[harga+minyak.jpg]

Ahad, Disember 11, 2011

Penerangan ISA & Serah Sumbangan kepada Keluarga Mangsa ISA.

AHAD / 11-12-2011 : Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau dan PAS Kalabakan serta kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa ISA. 
Majlis dihadiri lebih kurang 70 orang termasuklah keluarga daripada mangsa-mangsa ISA daripada Tawau.


Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Pemuda PAS Kalabakan Sdr. Usman Madeaming, Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah. dan seterusnya mendengar ucapan daripada Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Sdr Lahirul Latigu.

Sdr Lahirul Latigu dalam ucapannya menegaskan pendirian PAS negeri Sabah akan membantu  sedaya upaya kepada keluarga mangsa-mangsa ISA. Beliau juga menegaskan bahawa prinsip pendirian PAS Negeri Sabah akan berjuang dalam menegakkan keadilan sepertimana dalam manifesto Pakatan Rakyat bahawa akan memansuhkan Akta ISA. 

Ucapan Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah (Lahirul Latigu)

Petikan Akhbar Utusan Muka 15 Pada Tarikh 24 November 2011
 
 Menyampaikan sumbangan kepada keluarga Mangsa Tahanan ISA

Bergambar Bersama Keluarga Tahanan ISA
 
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah kerjasama dengan Gabungan Gerakan Mansuhkan ISA komited untuk membantu keluarga mangsa tahanan ISA serta mendesak kepada pihak berkenaan untuk membebaskan tahanan syarat.


Teruskan Baca “Penerangan ISA & Serah Sumbangan kepada Keluarga Mangsa ISA.”  »»

Khamis, November 17, 2011

TAHANAN ISA


                                                           KENYATAAN AKHBAR

TANGKAPAN AKTIVIS ISLAM DI BAWAH ISA (AKDN)

  1. Masyarakat seluruh Tawau digemparkan dengan berita penangkapan 10 pendakwah dan aktivis Islam di Tawau pada hari Isnin 14. November 2011. PAS Sabah mohon supaya pihak polis mengeluarkan kenyataan  bagi menjelaskan kedudukan sebenar supaya berita ini tidak disalah tafsir dan akan menimbulkan pelbagai sangkaan buruk terhadap setiap orang yang ditangkap.

  1. Tangkapan pendakwah dan aktivis Islam dengan perbagai profesion tersebut dilakukan oleh pegawai-pegawai polis dari Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter Terorism) Bukit Aman diketuai oleh DSP Azman bin Omar. Keluarga / Waris orang yang ditangkap dimaklumkan sehari kemudian yang mereka ditangkap di bawah Seksyen 73 (1) AKDN 1960 (ISA).

  1. Penangkapan tanpa waran, tanpa notis atau dimaklumkan dilakukan di hadapan  isteri dan anak-anak terlalu tragis. Situasi ini dilakukan oleh pihak polis yang lengkap bersenjata dengan cara yang kasar bagai satu rompakan dan dirampas beberapa komputer riba (laptop) dan sejumlah wang tunai.

  1. Baru sahaja Perdana Menteri menghebahkan dengan gahnya bahawa ISA akan dimansuhkan kini kelegaan rakyat dikejutkan dengan tangkapan ISA. Di manakah kesungguhan Perdana Menteri,? Jujurkah beliau semasa membuat kenyataan pamansuhan ISA? Kini AKTA ISA yang “draconian” (mengerikan) itu menjelma kembali.

  1. Antara yang ditangkap adalah pendakwah yang disegani di seluruh Tawau. Apakah tangkapan ini menunjukkan sikap “bengis “kerajaan (UMNO-BN) terhadap kerja-kerja Islam? Masyarakat yang sakit moral kini sangat perlukan pendakwah kenapa mereka ditangkap. Anehnya pembawa punca keruntuhan akhlak dan moral dibiar berleluasa. tanpa tindakan yang proaktif.

  1. PAS Sabah sangat dukacita dan kesal terhadap tindakan kejam dan tidak berperikemanusiaan yang akan menyebabkan porak-poranda kepada seluruh keluarga orang-orang yang ditahan dan sekali gus memberi kesan atau impak yang negatif terhadap masa hadapan  anak-anak mereka.

  1. PAS Sabah menuntut,  supaya semua tahanan tersebut dibebaskan serta merta tanpa syarat.



…………………………...
(Mohd. Aminuddin Aling)
            Pesuruhjaya PAS Sabah

            14hb November 2011


Berikut merupakan senarai nama yang ditangkap (Butiran tidak rasmi)

BIL
SENARAI NAMA
PEKERJAAN
1
MOHD NAZRI BIN DOLLAH
GURU AGAMA SMK KINABUTAN
2
YUSOF BIN SARIPUDDIN
PENIAGA AYAM
3
MUHD ADNAN BIN UMAR
GURU PUSAT TUISYEN MJU
4
MUHD ABDUH BIN UMAR
PEMANDU LORI
5
ADWAN

6
FAIZAL BIN HAMMA
PENGEDAR AKHBAR HARIAN
7
JONI @ MUADZ
PENGEDAR AKHBAR HARIAN
8
AZMI

9
SURIADI

10
DARTO BIN BANDU
GURU PUSAT TUISYEN MJU
11
BAKAR BIN BABA
GURU SMK UMAS-UMAS


Teruskan Baca “TAHANAN ISA”  »»

Ahad, November 13, 2011

Dewan Pemuda PAS Tawau ringankan beban Penduduk Kg. Kijang

12-11-2011. Sabtu : Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau diketuai oleh Ketua Pemuda Kawasan Muhd Nazri Mukhtar dan beberapa Exko Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau dekati masyarakat Kampung Kijang, Merotai Besar dengan memberikan sumbangan beberapa buah kampit beras kepada penduduk sekitar kampung yang mana memerlukan.

Kampung Kijang yang majoriti penduduknya adalah kaum Bugis dan kaum Tidung menyambut baik kedatangan PAS di Kampung itu. En Sarhan (Gambar) mewakili penduduk kampung serta tuan rumah membuka ucapan dengan mengucapkan jutaan berbanyak terima kasih kepada PAS kerana hadir ke kampung bagi membantu masyarakat kampung Kijang dimana penduduknya perlukan bantuan dan beliau juga merasa terkejut dengan kehadiran PAS yang sanggup datang ke rumah beliau.

Disusuli dengan ucapan Ketua Pemuda PAS Kawasan Tawau, Muhd Nazri Mukhtar yang juga dalam ucapan beliau mewakili PAS Tawau mengucapkan terima kasih kerana sudi menerima kehadiran PAS di Kampung tersebut. Beliau (Gambar) menerangkan hasil sumbangan diberikan adalah daripada Tabung Kebajikan Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau yang di Pengerusikan oleh Sdr. Arizam. 

Tabung Kebajikan yang mengutip sumbangan tahun ini mencecah sebanyak RM9545.00 dan hasil sumbangan telah diagih-agihkan mengikut kampung-kampung yang terdapat di daerah tawau.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau sebelum ini telah memasuki 4 buah kampung iaitu, Kampung Tg Batu Laut, Kampung Sungai Apas, Kampung Ranggu, Kampung Padang Terbang dan termasuklah Kampung Kunak Jaya, Kunak. (memetik Ucapan Ketua Pemuda)

              Seramai dua puluh ahli keluarga menerima sumbangan daripada PAS Kawasan Tawau.


                                                 Bergambar bersama masyarakat kampung

Teruskan Baca “Dewan Pemuda PAS Tawau ringankan beban Penduduk Kg. Kijang”  »»

Isnin, Oktober 24, 2011

PAS TAWAU BERSAMA PAS KUNAK DEKATI MASYARAKAT KUNAK

23-10-2011 AHAD : bertempat di Kampung Buang Sayang, Kunak Jaya, rombongan PAS Tawau & PAS Kunak bekerjasama dan turun padang bagi melihat keadaaan penduduk disitu yang sudah tentu nasib mereka tidak terbela.


Rombongan kali ini yang diketuai oleh Sdr Kasman Karate, YDP PAS Kawasan Kunak dan beberapa Exko Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau termasuk Ketua Dewan Pemuda PAS Tawau, Mohd Mokhtar dan beberapa exko Kawasan Tawau yang juga turut hadir.


 Kampung Buang Sayang



 Jambatan Kampung Buang Sayang yang hanya tunggu masa untuk Patah.


Menurut penduduk kampung disini, mereka sudah lama mengadu kepada pihak berkenaan namun tiada tindakan yang diambil.



lebih kurang 200 meter panjang jambatan tapi sehingga kini belum lagi dapat dibaiki 



YDP PAS Kunak, Sdr Kasman menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penduduk kampung

Penduduk kampung Buang Sayang mengharapkan satu fenomena gelombang perubahan berlaku dalam PRU13 nanti dengan adanya PAS bertapak di Kunak ia merupakan petanda baik buat penduduk di kampung tersebut bagi menyampaikan hasrat mereka yang selama ini tidak diambil peduli oleh wakil rakyat atau kerajaan yang memimpin negeri tersebut.


Teruskan Baca “PAS TAWAU BERSAMA PAS KUNAK DEKATI MASYARAKAT KUNAK”  »»

Khamis, September 29, 2011

TIMBALAN PRESIDEN PAS PUSAT TURUN TAWAU & KALABAKAN

TIMBALAN PRESIDEN PAS PUSAT TURUN TAWAU & KALABAKAN

27-9-2011 : Selasa- TAWAU : Penduduk Tawau dikejutkan dengan kehadiran Timbalan Presiden PAS Pusat, Tuan Haji Mohamad Sabu ke Tawau & ke Kalabakan. Lawatan 2 hari beliau ke Sabah khususnya Tawau
& Kalabakan diisi dengan aktiviti yang amat padat seperti lawatan beliau ke lokasi dimana tempat berlakunya konfrentasi Askar Indonesia menyerang pada 29 Disember 1963 di Kalabakan.

Lawatan Pertama mengunjungi Bekas Tentera yang mendapat latihan di Port Dickson Pulau Pinang En. Ku Onn Tong yang sehingga kini Malaysia yang dikatakan telah merdeka puluhan tahun tidak lagi mendapat pembelaan dan masih memegang kad penduduk tetap ( IC Merah )

(GAMBAR) Merupakan anak dan isteri Ku Onn Tong (bekas tentera) sedang mencuci ka

in. Masih ada lagi r
akyat yang hidup seperti belum merdeka.


(GAMBAR BAWAH ). Bukti beliau merupakan bekas tentera yang dihantar ke Pusat Latihan Pasukan Setia Negara di Port Dickson Pulau Pinang.














































































JAM8.35 malam bertempat di Hotel Emas, lebih 700 orang memenuhi ruang dewan bagi mendengar Ucapan beliau. Turut hadir Sdr. Gan Chee Chan pimpinan PKR Tawau, Sdr. Chan dari DAP turut hadir utk memberikan ucapan.





















28-9-2011/KALABAKAN : Dialog bersama penduduk Kampung Ulu Kalabakan disambut mesra dan melihat dan mendengar keluhan penduduk disitu ada yang menyatakan bahawa sehingga kini mereka belum merasai kemudahan-kemudahan yang dimiliki seperti penduduk bandar dan ada separuh dari penduduk belum mempunyai status kewarganegaraan sedangkan sudah lama menetap dan berkerja di kampung tersebut.

Tuan Haji Mohamad Sabu bergmbar dihadapan Tugu Peringatan Peristawa Kalabakan

Teruskan Baca “TIMBALAN PRESIDEN PAS PUSAT TURUN TAWAU & KALABAKAN”  »»

Jumaat, September 23, 2011

KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH TERHADAP PENJUALAN PULAU KEPADA PIHAK ASING


Pemuda PAS hari ini membidas kerajaan negeri Sabah kerana berdiam diri membiarkan tiga pulau di pesisiran pantai negeri berkenaan dijual di pasaran antarabangsa.

Menurut ketua pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu adalah tidak bertanggungjawab bagi kerajaan negeri memberi kelonggaran kepada pemilik swasta untuk menjual pulau-pulau itu dan pada masa yang sama, tanpa ragu-ragu mengusir penduduk tempatan dari hak tanah adat (NT) di kawasan pedalaman.

Lahirul mempersalahkan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah kerana gagal melindungi kepentingan rakyat Sabah dalam penjualan kontroversi tiga pulau - Mengalum, Pandanan dan Montukod - dan melahirkan rasa terkejutnya bagaimana pulau-pulau itu boleh dijadikan milik persendirian.

"Pemuda PAS terkejut bagaimana Jabatan Tanah dan Ukur hanya boleh memberi kelonggaran kepada beberapa individu tertentu untuk memiliki pulau-pulau itu tetapi pada masa yang sama jabatan itu merampas hak tanah adat," katanya dalam satu kenyataan.

“Bagaimana pulau-pulau sedemikian begitu mudah dimiliki oleh segelintir individu tertentu sedangkan ia merupakan khazanah berharga Sabah yang seharusnya dipulihara, yang boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan?” soalnya.

Semalam, pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah Osman Jamal mengesahkan bahawa ketiga-tiga pulau itu adalah untuk jualan, seperti yang diiklankan diwww.privateisland.com dan bahawa pemiliknya mempunyai hak untuk melupuskan harta yang dimiliki mereka.

Akhbar tempatan The Borneo Post memetik Osman sebagai berkata tiada lagi urusniaga membabitkan pulau-pulau berkenaan - yang tegasnya perlu terlebih dahulu melalui pejabatnya untuk pengesahan status hartanah itu.

“Dewan Pemuda Pas Sabah mendesak supaya kerajaan Sabah menghalang urusniaga penjualan tersebut memandangkan ia akan memberi kerugian kepada khazanah berharga yang menjadi hak kepada seluruh rakyat Sabah.

“Dedahkan siapa pemilik pulau-pulau tersebut yang begitu tamak sanggup menjual sebahagian dari tanahair sendiri dan siasat juga bagaimana mudahnya mereka ini memperolehi tanah seluas pulau!” katanya.

Menurut Lahirul lagi, jika Jabatan Tanah dan Ukur boleh menguatkuasakan Seksyen 42, Ordinan Tanah Sabah Bab 68 bagi merampas hak tanah adat terhadap penduduk-penduduk kampung di pedalaman, maka ia juga sepatutnya boleh menguatkuasakan undang-undang yang sama bagi menjaga kepentingan rakyat sabah.

“Begitulah juga apabila kerajaan bersungguh-sungguh mempertahankan Pulau Sipadan dan Ligitan daripada tuntutan negara jiran sedangkan bersikap dingin dan berlepas tangan terhadap penjualan tiga buah pulau ini dari terlepas kepada pihak asing.

“Seluruh dunia kini menyaksikan perebutan pulau-pulau bagi memastikan sesebuah negara dapat meluaskan kawasan pesisir dan sempadannya. Tidak mustahil pembelian pulau ini akan membolehkan negara asing dengan mudah memperluaskan kedudukan strategik mereka,” katanya.

Teruskan Baca “KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH TERHADAP PENJUALAN PULAU KEPADA PIHAK ASING”  »»

Selasa, September 20, 2011

PEMUDA PAS TAWAU BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP PROF. ZAINAL KELING



SEPTEMBER 2011- Jam 2.00 petang, IbuPejabat Polis Daerah Tawau- Diketuai oleh Sdr Kasman Karate yang juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Tawau telah membuat laporan polis terhadap Prof Datuk Dr Zainal Keling yang juga merupakan Ketua Kluster Sejarah (MPN ) hari ini bersama dengan Ahli Exko Dewan Pemuda PAS Tawau.


Menurut beliau dalam sidang akhbar Prof Zainal Keling(Gambar) pada 9 September lalu telah mengatakan bahawa bahawa tanah melayu tidak pernah dijajah sebaliknya hanya dilindungi dan dinaungi oleh British. Beliau mengatakan lagi bahawa"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun itu adalah kesilapan yang amat besar"

Kenyataan yang tidak bertanggungjawab ini telah mengganggu gugat kestabilan dan mengelirukan segenap lapisan masyarakat dan sekaligus menafikan pengorbanan para pejuang-pejuang kemerdekaan seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Rosli Dhobi, Dol Said, Dato Bahaman dan lain-lain..Beliau Juga dalam kenyataannya menyeru dan mendesak pihak polis agar laporan ini disiasat dan tindakan segera dapat diambil.

Teruskan Baca “PEMUDA PAS TAWAU BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP PROF. ZAINAL KELING”  »»

Dewan Pemuda PAS Tawau © DPPKT Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,TB 322, Tingkat 3, Blok 38 Jln. St.Patrick, Kompleks Fajar,PS.62040 91030, Tawau Sabah Tel: 089-760214.

KEMBALI KEATAS