimenangi PAS sejak 1999.

Kemenangan ini menyaksikan majoriti merosot diperolehi PAS dipercayai akibat hari pengundian yang dilakukan pada hari bekerja.

Jumlah keluar mengundi merosot kepada 73.1 peratus daripada 82.57 peratus pada pilihan raya umum yang lalu.



PAS telah menjalankan kempen dengan lancar sejak hari pertama kempen ekoran masalah peribadi calon BN berhubung salah laku melibatkan wang anak guamnya berjumlah RM161,000.



Umno yang berharap untuk mengulangi peningkatan undi diperolehi di Manek Urai gagal mencapai matlamat tersebut dalam menghadapi PAS di kubu kuatnya yang juga kerusi tunggal PAS di Pulau Pinang.

Teruskan Baca “Di Permatang Pasir, PAS kekalkan kemenangan besar.”  »»

Sabtu, Ogos 22, 2009

Bekas rakan kongsi Rohaizat Othman tampil membersihkan diri

Bekas rakan kongsi Rohaizat Othman - calon BN di pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir - hari ini tampil memberi penjelasan bagi membersihkan dirinya daripada 'dikambinghitamkan' berhubung kes membabitkan pembelian hartanah oleh Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang (KPGNPP) pada 2002.




Yusri Isahak, bekas rakan kongsi firma guaman Saif Ariff dan Rohaizat, membuat penjelasan itu sebagai menjawab laporan Utusan Malaysia yang memetik ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan sebagai berkata Rohaizat hanya bertanggungjawab ke atas tindakan yang dilakukan rakan kongsinya.


Ahmad Maslan dilaporkan berkata, tindakan tatatertib ke atas Rohaizat berdasarkan aduan KPGNPP membabitkan pembelian satu hartanah yang dikendalikan firma mereka, waktu itu.

Ahmad juga dilaporkan berkata, semua urusan jual beli untuk pihak KPGNPP dikendalikan Yusri dan diterima secara eksklusif dan dideposit ke dalam akuan klien firma tersebut di Bank Islam Cawangan Butterworth.

Menurut Ahmad lagi, akaun berkenaan termasuk semua surat berhubung KPGNPP ditandatangani dan diuruskan Yusri yang menjadi rakan kongsi beliau dari tahun 1999 hingga 2003.

Berikut adalah kenyataan penuh yang dibaca oleh Yusri dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

Pada tahun 2002, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad mencadang membeli sebidang tanah untuk meluaskan perniagaan mereka dan telah melantik Firma Guaman Saif Ariff and Rohaizat untuk menguruskan pembelian tanah tgersebut.

Yusri dan Rohaizat telah berbincang dengan lembaga pengarah koperasi tentang syarat syarat perjanjian jual beli. Setelah semua dipersetujui Yusri telah menyediakan perjanjian jual beli tanah tersebut.

Untuk tujuan pembelian ini, koperasi telah memohon pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi. Pinjaman tersebut telah diluluskan dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman.

Namun atas sebab masalah komunikasi dengan penjual, yang tinggal di Acheh, jual beli tersebut telah tidak disempurnakan.

Dalam pada itu, koperasi memerlukan sejumlah wang untuk tujuan pengembangan perniagaan mereka. Yusri telah menandatangan satu cek berjumlah RM100,000 atas nama koperasi dan diberikan kepada pihak koperasi. Maka baki RM220,000 masih tersimpan di dalam akuan firma.

Sementara itu, seorang pelanggan, kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasabaik firma (guaman) untuk membiayai bayaran baki RM100,000. Beliau terdahulu telah membayar RM30,000 kepada penjual.

Firma telah bersetuju untuk meminjamkan RM100,000 yang diambil dari wang koperasi kepada pelanggan (tersebut) untuk menyempurnakan jualbeli tanah tersebut dengan syarat beliau membayar balik pinjaman.

Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut.

Malangnya, firma gagal menjual keseluruhan tanah (tersebut) sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan.

Sebahagian daripada baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga kenalan Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan juga untuk pengurusan cawangan baru firma di Ipoh.

Saya bertanggungjawab menguruskan cawangan firma di Ipoh, sementara Rohaizat menumpu sepenuhnya di firma Butterworth.

Saya tidak lagi memantau akaun-akaun pelanggan di cawangan Butterworth sehinggalah saya meninggalkan firma pada November 2003.

Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Maslan seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online bertarikh 19 Ogos 2009 bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, saya ingin tegaskan bahawa ia adalah satu pembohongan.

Ini adalah kerana segala urusan pembelian tanah tersebut dan penggunaan wang koperasi di buat dengan pengetahuan dan penglibatan Rohaizat seperti yang dijelaskan di atas.

Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut.

Sepatutnya Rohaizat menceritakan perkara sebenar dan tidak meletakkan tanggungjawab dan kesalahan hanya kepada rakan kongsi untuk membebaskan dirinya sendiri.

Merujuk kepada kepada kenyataan Ahmad Maslan yang mengangkat Rohaizat sebagai "wira" kerana membayar balik wang koperasi baru-baru ini, saya ingin tegaskan sesungguhnya beliau sewajarnya menyelesaikan pembayaran pada 2003 lagi ketika cawangan Ipoh telah menjana pendapatan yang agak lumayan.

Seyugia diingatkan bahawa cawangan Ipoh ditubuhkan dan diuruskan dengan sebahagiannya menggunakan wang dari akaun klien koperasi pekebun getah Pulau Pinang.

Layakkah title itu diberikan oleh Ahmad kepada Rohaizat? Saya percaya Ahmad Maslan tidak sedar akan kedudukan sebenarnya atau lebih malang lagi kalau beliau sengaja berpura-pura tidak tahu?

Wirakah Rohaizat ketika enggan, cuai, dan gagal menghadirkan diri di hadapan Majlis Peguam pada 14 September 2007 untuk memberi penjelasan ke atas satu kes besar yang beliau hadapi.

Dakwaan Ahmad Maslan bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan atau pengetahuan mengenai transaksi jual beli tanah itu, menggambarkan Rohaizat selaku senior partner di dalam firma tersebut, tidak tahu apa-apa tentang urustadbir pejabat.

Apakah dakwaaan Ahmad Masalam ini lojik dan munasabah? Transaksi sebesar ratusan ribu yang dijalankan rakan kongsinya, didakwa tidak diketahuinya?

Tidak masuk akal langsung sebagai seorang yang berpendidikan tinggi!

Saya berharap dengan penjelasan ini, saya dapat membersihkan diri saya daripada dikambinghitamkan dalam kes kecuaian Rohaizat yang membawa kepada pembatalan pendaftaran beliau sebagai penguambela dan peguamcara.

Kredit : Tranungkite.net

: Sharpshooter

Teruskan Baca “Bekas rakan kongsi Rohaizat Othman tampil membersihkan diri”  »»

Selamat Menjalani Ibadah Puasa



Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau mengucapkan SELAMAT BERPUASA buat semua muslimin muslimat, pembaca blog ini.

Bersama sama kita menambah amal ibadah kita pada bulan yang penuh berkat ini.




Kain rentang seperti ini dapat dilihat di sekitar bandar Tawau. Menunjukkan kebersamaan kami dengan kalian semua

Teruskan Baca “Selamat Menjalani Ibadah Puasa”  »»

Rabu, Ogos 19, 2009

Tuan Guru Nik Aziz perjelas isu "sokong UMNO tak boleh masuk syurga"

Media Pro kerajaan tak habis habis memutar belitkan kenyataan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat... dari dahulu hingga sekarang dengan pelbagai muslihat yang mereka gunakan untuk memburukkan nama tok guru....

(Gambar sekadar hiasan)

pernah kedengaran suatu ketika dahulu kononnya tuan guru sebut "Allah samseng"... "Allah mencarut"... tapi akhirnya senyap begitu sahaja setelah rakyat umumnya telah mendapat penjelasan mengenai isu itu...

Kini.. mereka sekali lagi menggunakan taktik lapuk itu dengan melabel tuan guru Nik Aziz sebagai EKSTREM.. Bagi kami (Ahli PAS) mudah saja, kalau nak rakyat faham sejelas jelasnya... biar mereka menilai sendiri apakah tuan guru benar benar mengatakan sedemikian...

Radio Televisyen Malaysia dan Media Prima patut siarkan rakaman video atau audio sebenar kenyataan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung isu "Ahli Umno tak masuk syurga."

media pro kerajaan nampaknya tak serik lagi sebagai contoh Utusan Malaysia sebelum ini pernah memohon maaf di atas kesilapan memutar belit kenyataan Nik Aziz berhubung cadangan kerajaan perpaduan yang pada waktu itu sedang hangat diperdebatkan yang disiarkan mereka pada 15 Jun 2009.

Kenyataan Nik Aziz dipetik sebagai "nasihat saya mesti didengar"sedangkan kenyataan sebenar adalah "nasihat saya tidak semestinya didengar".

Di sini terdapat video dari Tuan Guru sendiri memperjelaskan apa sebenarnya yang diucapkan berbanding apa yang digembar gemburkan oleh media pro kerajaan.






Teruskan Baca “Tuan Guru Nik Aziz perjelas isu "sokong UMNO tak boleh masuk syurga"”  »»

Selasa, Ogos 18, 2009

Tanjung Batu Tawau Terbakar Lagi



17hb Ogos 2009 (Isnin) merupakan hari yang cukup menyedihkan buat warga Tanjung Batu Tawau.... satu kejadian kebakaran terjadi sekali lagi dalam masa terdekat yang memusnahkan 30 buah rumah. Tak sampai semingga selepas kejadian yang sama berlaku di Kg Vietnam berdekatan dengan kawasan ini.






Kejadian ini berlaku sekitar pukul 4pm menyebabkan berpuluh lagi keluarga tinggal sehelai sepinggang.



PAS Kawasan Tawau mengucapkan TAKZIAH buat mangsa mangsa kebakaran di Tanjung Batu Tawau. Semoga sabar atas musibah yang menimpa.





InsyaAllah, PAS Tawau akan cuba menghulurkan bantuan yang termampu.



Kepada sesiapa yang ingin menyumbang , boleh berbuat demikian dengan memasukkan wang terus ke dalam akaun PAS Tawau. Butirannya seperti berikut :

Bank Islam : 10025010006556
E-mail : pastawau88@gmail.com
(Jika telah membuat sumbangan tolong maklumkan dengan menghantar slip transaksi sebagai bukti sumbangan anda)



Kredit : Mat Bulan (Gambar2 kebakaran)


Teruskan Baca “Tanjung Batu Tawau Terbakar Lagi”  »»

Isnin, Ogos 17, 2009

PAS TAWAU Menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran

Sabtu lepas (15hb Ogos 2009), PAS kawasan Tawau telah turun padang ke Kg Vietnam, Tanjung Batu Laut Tawau untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa mangsa kebakaran di sana.



Kebakaran ini memusnahkan lebih daripada 20 buah rumah yang menyebabkan 25 keluarga tinggal sehelai sepinggang.



Antara pemimpin PAS yang hadir untuk memberikan bantuan adalah Naib Presiden PAS, YB Datuk Salahuddin Ayub, Pesuruhjaya PAS Negeri Sabah, Tuan Haji Muhammad Abdullah.




Ianya dimulakan dengan lawatan ke tapak bencana sambil mendengar rintihan dan keluh kesah penduduk yang ditimpa musibah kemudian sedikit ucapan dari Naib Presiden PAS Pusat YB Salahuddin Ayub.



Bantuan yang dihulurkan berupa bekalan makanan dan wang yang insyaAllah akan sedikit sebanyak membantu meringankan beban yang ditanggung mangsa kebakaran ini.





Rakyat tempatan juga tidak lupa untuk bergambar sebagai tanda kenangan dan terima kasih kepada PAS Kawasan Tawau.



Ini merupakan satu lagi usaha dari PAS kawasan Tawau yang begitu perihatin terhadap rakyat di Tawau khususnya supaya insyaAllah membuka hati dan mata penduduk setempat terhadap perjuangan Islam yang sebenar.

Teruskan Baca “PAS TAWAU Menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran”  »»

Rabu, Ogos 12, 2009

Kebakaran di Kg Vietnam Tawau

Dewan Pemuda PAS Tawau megucapkan sekalung Takziah buat keluarga keluarga mangsa kebakaran di Kg Vietnam Tawau. Semoga sabar atas musibah yang melanda.









Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: (Innalillahi wa inna ilahirajiun) "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayah-Nya. – al-Baqarah (2) : 157




Teruskan Baca “Kebakaran di Kg Vietnam Tawau”  »»

Sabtu, Ogos 08, 2009

Program Bersama Tuan Guru

Alhamdulillah,terima kasih kami ucapkan pada Yang Berhormat Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang,Presiden Parti Islam Semalaysia(PAS) kerana kesudian beliau mengunjungi kami di Tawau bersama-sama dengan rombongan pada 2 hingga 4 Ogos baru-baru ini.

02 OGOS 2009 ( KETIBAAN )-10.05am

kelihatan barisan Pimpinan PAS Kawasan Tawau sedang menanti ketibaan Tuan Guru Presiden



Sempat bergambar dengan Tuan Guru setibanya di Lapangan Terbang Tawau


02 OGOS 2009(MAJLIS KERAIAN)- 11am

Sahabat dari Kinabatangan yang diketuai oleh ust Zaidi turut hadir walaupun terpaksa meredah ratusan kilometer untuk sampai ke Tawau





02 OGOS 2009 (SOLAT ZOHOR DI MASJID BANDAR)-12.30pm

cg Kadar mempengerusikan majlis tazkirah selepas solat zohor


YB Dato Seri Tuan Guru sempat menyampaikan tazkirah pada para jemaah

antara jemaah yang hadir mendengar tazkirah

Jemaah tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Tuan Guru Presiden



02 OGOS 2009 (MAJLIS DIALOG) 4pm-6pm

petugas melakukan persiapan untuk sesi dialog




Ratusan yang hadir pada majlis dialog sehingga ada yang terpaksa berdiri



sesi bergambar bersama Tuan Guru


pegawai dari cawangan Khas(SB) tersipu-sipu malu bila gambarnya dirakam



02 OGOS 2009( MAJLIS MAKAN MALAM ) 8pm

Tuan Guru dan rombongan diraikan di rumah Tuan YDP Tawau


HARI KE-2


Pada hari yang ke-2,kami bersama rombongan Tuan Guru bertolak ke Semporna tepat jam 2.30pm, di sana sudah menunggu program-program yang telah diaturkan oleh cg Bob dan teman-teman.

03-04 OGOS 2009( PROGRAM JOM MEMANCING ) 5.30opm-10.00am

Inilah kapal yang kami gunakan untuk memancing kapal 'KURNIA 4' milik penduduk tempatan Semporna

Sempat bergambar sebelum memulakan aksi




Tok Guru dan YDP PAS Tawau antara yang paling awal melontar mata kail ke laut

Tuan YDP PAS Kawasan Tawau,Johan Kategori Ikan Paling Besar dan Berat

Cikgu Wahidir dari Tawau Johan Kategori Pemancing yang paling awal mendapat Ikan
Pak Yazid dari Sandakan Johan kategori pemancing paling banyak mendapat ikan


03 OGOS 2009(CERAMAH UMUM,SEMPORNA) 8pm-10.30pm


Tuan Guru Presiden disambut oleh orang ramai setibanya di tapak ceramah

Pengerusi Jemputan memulakan bicara di hadapan ratusan penduduk tempatan yang hadir

Ust Nik Zawawi,Ketua penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat Penceramah pertama pada malam itu

Orang ramai terpegun dengan hujah-hujah yang disampaikan oleh Tuan Guru yang begitu mantap dan berkesan

Sesungguhnya 3 hari bersama Tok Guru adalah pengalaman yang sukar dilupakan.Terima kasih pada sahabat-sahabat yang telah bertungkus lumus mengerah tenaga demi memastikan program berjalan seperti yang dirancang. Ampun maaf sekiranya terdapat sebarang tingkah laku atau kekasaran bahasa yang dilontarkan sepanjang kita bersama dalam program ini.Ketahuilah semua itu berlaku kerana kita semua mahu memastikan keselamatan para tetamu dan kelancaran program menjadi tumpuan yang paling utama.

Pada teman-teman yang tidak berkesempatan untuk bersama dengan Tuan Guru Presiden pada kali ini,artikel ini aku tujukan khas untuk kalian semua,semoga kalian juga turut merasa apa yang kami rasa,semoga kita bertemu lagi dilain masa,InsyaAllah..

Sumber : Mat Bulan

Teruskan Baca “Program Bersama Tuan Guru”  »»

Dewan Pemuda PAS Tawau © DPPKT Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,TB 322, Tingkat 3, Blok 38 Jln. St.Patrick, Kompleks Fajar,PS.62040 91030, Tawau Sabah Tel: 089-760214.

KEMBALI KEATAS