Demonstrasi Anti Israel Bebaskan Palestin
Gambar sumbangan TawauKini
Kelmarin (16hb Januari 2009) , PAS Kawasan Tawau telah berjaya menganjurkan Demonstrasi Anti Israel Bebaskan Palestin di perkarangan Masjid Al Kauhtar selepas selesai Solat Jumaat.
Alhamdulillah, penyertaan daripada segenap lapisan masyarakat amat memberangsangkan membuktikan keperihatinan mereka terhadap kesengsaraan rakyat Palestin. Dengan laungan hancur Yahudi... Jahanam Amerika.. Boikot Israel... Hidup Islam... menyemarakkan suasana....
Ucapan ucapan daripada pimpinan PAS kawasan Tawau dan wakil dari DAP Tawau membakar semangat semua untuk terus berdemonstrasi...
Pembacaan 10 resolusi Dewan Pemuda PAS Tawau, Bacaan Doa serta pembakaran bendera Yahudi menjadi acara wajib dalam demonstrasi yang diadakan.
Akhir kalam, sedikit petikan daripada blog Nisa Kawasan Tawau : "Walaupun terdapat juga suara-suara sumbang mengkritik usaha yang di jalankan oleh PAS kawasan Tawau ini, Namun suara-suara sumbang itu kami abaikan saja. Dengan anggapan, mereka itu kurang ilmu, kurang sensitiviti. Tetapi terlebih benci pada PAS yang merupakan seteru kepada parti yang memerintah.
Sesungguhnya usaha ini sangat kecil berbanding apa yang dialami dan dideritai oleh saudara-saudara kita di Palestine. Namun, mengambil iktibar kisah beburung dengan Nabi Ibrahim, maka apa jua usaha yang mampu dilakukan perlu dilaksanakan.
Semoga semua yang hadir pada demonstrasi ini dan seluruh Umat Islam dapat terus komited dalam usaha boikot yang dianjurkan keatas semua barangan keluaran Yahudi dan Amerika. AllahuAkbar!!!
Teruskan Baca “Demonstrasi Anti Israel Bebaskan Palestin” »»