[harga+minyak.jpg]

Ahad, Januari 04, 2009

Sukan Rakyat 2009



Meriah!!! Sangat Meriah!! Itu jak yang dapat penulis gambarkan bila menghadiri Sukan Rakyat 2009 anjuran PAS Kawasan Tawau... Alhamdulillah... Tak sangka , sambutan yang diberikan oleh warga Tawau begitu meriah sekali...

Tak kira tua..muda.. semua datang memeriahkan suasana...



Best!! Kalau PAS selalu buat macam ni kan best!!... luahan hati salah seorang pengunjung di tapak program



Sukan Rakyat 2009 ini merupakan program pembukaan tahun 2009 dari PAS Kawasan Tawau.
Dianjurkan tepat pada 1hb Januari 2009, dan diadakan di Padang Tanah Merah, Tg Batu.

Pelbagai acara yang diadakan dalam Sukan Rakyat ini seperti:
Tarik Tali (Remaja & Dewasa)
Gusti Lengan (Dewasa)
Imbang Bola (Remaja & Dewasa)
Sepak Raga (Remaja & Dewasa)
Futsal (Remaja bawah 12 tahun)
Sukaneka (Wanita)

Inilah salah satu cara/usaha PAS Kawasan Tawau untuk mendekati rakyat, tunjukkan kepada rakyat bahawa PAS bukannya parti politik yang jumud.. ganas... walhal PAS cintakan keamanan sebagaimana ajaran agama suci kita Islam... PAS juga boleh mengurus tadbir dengan baik jikalau diberi peluang oleh rakyat insyaAllah...

Dalam ucapan perasmian Pesuruhjaya PAS Sabah, Tuan Hj Mohamad Abdullah, program ini merupakan bukti yang jemaah PAS semakin dekat di hati masyarakat. Hal ini kerana sembutan di luar jangkaan dengan kehadiran ratusan penduduk kampung bermula dari peringkat remaja sehinggalah golongan tua. Tambah beliau lagi, diharap persepsi negatif masyarakat kampung terhadap perjuangan PAS dapat dikikis dengan penerusan program seperti ini dari tahun ke tahun.

Pengarah Program pula, Ust. Noryusri selaku ajk Pemuda PAS Tawau, turut melahirkan penghargaan kepada penduduk kampung yang sudi menghabiskan masa cuti bersama seluruh warga kerja PAS Tawau. Respond daripada penduduk yang mengharapkan sukan ini diteruskan pada tahun hadapan akan menjadikan Sukan Rakyat sebagai acara tahunan untuk menyambut kedatangan tahun baru.

Berikut sedikit gambar gambar sekitar tapak program.

Terima kasih telah membaca' sila tinggalkan komen.

Dewan Pemuda PAS Tawau © DPPKT Dewan Pemuda PAS Kawasan Tawau,TB 322, Tingkat 3, Blok 38 Jln. St.Patrick, Kompleks Fajar,PS.62040 91030, Tawau Sabah Tel: 089-760214.

KEMBALI KEATAS